Sabtu, 14 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


CCSC terima 171,736 klien sejak Februari

Posted:

CCSC terima 171,736 klien sejak Februari

CCSC terima 171,736 klien sejak Februari

KUALA LUMPUR 13 Mei - Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang membantu golongan penagih dadah keluar daripada belenggu najis itu mendapat sambutan menggalakkan apabila menerima 171,736 klien sehingga 6 Mei lalu sejak diperkenal Februari lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, sambutan luar jangkaan itu juga mencatatkan seramai 1,858 klien kini menginap sebagai residen di 27 CCSC seluruh negara.

"Purata bagi kehadiran klien ke CCSC bagi seluruh negara telah mencecah seramai 50 orang sehari dengan 97 peratus daripadanya adalah (penagih) lelaki.

"Tumpuan lokasi bukan hanya di sekitar Chow Kit malah melibatkan kawasan Kampung Limau, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja Laut, Lorong Tiong Nam dan Kampung Baru," katanya ketika berucap merasmikan CCSC Chow Kit di sini hari ini.

CCSC yang diperkenalkan kementerian sejak awal tahun ini menumpukan perhatian kepada tiga kumpulan sasaran iaitu golongan penagih yang memerlukan khidmat pemulihan, golongan yang memerlukan nasihat serta agensi yang membantu memberikan perkhidmatan.

Pusat yang diwujudkan di kawasan panas dadah menerima penagih yang mahu mendapatkan rawatan pemulihan secara sukarela.

Antara program yang disediakan di CCSC termasuk khidmat nasihat; kebersihan diri dan penjagaan kesihatan; pendidikan moral; kerohanian; terapi muzik; riadah dan integrasi sosial.

Hishammuddin menambah, CCSC Chow Kit setakat ini berjaya mendapatkan pekerjaan buat 37 kliennya sementara 83 lagi penagih telah berjaya dipujuk mendapatkan rawatan lanjut di Klinik Rawatan dan Prihatin 1Malaysia Sungai Besi di sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hishammuddin tempelak The Malaysian Insider

Posted:

Hishammuddin tempelak The Malaysian Insider

Hishammuddin tempelak The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR 13 Mei – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menempelak portal berita propembangkang The Malaysian Insider kerana dilihat hanya cenderung menyiarkan berita tentang polemik politik, perkauman, dan agama yang akan memecahbelahkan masyarakat.

Justeru, katanya, beliau enggan menjawab soalan daripada wartawan daripada portal picisan itu selagi ia tidak menunjukkan sifat bertanggungjawab untuk menyiarkan berita-berita berbentuk pembinaan negara bangsa.

Selain berang dengan soalan wartawan daripada portal tersebut dalam satu majlis hari ini, beliau turut mengkategorikan The Malaysian Insider sebagai sebuah portal berita yang berada dalam 'dunia berlainan' berdasarkan kecenderungannya menyiarkan berita berbentuk kontroversi.

"Oh, (anda dari) The Malaysian Insider, patutlah. Ia (The Malaysian Insider) merupakan satu dunia berbeza sama sekali.

"Tolong, lihat kepada akhbar arus perdana terlebih dahulu kerana di Internet ada kebenaran, ada perkara separuh benar dan pembohongan, nyata pembohongan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pusat Rawatan dan Prihatin (CCSC) untuk penagih dadah di Chow Kit di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kakitangan sokongan dua banyak ponteng

Posted:

Kakitangan sokongan dua banyak ponteng

Kakitangan sokongan dua banyak ponteng

KUALA LUMPUR 13 Mei - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengakui gejala ponteng kerja oleh penjawat awam memang berlaku dan paling banyak melibatkan kumpulan kakitangan sokongan dua.

Ketua pengarahnya, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, bagaimanapun tindakan tatatertib sentiasa diambil bagi mengekang gejala itu termasuk hukuman buang kerja terhadap mereka.

"Ini soal disiplin pekerja. Memanglah ia berlaku tetapi saya tidak mempunyai statistik kerana hukuman dikenakan oleh Ketua Setiausaha kementerian masing-masing," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

"Pelbagai tindakan dikenakan termasuklah tahan dan buang kerja terhadap mereka yang bersalah. Namun masalah ini masih berterusan dan saya tidak boleh nilai serius atau tidak kerana tiada kayu pengukur untuk berbuat demikian," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa kakitangan daripada kumpulan Pekerja Am Rendah (PAR) dikesan paling ramai ponteng kerja dipercayai kerana melakukan kerja sambilan.

Menurut Ahmad Zahid, masalah yang melanda kementeriannya itu turut melanda kementerian lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen