Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Mana janji manifesto pilihan raya DAP?

Posted:

Mana janji manifesto pilihan raya DAP?

Mana janji manifesto pilihan raya DAP?


Pemangku Ketua Pembangkang, Dr. Hilmi Yahaya (dua dari kanan) bersama beberapa ADUN dari UMNO menunjukkan resit dan gambar bagi membuktikan pihaknya telah memasukkan duit yang dipulang oleh warga emas ke dalam akaun kerajaan negeri di Pulau Pinang, semalam.


GEORGETOWN 3 Mei - Kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang hari ini dibidas kerana masih gagal menunaikan beberapa janji dalam manifestonya walaupun telah mengambil alih pentadbiran daripada Barisan Nasional (BN) lebih tiga tahun lalu.

Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya (BN-Teluk Bahang) berkata, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih), masih belum menunaikan janji Pilihan Raya Umum 2008 lalu dengan sepenuhnya.

Antara janji yang belum ditunaikan ialah pemansuhan tol Sungai Nyior di Butterworth dan memberikan bonus RM6,000 setahun untuk keluarga berpendapatan kurang daripada RM2,000.

"Selain itu, mereka juga janji hendak buat pilihan raya kerajaan tempatan padahal mereka sudah tahu enakmen itu sudah dimansuhkan di peringkat (kerajaan) pusat," katanya ketika membahaskan usul terima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas kerana merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri juga gagal untuk mengotakan janjinya untuk menyelamatkan Kampung Buah Pala, mengisytiharkan aset Exco dan menghapuskan caj parkir pada waktu malam.

Beliau berkata, rakyat masih tertanya-tanya bilakah janji-janji manis yang diumum sebelum pilihan raya itu akan mampu ditunaikan.

Hilmi juga menggesa kerajaan negeri mencari jalan untuk mengatasi masalah harga rumah di Pulau Pinang yang mendadak naik sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Ini bagi memastikan mereka yang berpendapatan rendah dapat membeli rumah sendiri," katanya. — BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Exco cuba tutup kelemahan

Posted:

Exco cuba tutup kelemahan

Exco cuba tutup kelemahan

Oleh ZABRY MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

PULAU PINANG 3 Mei - Tindakan Exco Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) cuba mengelak soalan lisan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN-Seberang Jaya) pada sidang Dewan Undangan Negeri menyebabkan berlaku pertikaman lidah antara mereka berdua selama kira-kira 15 minit.

Hon Wai sedaya-upaya enggan mengakui kerajaan DAP Pulau Pinang tidak pernah membina kediaman kos rendah untuk rakyat sepanjang 2009 dan 2010.

Tindakan itu menyebabkan Ariff Shah mendesak Hon Wai bertubi-tubi kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

"Saya tanya Yang Berhormat (Hon Wai), benarkah sepanjang 2009 dan 2010 kerajaan negeri tidak bina rumah kos rendah dengan menggunakan dana sendiri?,'' ujar Ariff Shah.

Namun Hon Wai menjawab: "Pemaju menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang iaitu anak syarikat kerajaan negeri ada membina rumah kos rendah untuk rakyat."

Soalan dan jawapan tersebut diulangi berkali-kali sehinggalah Speaker, Datuk Abdul Halim Hussain mencelah supaya perbuatan tersebut dihentikan.

Abdul Halim kemudian memutuskan apa yang diperkatakan oleh Hon Wai dianggap jawapan kepada soalan Ariff Shah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

PISB bayar lima bulan bonus

Posted:

PISB bayar lima bulan bonus

PISB bayar lima bulan bonus

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 3 Mei – Pens Industries Sdn. Bhd., (PISB), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs) mengumumkan pembayaran bonus lima bulan kepada pekerjanya bagi tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu (gambar) berkata, pemberian bonus tersebut sebagai penghargaan kepada 64 pekerjanya yang menunjukkan komitmen tinggi dalam membantu memajukan syarikat.

"Selain bonus, PISB menyediakan mereka (pekerja) pakej pelancongan bersama keluarga selama tiga hari di dua destinasi iaitu Pahang dan Terengganu," katanya pada majlis penyerahan dividen PISB di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengurus Besar PISB, Rosli Mat Hussin.

Md. Isa berkata, sejak tiga tahun lalu, prestasi jualan premix dan kuari batu PISB dianggarkan lebih RM19 juta manakala sasaran pada tahun ini melebihi RM20 juta berikutan peningkatan dalam beberapa sektor khususnya infrastruktur.

"PISB mendapat langganan daripada kontraktor dan syarikat pem binaan di sekitar Perlis dan utara Kedah dan tawaran membaik pulih jalan raya di seluruh negeri ini. Syarikat juga terlibat dalam sektor hartanah termasuk pembelian rumah kedai untuk disewakan sebagai sumber pendapatan," tambah beliau.

Dalam perkembangan lain kata Menteri Besar, kerajaan negeri menarik balik cadangan penutupan kuari batu di Sungai Batu Pahat dekat sini berikutan prestasi keuntungan yang memberangsangkan dan akan memantau perkembangan kuari berkenaan supaya ia tidak menjejaskan alam sekitar.

"Sebelum ini terdapat cadangan menutup beberapa syarikat yang beroperasi di kawasan berkenaan kerana kedudukannya berhampiran pusat rekreasi terkenal dan berada dalam Taman Negeri Perlis," katanya.

Sehubungan itu jelasnya, syarikat terlibat diarah mengikut piawaian atau garis panduan ditetapkan bagi mengelak timbul masalah kepada alam sekitar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen