Ahad, 1 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Masalah elektrik, jalan diselesai

Posted:

Masalah elektrik, jalan diselesai

Masalah elektrik, jalan diselesai

Oleh SYUKRI SHAARI
kota@utusangroup.com.my


PENGETUA Maahad Tahfiz Al-Kohlidi, Yunus Kamaruddin (tengah) memberi penerangan kepada P. Kamalanathan (kanan) yang meninjau masalah dihadapi sekolah tersebut di Hulu Selangor, baru-baru ini.


HULU SELANGOR 1 Mei - Pelajar Sekolah Maahad Tahfiz Al-Kohlidi di Hulu Selangor boleh menarik nafas lega kerana masalah gangguan bekalan elektrik serta ketiadaan kemudahan lampu jalan di sepanjang laluan masuk ke sekolah berkenaan akan diselesaikan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan berkata, masalah itu akan diatasi menerusi bantuan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan memastikan pelajar dapat meneruskan pembelajaran tanpa sebarang gangguan.

"Setelah saya melawat sekolah ini, saya menyedari ketiadaan lampu jalan membahayakan keselamatan para pelajar kerana mereka sering pulang lewat malam selepas menghadiri majlis agama atau kenduri.

"Saya akan membawa perkara ini kepada TNB dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin. Saya rela mengeluarkan wang sendiri untuk membantu mereka kerana bagi saya keselamatan pelajar adalah keutamaan ketika ini," katanya, selepas melawat kawasan Sekolah Maahad Tahfiz Al-Kohlidi di sini baru-baru ini.

Kamalanathan juga berkata, beliau akan memohon kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya menurap jalan masuk ke kawasan sekolah berkenaan kerana keadaannya yang sangat daif.

"Bukan setakat tiada lampu di sepanjang jalan, malah laluan ke sekolah ini juga berada dalam keadaan yang tidak baik.

"Pelajar berhadapan dengan risiko untuk terjatuh dan cedera sekiranya berjalan pada waktu malam kerana gelap serta keadaan jalan yang teruk. Jadi saya akan usahakan supaya jalan di sini diturap," jelasnya.

Sementara itu Kamalanathan menafikan dakwaan beliau tidak menunaikan janji untuk memberi bantuan kepada sekolah berkenaan dalam kenyataan yang disiarkan di dalam portal pembangkang pada April lalu.

Kamalanathan berkata, beliau tidak mengetahui maklumat mengenai sekolah berkenaan sebelum ini kerana sekolah tersebut baru sahaja memulakan operasinya sekitar Januari lalu.

"Pengetua sekolah ini sendiri memberitahu saya bahawa beliau bercadang untuk bertemu saya dahulu untuk memohon bantuan sebelum menulis surat. Jadi tidak timbul isu saya tidak memberi bantuan kerana saya tidak mendapat sebarang maklumat mengenainya sebelum ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20 golongan miskin terima sumbangan

Posted:

20 golongan miskin terima sumbangan

20 golongan miskin terima sumbangan

AMPANG 1 Mei - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan meneruskan lagi usaha membantu masyarakat kurang bernasib baik dengan mengatur satu lagi majlis penyerahan sumbangan kewangan kepada kira-kira 20 orang penerima yang layak di sekitar kawasan Pandan.

Sumbangan disampaikan oleh S. Chandran yang merupakan Pegawai Perhubungan dan Kebajikan kepada Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat.

Katanya, program yang diadakan setiap bulan itu bertujuan meringankan bebanan golongan kurang bernasib baik, termasuk yang miskin, warga emas dan pesakit kronik melalui peruntukan daripada Ahli Parlimen Pandan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada golongan memerlukan.

"Kira-kira RM20,000 telah diperuntukkan pada majlis pada kali ini. Jumlah bantuan diberikan bergantung kepada keperluan seseorang penerima. Apa yang diharapkan dengan sumbangan ini dapat membantu mereka meneruskan kehidupan," ujarnya pada majlis yang berlangsung di sini baru-baru ini.

Katanya, bantuan sedemikian diberikan selepas proses mengenal pasti status dan latar belakang penerima dilaksanakan.

Chandran berkata, selain memberi bantuan sara hidup, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan juga menyediakan pelbagai khidmat komuniti demi keselesaan dan manfaat penduduk setempat mencakupi daripada pendidikan, kesihatan, kebajikan hinggalah kepada sosioekonomi.

Sementara itu salah seorang penerima, Rohani Mohd. Zain, 43, berkata, sumbangan yang diterima sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan hidup mereka sekeluarga.

Ibu tunggal kepada dua anak berusia 15 dan 17 tahun itu menerima sumbangan bagi kategori pesakit kronik kerana sejak diserang sawan beberapa tahun lalu dia sudah tidak mampu menyara keluarga.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakitangan cemerlang MPAJ diberi penghargaan

Posted:

Kakitangan cemerlang MPAJ diberi penghargaan

Kakitangan cemerlang MPAJ diberi penghargaan


Mohammed Khusrin Munawi dan Mohammad Yacob (kanan) beramah mesra dengan penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPAJ di Ampang, baru-baru ini.


AMPANG 1 Mei – Sebanyak 55 kakitangan awam Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menerima penghargaan setelah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2010.

MPAJ turut mengiktiraf perkhidmatan cemerlang kakitangannya menerusi tiga kategori lain iaitu anugerah khas pemandu, anugerah khas sukan dan anugerah khas kepujian.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada penerima anugerah kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang tahun lalu.

Katanya, kejayaan penerima-penerima tersebut akan menjadi contoh dan pendorong kepada kakitangan MPAJ yang lain untuk berkhidmat dengan lebih baik.

"Saya berharap kecemerlangan ini akan terus dikekalkan serta menjadi pendorong kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang," katanya selepas menyampaikan anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPAJ di sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi dan Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abd. Hamid Hussain.

Sementara itu, penerima anugerah khas sukan, Othman Hussin melahirkan rasa teruja apabila dipilih menerima anugerah itu.

Katanya, dia juga tidak menjangka menerima anugerah tersebut memandangkan persaingan untuk menerima anugerah itu sangat hebat.

"Sepanjang berkhidmat dengan MPAJ, ini adalah anugerah khas pertama saya terima. Selama ini saya hanya menerima anugerah perkhidmatan cemerlang, iaitu sebanyak lima kali," katanya yang sering mewakili MPAJ untuk sukan petangue dan badminton.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen