Isnin, 16 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

Posted:

2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

2 lelaki Nigeria ditahan sumbat syabu RM2.41 juta dalam ubi

SHAH ALAM 16 Mei – Dua lelaki warga Nigeria mungkin menyangka mereka akan terlepas setelah menyumbat 9.6 kilogram syabu bernilai RM2.41 juta dalam ubi kayu dan keledek Afrika.

Bagaimanapun taktik kedua-duanya yang menaiki penerbangan berasingan dari Doha pada kelmarin dan pagi ini, berjaya dihidu pihak berkuasa.

Ketika ditahan mereka yang berusia 31 dan 32 tahun itu baru mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, kedua-duanya ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan apabila membimbit beg plastik besar berisi ubi kayu dan keledek.

Katanya, suspek pertama ditahan pada pukul 3.45 petang kelmarin dan ketika itu dia membawa satu beg plastik berisi enam ketul ubi kayu.

Beliau berkata, ketika soal siasat, suspek memberi alasan membawa ubi kayu tersebut untuk rakannya.

"Alasan itu mencurigakan kita memandangkan tanaman tersebut banyak di Malaysia. Jadi, kita terus memeriksa dan menemui enam plastik lutsinar berisi dadah syabu disumbat di dalam ubi kayu tersebut yang telah dikorek isinya.

"Ini merupakan modus operandi terbaru sindiket dadah tetapi mereka kurang cerdik," katanya kepada pemberita di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Menurut Nordin, penahanan pertama memudahkan pihaknya memberkas suspek kedua yang tiba dengan penerbangan pukul 7.30 pagi ini dengan menjalankan modus operandi sama.

Katanya, pemeriksaan terhadap suspek kedua menemui lima lagi plastik dadah syabu yang disumbat di dalam tiga ketul ubi kayu dan dua ketul keledek.

"Suspek kedua meletakkan sebungkus ikan kering untuk mengelakkan dadah dihidu oleh unit anjing, tetapi taktik itu tidak menjadi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

‘Awang hitam’ cedera dibelasah

Posted:

'Awang hitam' cedera dibelasah

'Awang hitam' cedera dibelasah

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Mei – Gara-gara dipercayai mengganggu isteri seorang penduduk di Taman Wangsa Permai, Kepong, beberapa lelaki warga Afrika cedera dibelasah sekumpulan penduduk taman itu di sebuah kedai makan, di sini malam semalam.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, tiga hari lalu, mangsa dikatakan telah diganggu oleh beberapa lelaki warga Afrika dan memberitahu kejadian itu kepada suaminya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, lelaki 'Awang hitam' itu dikatakan sekali lagi mengganggu wanita terbabit yang melalui kedai makan tersebut.

Bagaimanapun, nasib mereka agak malang kerana suami mangsa bersama sekumpulan penduduk berada berhampiran tempat kejadian untuk mengetahui sama ada aduan isterinya itu benar.

"Selepas mangsa sekali lagi diganggu, sekumpulan penduduk menyerbu masuk kedai terbabit dan berlaku pergaduhan," katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Seorang lagi saksi, Nor Azura Idayu Nasri, 31, berkata, sekumpulan penduduk telah mengejar salah seorang lelaki Afrika itu sehingga ke dalam pekarangan rumahnya dan membelasah lelaki tersebut.

Katanya, dia yang baru pulang dari kerja di luar daerah terkejut dengan kejadian itu kerana lebih 30 orang, dipercayai penduduk taman itu, mengejar untuk membelasah lelaki warga Afrika tersebut.

"Kumpulan penduduk telah memukul 'Awang hitam' itu menggunakan kayu, batu-bata, pisau dan kerusi plastik hingga menyebabkan lelaki terbabit cedera di kepala, bahu dan mulut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan