Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Penyebaran video seks disiasat

Posted:

Penyebaran video seks disiasat

Penyebaran video seks disiasat

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
pengarang@utusan.com.my


Khalid Abu Bakar bersalam dengan beberapa pegawai awam semasa merasmikan Perhimpunan Khas Pegawai Awam PDRM bersama Timbalan Ketua Polis Negara sempena Peringatan Hari Polis Ke -204 di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Kota Kinabalu, semalam.


KOTA KINABALU 5 Mei – Polis akan menyiasat beberapa orang kenamaan (VIP) dan tokoh politik yang didakwa menerima video seks mirip pemimpin pembangkang termasuk mengambil keterangan mereka sekiranya terdapat laporan polis dibuat.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan berhubung individu yang memuat turun klip video seks itu juga giat dilakukan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

"Siasatan dijangka memakan masa untuk kita mengesan di mana dan siapa yang memuat turun klip video itu.

"Saya minta orang ramai beri polis dan SKMM masa untuk menjalankan siasatan kes ini. InsyaAllah, tidak lama lagi kita akan selesaikan siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Perhimpunan Pegawai Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semalam mengesahkan beberapa orang kenamaan dan tokoh politik telah menerima salinan rakaman video seks mirip pemimpin pembangkang yang disyaki diedar pihak tertentu.

Berikutan itu, beberapa laporan polis telah dibuat pihak-pihak berkenaan berhubung penyebaran salinan rakaman video seks tersebut.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada polis akan mendedahkan pelaku dalam video seks mirip pemimpin pembangkang itu, Khalid menjelaskan bahawa ia bergantung kepada keperluan undang-undang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kecoh di masjid: Polis panggil Shamsul bantu siasatan

Posted:

Kecoh di masjid: Polis panggil Shamsul bantu siasatan

Kecoh di masjid: Polis panggil Shamsul bantu siasatan

KUALA LUMPUR 5 Mei - Polis dijangka memanggil Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin (gambar) bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul baru-baru ini.

Sumber memberitahu, Shamsul Iskandar adalah antara individu yang perlu memberi keterangan selain tiga Trio Datuk 'T' yang telah diambil keterangan masing-masing semalam.

Menurutnya, polis akan memanggil mana-mana individu yang dirasakan dapat membantu siasatan berhubung insiden kekecohan di dalam ruang solat masjid berkenaan.

"Pihak polis telah memanggil dan merakam percakapan trio Datuk 'T' iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk Shuib Lazim dan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan itu.

"Selain mereka, dijangka beberapa lagi akan dipanggil termasuk pemimpin pembangkang (Shamsul Iskandar) yang mengetuai perhimpunan di dalam masjid Jumaat lalu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, insiden kekecohan itu berpunca daripada kes pertama iaitu pendedahan video seks yang didakwa membabitkan pemimpin pembangkang.

Berikutan itu, katanya, segala kenyataan akhbar berhubung perkembangan siasatan kes itu hanya akan dibuat oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

"Pada masa yang sama, biarlah polis menjalankan siasatan terlebih dahulu berhubung kes kekecohan di masjid baru-baru ini," katanya pada sidang akhbar selepas majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay hadir memberi keterangan kira-kira tiga jam di Balai Polis Kepong berikutan kekecohan yang berlaku di Masjid Amru Al-As.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan