Berita Harian: Mutakhir |
Dua beranak maut kereta bertembung lori balak Posted: 03 Dec 2012 03:16 AM PST GERIK: Dua beranak terbunuh apabila kereta dinaiki bertembung lori balak di Kilometer 82 Jalan Kuala Kangsar-Gerik pada jam 12.25 tengahari tadi. Mangsa yang terbunuh dikenali sebagai Zauwiah Husin, 40, dan anaknya, Mohamad Faris Jefri, 11. Artikel BerkenaanKUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan kurang minat di kalangan pelabur di tengah-tengah spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan, kata peniaga. KUALA LUMPUR: Agensi penguatkuasaan undang-undang Islam negara ini disaran menggunakan kaedah pencegahan melalui pendidikan berbanding fokus pada kaedah undang-undang dan hukuman semata-mata untuk mengurangkan kadar jenayah syariah di negara ini. SHAH ALAM: Pemilik Golden Nest Properties International (M) Bhd, Datuk Wong Sen Chiew dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM145,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap 29 pertuduhan membabitkan skim pelaburan sarang burung. GEORGETOWN: Polis menahan enam lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes seorang pemilik bistro maut ditikam ketika dia cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan di hadapan premisnya di Jalan Burma di sini, semalam. SHAH ALAM: Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan tindakan peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat, R Kathavarayan. BUKIT MERTAJAM: Polis sudah mendapat beberapa petunjuk berhubung kejadian rumah Ketua Pemuda UMNO bahagian Permatang Pauh di Kampung Tanjung Putus, Permatang Pasir di sini, dipecah masuk semalam sehingga mengakibatkan kerugian lebih RM100,000. KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin dapat mencapai sasaran pendapatan US$15,000 per kapita sebelum tempoh akhir Wawasan 2020, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini. SINGAPURA: Kira-kira 90 pekerja cedera apabila pelantar minyak yang masih dalam pembinaan di limbungan kapal Singapura tidak stabil dan senget ke satu arah. KUALA LUMPUR: Syarikat perunding pengurusan kewangan, Nomura International (Hong Kong) Ltd, berkata pelaburan baru dan sedia ada di bawah Program Transformasi Ekonomi(ETP) akan terus melonjakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia tahun depan. DHAKA: Kira-kira 10,000 pekerja bertembung dengan polis hari ini sebagai membantah kematian 110 orang dalam kebakaran di kilang pakaian baru-baru ini yang dianggap terburuk dalam industri negara berkenaan. PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan sumbangan tambahan Malaysia USD1 juta (RM3.1 juta) kepada Agensi Pemulihan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) untuk membantu pelarian berkenaan yang menghadapi keganasan tentera Israel di Gaza baru-baru ini. GEORGETOWN: Remaja lelaki yang memukul abangnya sehingga maut di kediaman kelamin warga tentera di Kem Sungai Ara, Bayan Lepas di sini dua hari lalu direman sehingga Khamis ini. KUANTAN: Penyediaan perkhidmatan bas Rapid Kuantan yang dikendalikan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) adalah bertujuan membantu rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih cekap. KUALA LUMPUR: Seramai 241,740 individu diisytihar bankrap di negara ini setakat April lalu, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai. KOTA KINABALU: Gempa bumi bermagnitud 3.0 pada skala Richter dikesan berlaku 11 kilometer dari timur Keningau pada jam 11.16 pagi tadi. PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan bekas tahanan Akta Kelamatan Dalam Negeri (ISA), Badrul Zaman P S Mohamad yang ditahan menyalahi undang-undang tetapi mengurangkan jumlah ganti rugi yang diberikan kepadanya dari RM3.3 juta kepada RM300,000. ALOR SETAR: Seorang bapa dari Taman Cahaya, Jitra merayu kepada Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) supaya menyegerakan semakan keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) anaknya sebelum 10 Disember ini supaya berpeluang melanjutkan ke sekolah berasrama penuh tahun hadapan. JAKARTA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah tiba di sini, hari ini bagi memulakan lawatan negara ke Indonesia, yang sekaligus memperlihat hubungan akrab dan istimewa antara Malaysia dan Indonesia. KUALA LUMPUR: Kemudahan mengundi melalui pos bagi warganegara Malaysia yang tinggal di luar negara selain pengundi tidak hadir akan dilaksanakan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia tidak mempunyai kuasa untuk mengembalikan semula wang yang dibekukan akibat pelaburan yang dibuat dalam skim haram. GEORGETOWN: Seorang pekerja restoran maut manakala dua rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan dan terbabas di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu di sini kira-kira jam 1.20 pagi tadi. KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang berkuat kuasa pada tahun 2010 mendapat reaksi positif masyarakat apabila aduan yang diterima agensi penguat kuasa meningkat mendadak daripada 1,960 pada 2011 kepada 11,841 pada 2012. MANILA: Pihak berkuasa Filipina mengarahkan ribuan rakyatnya untuk meninggalkan kawasan pesisir pantai dan tanah rendah susulan taufan Bopha berkelajuan 210 kilometer sejam menuju ke arah negara itu. KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia didagangkan lebih rendah pada tengah hari ini berikutan kerugian pada saham mewah akibat kekurangan pemangkin baharu, kata peniaga. PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat pada suku pertama 2013 sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula dan memajukan Jabatan Imigresen, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. PUTRAJAYA: Semua petugas media yang diperakukan oleh majikan sebagai petugas yang dikehendaki bertugas di luar kawasan pendaftarannya pada hari mengundi untuk membuat liputan pilihan raya dan perkara-perkara berkaitan dengannya, layak untuk mendapat kemudahan mengundi secara pos dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) akan datang. KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja berikutan kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang. SEPANG: Jaguh bowling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malek menyifatkan pencapaian muncul juara Terbuka Taiwan baru-baru ini, menjadi kunci kepada kejayaannya menjulang kejuaraan Piala Dunia QubicaAMF di Wroclaw, Poland dua hari lalu. KUALA LUMPUR: Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mencatat penurunan bilangan imej kesalahan yang dirakam kamera di 14 lokasi awal pemasangannya, Dewan Negara dimaklumkan hari ini. |
Posted: 03 Dec 2012 03:05 AM PST KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan kurang minat di kalangan pelabur di tengah-tengah spekulasi bahawa pilihan raya umum akan diadakan awal tahun depan, kata peniaga. Semasa ditutup, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.48 mata kepada 1,607.35 selepas dibuka pada 1,608.31.
"Mereka (pelabur) berhati-hati dan menangguhkan belian baru selepas ketidaktentuan mengenai pilihan raya umum," kata jurucakap Mercury Securities kepada Bernama. Dalam ketiadaan pemangkin baharu daripada pasaran dalam negara, beliau berkata prestasi pasaran di peringkat serantau terjejas dengan perkembangan yang kabur berhubung isu fiskal AS. "Presiden Barack Obama juga tidak memberikan komitmen penuh mengenai isu ini," katanya. Bagaimanapun, sokongan belian sebahagiannya disokong oleh data pembuatan China yang lebih baik daripada dijangka yang memberi petunjuk pertumbuhan positif ekonomi terbesar Asia itu.
Jumlah dagangan turun kepada 728.743 juta saham, bernilai RM1.275 bilion, daripada pada Jumaat pada 1.18 bilion saham bernilai RM2.21 bilion. Indeks Kewangan menambah 7.12 mata kepada 14,962.18, Indeks Perusahaan menokok 6.07 mata kepada 2,662.71 dan Indeks Perladangan meningkat 17.85 mata kepada 7,925.29. Indeks FBM Ace susut 2.81 mata kepada 4,171.34, Indeks FBM Emas turun 15.101 mata kepada 10,964.38, FBMT100 berkurangan 13.98 mata kepada 10,815.25 manakala Indeks FBM Mid 70 melonjak 28.89 mata kepada 12,083.0. Antara saham aktif, Tiger Synergy turun 6.5 sen kepada 35 sen, Patimas Computers susut setengah sen kepada dua sen manakala Nextnation Communication naik setengah sen kepada 12 sen. Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM9.02, CIMB menambah satu sen kepada RM7.48, Sime Darby susut satu sen kepada RM8.96 manakala Axiata berkurangan dua sen kepada RM5.90. Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 592.779 juta unit bernilai RM1.259 bilion daripada 911.78 juta saham bernilai RM2.18 bilion. Di Pasaran ACE, jumlah dagangan susut kepada 91.108 juta saham bernilai RM12.908 juta berbanding 203.3 juta saham bernilai RM24.85 juta. Waran susut kepada 44.340 unit bernilai RM2.584 juta daripada 72.5 juta unit bernilai RM3.74 juta sebelumnya. Barangan pengguna menguasai 48.93 juta saham di Pasaran Utama, barangan perusahaan 173.48 juta, pembinaan 16.27 juta, dagangan dan perkhidmatan 220.73 juta, teknologi 30.82 juta, infrastruktur 10.20 juta, kewangan 32.93 juta, hotel 422,200, hartanah 37.53 juta, perladangan 13.81 juta, perlombongan 79,100, REIT 7.55 juta dan tertutup/dana 31,000. - BERNAMA
|
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan