Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Elak risiko anak cacat kekal

Posted:

Elak risiko anak cacat kekal

Elak risiko anak cacat kekal


Najib Tun Razak bermesra dengan kanak-kanak OKU, G. Muniswaran,5, dari Persatuan Pemulihan Komuniti Buntong sambil diperhatikan oleh Rosmah Mansor dan Zambry Abd. Kadir di Stadium Indera Mulia, Ipoh, semalam. - UTUSAN/Najib Mohd. Nor


IPOH 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibu bapa perlu memahami punca kepada risiko yang boleh menyebabkan berlaku kecacatan dalam kalangan anak-anak.

Menurutnya, pemahaman awal terhadap punca itu akan membolehkan tindakan pencegahan dilakukan segera, sekali gus dapat mengelak sebarang risiko kecacatan kepada anak-anak.

Beliau menarik perhatian, ada ketikanya, tindakan yang perlu dilakukan bagi mengelak kepada berlakunya risiko kecacatan itu sangat mudah.

''Sebagai contoh, jika suhu badan anak kita tinggi kerana demam, terapi untuk menurunkan suhu badan tersebut sangat mudah iaitu dengan hanya meletakkan seketul ais di kepala.

''Tetapi jika kita tidak sedar dan tidak ada pengetahuan, ia boleh memberi kesan buruk kerana demam panas pada tahap tinggi boleh menyebabkan kecacatan sepanjang hayat," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Semai Bakti, Kempen Intervensi Awal Mencegah Berlakunya Kecacatan Kepada Kanak-Kanak anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua Bakti, Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli serta Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Najib berkata, keupayaan serta keperluan ibu bapa untuk menguasai ilmu mencegah kecacatan awal sangat penting demi perkembangan anak-anak.

Sehubungan itu, beliau memuji langkah Bakti menerbitkan Buku Manual Panduan Pencegahan Kecacatan Kanak-Kanak dan berharap sektor swasta dapat bekerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menerbitkan lebih banyak buku manual seumpama itu.

Sementara itu, Najib memberitahu, sejak Program Semai Bakti dilancarkan pada 2005, seramai 14,000 kanak-kanak istimewa telah menerima latihan di 428 pusat Pemulihan Dalam komuniti (PDK) dan hampir 4,500 lagi menerima latihan daripada petugas PDK di rumah masing-masing.

''Di sebalik kejayaan pusat PDK ini, saya percaya terdapat lagi kanak-kanak istimewa yang belum diketengahkan oleh ibu bapa, mungkin disebabkan perasan malu atau mengambil sikap berserah.

''Sewajarnya perasaan sedemikian tidak harus wujud kerana berdasarkan pendapat pakar perubatan, kanak-kanak kelainan upaya ini berpotensi diberikan latihan, didikan dan bimbingan bagi membolehkan mereka menjadi individu produktif dan berupaya menyumbang kepada masyarakat dan negara," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangunan perlu seimbang

Posted:

Pembangunan perlu seimbang

Pembangunan perlu seimbang

Oleh THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin diiringi Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Adnan Md. Ikhsan (kanan) melawat kaunter khidmat pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya selepas majlis perasmian Menara Seri Wilayah di Putrajaya, semalam.


PUTRAJAYA 3 Mei - Pembangunan ekonomi perlu dilakukan secara seimbang, dinamik dan berdaya saing bagi memastikan tiada jurang ekonomi wujud di kalangan rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyedari hakikat itu, menurutnya, kerajaan sentiasa berusaha untuk membasmi kemiskinan dan menggalakkan kelahiran profesional daripada setiap isi rumah bagi menjamin kesejahteraan keluarga dan negara.

''Selain itu kita juga menyedari hakikat bahawa aspek pembangunan yang seiring dengan teknologi dan mesra alam dapat dijadikan pemangkin dalam mewujudkan kesejahteraan.

''Semua aspek kesejahteraan ini telah diambil kira dalam rancangan kerajaan untuk mewujudkan Greater KL dan Lembah Klang bagi menjadikan ia bertaraf dunia dan antara 20 bandar raya yang sesuai untuk didiami," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Menara Seri Wilayah yang menempatkan pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan.

Menara Seri Wilayah atau nama sebelumnya, Menara PJH yang terletak di Presint 2 telah dibeli kerajaan daripada PJH Holdings Sdn. Bhd. pada 2010.

Muhyiddin berkata, perubahan nama bangunan kepada Menara Seri Wilayah merupakan satu bentuk inisiatif dalam penjenamaan semula imej Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar untuk menjadikan ia lebih dinamik.

''Saya difahamkan bahawa Jabatan Kerja Raya telah memutuskan supaya bangunan ini dijadikan sebagai bangunan contoh yang mengamalkan pengurusan fasiliti dan operasi secara komprehensif, mementingkan kecekapan pengurusan tenaga serta penggunaan ruang secara optimum.

''Usaha ini merupakan satu elemen inovasi ke arah penjimatan tenaga, ia akan menjadi perintis kepada bangunan lain milik kerajaan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan transformasi dalam semua bidang supaya negara ini berada di landasan betul untuk mencapai agenda yang telah ditetapkan.

''Transformasi ini memerlukan loncatan berganda bagi setiap penjawat awam termasuk di kalangan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar serta agensi di bawahnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sejarah: TPM temui anggota jawatankuasa khas

Posted:

Sejarah: TPM temui anggota jawatankuasa khas

Sejarah: TPM temui anggota jawatankuasa khas

PUTRAJAYA 3 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini bertemu dengan anggota Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah yang dilantik berkuat kuasa hari ini.

Jawatankuasa khas itu akan membantu melihat semula kandungan kurikulum dan buku teks Sejarah sekolah menengah bagi melahirkan murid yang mempunyai perasaan cinta kepada tanah air, setia kepada negara dan semangat jati diri sebagai warganegara.

Muhyiddin melantik Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Omar Mohd. Hashim sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu manakala Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam sebagai Timbalan Pengerusi.

Menurut kenyataan Kementerian Pelajaran, selaras dengan status mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid, pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air diajar agar mereka dapat memahami dan mengamalkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa serta negara Malaysia.

''Matlamat ini diharap dapat merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mulai 2013.

''Jawatankuasa Khas ini dilantik untuk tempoh setahun dan berperanan dalam aspek menentukan hala tuju perkembangan kurikulum mata pelajaran Sejarah dalam merealisasikan keperluan semasa dan cabaran masa depan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Mereka juga bertanggungjawab mengkaji kesesuaian kandungan kurikulum mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah sedia ada dengan hasil pembelajaran sejarah yang menekankan kepada penghayatan dan pengamalan perpaduan serta patriotisme.

Kenyataan itu menambah, anggota jawatankuasa perlu mengkaji ketepatan fakta dalam kurikulum dan buku teks Sejarah dan membuat perakuan hasil kajian dalam bentuk laporan kepada Menteri Pelajaran.

Jawatankuasa itu turut dianggotai lapan anggota lain iaitu Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, Pakar Sejarah Jabatan Sejarah Universiti Malaya (UM); Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, Pakar Prasejarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); Prof Dr Danny Wong Tze Ken.

Yang lain ialah Prof. Dr. Ranjit Singh Darshan Singh dari Universiti Utara Malaysia; Ketua Jabatan Sejarah, Universiti Malaysia Sabah, Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Penolong Prof. Dr. Shamrahayu Abdul Aziz dari Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Timbalan Dekan, Fakulti Sains Sosial (Pascasiswazah dan Penyelidikan) Universiti Malaysia Sarawak dan Dr. Benedict Topin dari Persatuan Kebudayaan Kadazandusun, Dr. Benedict Topin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen