Sabtu, 14 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Najib lakukan lawatan kerja ke New York, Washington

Posted: 14 May 2011 03:01 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan melakukan lawatan kerja ke New York dan Washington DC dari 16 hingga 24 Mei.

Lawatan kerja itu selaras dengan komitmen yang dinyatakan Najib dan Presiden Barack Obama ketika mesyuarat dua hala pada 12 April tahun lalu, di Washington DC untuk meluaskan kerjasama antara kedua-dua negara.

"Kemuncak lawatan itu ialah mesyuarat pelancaran Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global untuk Malaysia (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS), yang akan dilancarkan oleh Najib pada 17 Mei," menurut kenyataan Kementerian Luar di sini. GSIAC adalah inisiatif bersama antara Kerjasama Industri Kerajaan Malaysia dalam Teknologi Tinggi (MIGHT) dan NYAS untuk mentransformasikan Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi menerusi peningkatan keupayaan Malaysia dalam sains dan teknologi.

Kementerian itu juga menyatakan bahawa Najib dijadual melancarkan "Melabur di Malaysia 2011" dan menyampaikan ucaptama beliau pada persidangan yang akan diadakan di Bursa Saham New York, juga pada 17 Mei.

Program lain termasuk kunjungan hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif NYSE Euronext, Lawrence Leibowitz ke atas Najib, makan tengah hari dengan pemimpin industri kewangan, mengadakan siri pertemuan perseorangan dengan tokoh korporat syarikat multinasional serta pegawai dari Wall Street dan Dow Jones.

Najib akan menghadiri mesyuarat meja bulat dan makan tengah hari dengan tokoh-tokoh Dewan Perniagaan Amerika Syarikat pada 18 Mei.
Perdana Menteri juga dijadual menyaksikan pemeteraian beberapa memorandum persefahaman (MoU).

Ia termasuk MoU antara General Electric dan AirAsia X; Universiti Putra Malaysia (UPM) dan University of Maryland; Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Thurgood Marshall College Fund serta Surat Hasrat antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan University of Maryland.

Di Washington, perdana menteri akan melawat John Hopkins University dan menemui pegawai kanan institusi berprestij itu.

Najib juga dijadual mengadakan pertemuan tidak rasmi pada majlis sarapan pagi dengan pegawai kanan pertadbiran Amerika Syarikat.

Menyifatkan hubungan antara Malaysia dan US adalah baik dan erat, kenyataan Kementerian Luar itu menyatakan bahawa US merupakan rakan dagang yang keempat terbesar Malaysia pada tahun lalu.

Jumlah perdagangan antara kedua-dua negara adalah RM117.32 bilion (US$36.43 bilion) pada tahun lalu, berbanding RM109.21 bilion (US$31.03 bilion) tahun sebelumnya.

Lawatan kerja perdana menteri itu ke dua bandar raya Amerika Syarikat tersebut dijangka mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara, khasnya dalam perdagangan dan pelaburan serta sains dan teknologi.

Kenyataan itu menyatakan bahawa Najib akan diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan empat menteri kabinet, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Mereka akan disertai pegawai kanan kementerian berkaitan serta beberapa tokoh korporat dan pemimpin perniagaan Malaysia. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

IAEA setuju lantik pasukan pakar kaji semula projek Lynas

Posted: 14 May 2011 02:53 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Pasukan pakar yang dilantik Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), yamg kini menjalankan kajian semula aspek keselamatan dan kesihatan kemudahan pemproses "rare earth" atau nadir bumi oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd di Gebeng, Pahang, akan melawat apak projek dari 29 Mei hingga 3 Jun ini.

Ia adalah sebahagian daripada proses kajian semula itu.

Panel pakar itu dijadual menyiapkan laporan dan mengemukakan hasilnya kepada kerajaan pada akhir Jun. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang mengumumkan perkara itu hari ini, berkata kerajaan bersikap telus dan akan mengumumkan kajian dan cadangan panel itu.

Beliau juga berkata, import bahan mentah dari Austalia ke Malaysia tidak dibenarkan dan lesen praoperasi juga tidak dikeluarkan kepada Lynas sementera menunggu kajian itu diselesaikan.

Keputusan kerajaan adalah berasaskan hasil kajian serta cadangan pakar terbabit, kata Mustapa.

"Kerajaan Mendahulukan Rakyat dan kami akan terus memberikan keutamaan dalam melindungi kesihatan dan keselamatan rakyat dan alam sekitar sepanjang masa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Keputusan kerajaan melantik panel bebas pakar-pakar antarabangsa untuk melakukan kajian semula itu dibuat berikutan timbul kebimbangan terhadap aspek keselamatan projek berkenaan.

Mustapa berkata, objektif misi pasukan IAEA ialah untuk mengkaji semula pematuhan terhadap Piawaian Keselamatan Antarabangsa yang relevan, dan amalan baik serta menyediakan pendapat pakar bebas mengenai isu-isu keselamatan, terutama yang berkaitan keselamatan radiasi.

Skop proses kajian semula itu meliputi pengangkutan, radiasi, perlindungan (pekerjaan, awam dan alam sekitar), penilaian keselamatan, sisa buangan dan menutup kilang dan memulihkan alam sekitar.

Mustapa berkata, agensi misi kajian semula itu juga membabitkan sesi kerja pembukaan dan penutupan, pembentangan oleh pemegang kepentingan yang berkaitan serta lawatan tapak.

Pihak yang berminat termasuk penduduk dan kumpulan masyarakat, akan mendapat peluang untuk bertemu anggota panel itu.

"Kami menjangkakan sekurang-kurangnya dua hari akan diperuntukkan untuk menemui orang ramai dan pemegang kepentingan," katanya.

IAEA memilih lapan pakar untuk menganggotai pasukan itu.

Panel itu diketuai Dr Tero Varjoranta dari Finland.

Beliau ialah Pengarah Bahagian Teknologi Sisa dan Kitaran Bahan Api Nuklear di Jabatan Tenaga Nuklear IAEA.

Pakar luar itu terdiri daripada Jan van der Steen (Belanda), Dr Leo M Lowe (Kanada),Dr P M Balagopala Pillai (India), Dr Dennis Wymer (UK), Ulric Schwela (Finland).

Pakar dalaman IAEA pula membabitkan Dr Magnus Vesterlind (Sweden), Dr Horst Monken Fernandes (Brazil) dan Hanna Kajander (Finland), manakala Hiroko Raticliffe pula sebagai pembantu pentadbiran.

Semua ahli panel diperakui pakar dalam bidang masing-masing dan mempunyai kepakaran khusus terhadap isu yang berkaitan dengan perlindungan radiasi, penilaian keselamatan, pengurusan sisa, pengangkutan dan penutupan dan tindakan pemulihan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan