Isnin, 16 Mei 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Warga sejagat perlu dukung kesederhanaan

Posted: 16 May 2011 04:11 PM PDT

Nasional

 NAJIB   bersama Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir   Razak (kanan) dan Pengarah Oxford Centre For Islamic Studies, Dr Farhan Ahmad berbual  ketika  meninjau pembinaan auditorium ditaja  Malaysia di London, semalam.

NAJIB bersama Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak (kanan) dan Pengarah Oxford Centre For Islamic Studies, Dr Farhan Ahmad berbual ketika meninjau pembinaan auditorium ditaja Malaysia di London, semalam.

DATUK Seri Najib Razak menyarankan supaya semua warga sejagat mendukung kesederhanaan bagi memastikan masa depan dunia yang lebih adil untuk semua dengan menggarap permodenan dan kesederhanaan secara bersama.

Perdana Menteri juga menegaskan bahawa sempadan sebenar bukan di antara Timur dan Barat atau antara negara maju dan membangun, mahupun antara orang Islam dan bukan Islam, sebaliknya adalah antara kesederhanaan dan ektremisme.

"Pilihan kita adalah jelas. Mari bertindak bersama untuk masa depan lebih adil, bebas, penuh harapan, belas ihsan dan muhibah untuk anak kita," katanya dalam syarahan bertajuk Gabungan Golongan Sederhana dan Kefahaman Antara Tamadun, di Universiti Oxford, dekat London semalam. Kira-kira 600 hadirin menghadiri syarahan itu terdiri daripada ahli akademia, peniaga dan diplomat tempatan termasuk bekas Setiausaha Luar Britain, Jack Straw. Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK, Datuk Zakaria Sulong.

Najib yang tiba di London bersama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dari Doha malam tadi, sebelum itu melawat tapak baru Pusat Pengajian Islam Oxford (OXCIS), yang pembinaan auditoriumnya ditaja oleh Kerajaan Malaysia.

Perdana Menteri juga berkata, dunia perlu mendengar suara bersepadu golongan sederhana dari semua negara dan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Bila kita berbuat demikian, harga keamanan berada di situ untuk semua saksikan. Semangat wasatiyah – kesederhanaan atau keseimbangan – seharusnya menjelma di seluruh dunia sekarang," katanya.
Najib berkata, disebabkan hakikat itu jugalah ketika berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), September tahun lalu beliau menyarankan kewujudan Pergerakan Sederhana Global yang memperlihatkan kerajaan, intelektual, ulama dan pemimpin perniagaan di seluruh dunia, mengambil pendirian bersama sejajar dengan semangat wasatiyah.

"Dunia yang bebas daripada keganasan tidak mustahil dan boleh digapai, tetapi semuanya memerlukan pendekatan yang sederhana tanpa mengira fahaman agama.

"Kita berada di sini malam ini bagi merapat, bukan pertembungan ketamadunan, sebaliknya untuk memahami dan mungkin meraikan perbezaan kita, dan pada masa sama, apa saja yang boleh kita kongsi bersama. Permodenan dan kesederhanaan mesti digarap bersama. Dialog mesti diteruskan," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Israel tembak Rachel Corrie

Posted: 16 May 2011 04:07 PM PDT

Nasional

Kapal bantuan Palestin dipaksa berundur, berlabuh di pelabuhan Mesir

KAPAL kargo The Spirit of Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan ke Palestin bersama 12 krew dan penumpang, termasuk tujuh rakyat Malaysia dipintas dan ditembak kapal peronda Israel di zon selamat Palestin, sebelum dipaksa berundur ke perairan Mesir, 1.5 batu nautika dari perairan Gaza jam 6.54 pagi waktu Jordan, semalam.

Bagaimanapun, semua yang berada atas kapal itu, termasuk empat aktivis anti-perang dan tiga wakil media selamat. Kapal yang dinaiki masing-masing dua warga Ireland dan India serta seorang warga Kanada itu membawa paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi membaik pulih dan membina semula sistem pembetungan dan bekalan air di Gaza, diiringi kapal peronda tentera Mesir ke pelabuhan terdekat 30 batu nautika dari kawasan itu. Sebelum itu, kapal misi kemanusiaan tajaan Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) itu diarah menurunkan sauh di perairan Mesir sambil dikawal dan dipantau kapal peronda tentera laut Israel dan Mesir.

Jurucakap PGPF di Jordan, Tan Sri Samsudin Hitam memaklumkan mengenai insiden itu kepada wartawan Berita Harian yang kini berada di Kaherah untuk memasuki Gaza melalui sempadan Rafah bagi melaporkan perkembangan misi kemanusiaan tajaan yayasan itu.

"Kapal kargo itu memasuki zon keselamatan Palestin sebelum dipintas dan ditembak serta dipaksa berundur ke perairan Mesir," katanya.

Wartawan akhbar News Straits Times, Alang Bendahara yang berada atas kapal itu berkata, dua kapal peronda Israel melepaskan empat tembakan amaran sebelum mengarahkan kapal berundur ke perairan Mesir.
"Tentera rejim itu juga menaiki kapal bagi memeriksa kargo yang dibawa bagi memastikan ia bukan bahan larangan," katanya.

Kapal kargo itu berlepas dari pelabuhan Piraeus, Greece, Rabu lalu, membawa paip PVC seberat 30 tan yang akan diagihkan kepada penduduk Palestin untuk membaiki sistem pembetungan dan bekalan air yang musnah teruk akibat serangan Israel pada Disember 2008.

Misi bantuan kemanusiaan PGPF itu bertujuan memecahkan kepungan Israel terhadap perairan Gaza sejak 2007, selain meningkatkan kesedaran masyarakat dunia mengenai krisis kemanusiaan 1.5 juta warga Palestin yang dikepung dari darat dan laut oleh rejim zionis.

Kapal itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor yang dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd Jaffery Ariffin (warga Malaysia) dan dua warga India, Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash. Misi itu turut membawa Wartawan BERNAMA, Mohd Faizal Hassan dan petugas sukarela FELDA, Mohd Radzillah Abdullah.

Ia adalah kesinambungan daripada pelayaran kapal kargo MV Rachel Corrie yang membawa bantuan kemanusiaan pelbagai keperluan seberat 1,500 tan ke Gaza pada Mei tahun lalu sebelum ditahan tentera Israel dengan 19 krew dan penumpang dibawa ke Pelabuhan Ashdod. MV Rachel Corrie antara tujuh buah kapal yang menyertai misi flotilla kebebasan diketuai kapal penumpang MV Mavi Marmara dari Turki bertujuan menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Flotila kebebasan yang membabitkan lebih 700 penumpang dan aktivis pelbagai latar belakang agama dan bangsa dari seluruh dunia itu gagal sampai ke destinasi, namun kematian sembilan aktivis Turki yang ditembak mati komando Israel dan meninggalkan puluhan lain cedera, mengembalikan tumpuan masyarakat dunia kepada krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza.

INFO

THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE

Nama asal: MV Finch

Jenis: Kapal kargo (reka bentuk tongkang)
Ukuran saiz : 54.9 meter panjang, 9.4 meter lebar dengan kedalaman 4.75 meter
Tahun: 1989
Buatan: United Kingdom
Kelajuan: 8.5 knot
Muatan kargo: 1,200 tan
Flagship: Moldova
Pelabuhan kapal didaftarkan: Giurgiulesti
Muatan: Paip PVC sepanjang 7.5km seberat 30 tan

  • MV Rachel Corrie mengambil sempena nama aktivis keamanan dari Amerika Syarikat, Rachel Corrie, 23, yang meninggal dunia digilis jentolak Caterpillar D9 tentera Israel ketika cuba menghalang rejim Zionis memusnahkan rumah penduduk Palestin pada 2003. Rachel Corrie meninggal dunia selepas digilis dua kali oleh jentolak seberat 48,988 kilogram itu.

    Artikel lain:

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    Zahrul

    Israel hati perut memang busuk.lebih busuk drpd bangkai.ya allah ya tuhan ku tunjukanlah kuasa mu,binasakanlah Kaum binatang Israel Jahanam.

    dinosour baik

    kata Mesir dah buka pintu ke gaza. Nape tak hantar ikut Mesir?

    sazry

    bukan "pakar TLDM".. tapi, "pasukan khas laut" TLDM.. (PASKAL).. harap maklum...

    sazry

    p jahanam la israel.. sangat tidak berperikemanusiaan langsung.. heran kenapa tiada tindakan dari negara2 islam besar yang lain.. apa yang israel buat kepada Gaza ni la penindasan terhadap agama islam secara terang2an.. kita masyarakat dunia hanya memandang dan membutakan mata.. ya Allah.. Musnahkanlah kaum2 Israel dari muka bumi ini.. Hancurkanlah mereka seperti Kaum2 lain yang terdahulu yang menentang agama mu Ya Allah...! AMIN..

    yusuf

    Benar kata Ridzman. sepatutnya pakar TLDM iringi kapal bantuan tersebut setidaknya beri perlindungan rakyat kita. Begitu juga negara lain dimana rakyatnya ada bersama kapal tersebut.

    orang kampung

    ISRAEL PENGGANAS, ZALIM, PENCEROBOH, PENJAJAH, DILAKNATI, CELAKA, TERKUTUK, JAHANAM, KEJI, apa lagi perkataan yang sesuai...

    M Ridzman

    Iskhh...sangat merbahaya.
    Pakar TLDM (paskal) kita mesti mengiringi terutama jika misi itu membabitkan rakyat Malaysia.


  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Komen