Jumaat, 6 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Kerjasama dua hala ditingkat

Posted:

Kerjasama dua hala ditingkat

Kerjasama dua hala ditingkat

Oleh ZULKIFLI JALIL dan SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my


NAJIB Tun Razak bersalaman dengan Pakalitha Mosisili selepas sambutan rasmi sempena lawatan Perdana Menteri Lesotho itu ke Malaysia di Dataran Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. – BERNAMA


PUTRAJAYA 5 Mei – Malaysia dan Lesotho bertekad mengukuhkan pembangunan modal insan kedua-dua negara dengan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) melatih pasukan polis negara itu dalam waktu terdekat.

Pada masa sama, Kuala Lumpur juga akan melatih sesetengah diplomat Lesotho di sini bermula Oktober ini.

Ia dicapai hasil mesyuarat dua hala Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan rakan sejawatnya, Pakalitha Mosisili di Bangunan Perdana Putra di sini.

"Kita mengadakan perbincangan dua hala yang sangat berhasil dan menarik. Kita telah meneroka kerjasama dua hala yang baru dan Perdana Menteri (Mosisili) sangat berminat agar Malaysia terus menyokong Lesotho khasnya dalam pembangunan modal insan dan latihan.

"Sejak kita lancarkan MTCP (Program Kerjasama Teknikal Malaysia), kita telah menerima 94 pegawai dari Lesotho dalam pelbagai latihan dan program latihan ini di bawah MTCP akan diteruskan pada masa akan datang," kata Najib pada sidang akhbar bersama Mosisili hari ini.

Ini merupakan lawatan pertama Mosisili ke Malaysia meskipun pernah berada di negara ini untuk menghadiri Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) pada 1997, 1999, 2002 dan 2007.

Mengulas lanjut mengenai latihan polis, Najib berkata, Mosisili membuat permintaan tertentu agar PDRM melatih pegawainya di Lesotho khasnya dalam bidang ketenteraman awam dan keselamatan termasuk penambaikan kemampuannya.

"Saya gembira memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia bersedia untuk menyokong permintaan ini dengan menghantar beberapa jurulatih kita dan program latihan ini akan dimulakan dalam tempoh terdekat," kata beliau.

Perdana Menteri berkata, Malaysia juga menerima permintaan Lesotho agar diplomatnya menjalani program latihan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di Kuala Lumpur.

Menurut Najib, kerajaan turut menyediakan dua inisiatif daripada syarikat swasta Malaysia untuk membantu Lesotho membangunkan bidang pendidikan dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

"Universiti Limkokwing akan mendirikan cawangan di sana yang turut dilengkapi pusat digital dan pada masa sama beberapa pelajar dari Lesotho akan menyambung pengajian di universiti tersebut.

"Selain itu, syarikat Iris iaitu sebuah syarikat dari Malaysia yang mempunyai kapasiti dalam mengeluarkan pasport dan kad pengenalan juga akan terlibat dalam program kerjasama dengan negara itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia dikagumi tangani krisis ekonomi

Posted:

Malaysia dikagumi tangani krisis ekonomi

Malaysia dikagumi tangani krisis ekonomi

PUTRAJAYA 5 Mei – Lesotho, negara kecil Afrika yang terkenal dengan 'emas putih' sumber airnya kagum dengan keupayaan Malaysia mendepani cabaran kemelesetan ekonomi global.

Serentak itu, Perdana Menterinya, Pakalitha Mosisili berharap negaranya dapat berkongsi rahsia keupayaan Kuala Lumpur dan sektor swastanya bertahan melalui disiplin ekonomi yang dipraktikkan.

Pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini, Mosisili turut mempelawa Malaysia menyertai projek pembangunan sumber air negaranya, teknologi pengeluaran pasport, kad pengenalan serta kad keselamatan.

"Ini adalah kapasiti (bidang) yang boleh Malaysia labur. Saya juga melihat Malaysia amat maju dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), justeru saya dengan rasa rendah diri ingin meminjam tenaga kepakaran ini ke Lesotho.

"Selain itu, Lesotho ingin mempelawa Universiti Limkokwing membuka cawangan di Lesotho yang diyakini dapat membangunkan modal insan rakyat kami.

"Dan untuk sektor swasta, mereka boleh melihat segera peluang pelaburan di Lesotho yang menggelarkan air sebagai 'emas putih'. Harap akan ada syarikat swasta yang bersedia untuk membangunkan projek tenaga hidro kerana kami memerlukannya untuk kawasan pedalaman," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Najib pengerusikan mesyuarat ke-10 IRDA

Posted:

Najib pengerusikan mesyuarat ke-10 IRDA

Najib pengerusikan mesyuarat ke-10 IRDA


NAJIB Tun Razak menunjukkan buku Panduan Pelaburan Iskandar Malaysia di Putrajaya semalam. Turut serta dari kiri Tan Kay Hock, Abdul Ghani Othman, Ismail Ibrahim (dua dari kanan) dan Azman Mokhtar.


PUTRAJAYA 5 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempengerusikan mesyuarat kali ke-10 Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) di pejabatnya di sini hari ini.

Antara yang menghadiri mesyuarat itu ialah Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Ketua Pegawai Eksekutif IRDA, Ismail Ibrahim; Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd., (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar serta Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif George Kent (Malaysia) Bhd., Tan Sri Tan Kay Hock.

Pada majlis sama Perdana Menteri turut menyaksikan pelancaran buku kecil mengenai panduan, polisi dan pelaburan Iskandar Malaysia yang menekankan sembilan sektor pembangunannya.

Buku kecil itu mengariskan panduan untuk pihak berkepentingan dan juga membolehkan para pelabur mendapatkan maklumat terperinci berkaitan pembangunan di Iskandar Malaysia serta insentif-insentif yang disediakan.

Menurut Ismail, buku tersebut menekankan sembilan sektor yang akan dibangunkan iaitu membabitkan enam sektor perkhidmatan dan tiga sektor pengeluaran.

Sektor perkhidmatan itu ialah logistik, penjagaan kesihatan, pelancongan, pendidikan, perkhidmatan kewangan dan kreativiti manakala tiga sektor pengeluaran membabitkan elektrikal dan elektronik, minyak dan gas serta pemprosesan makanan dan hasil tani.

''Buku kecil ini boleh dimuat turut mulai hari ini melalui laman web IskandarMalaysia.com.my oleh mereka yang berminat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen