Rabu, 4 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Shazryl: Saya akan dedah perkara baru pasal Anwar

Posted: 04 May 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR, 4 Mei — Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah berkata beliau akan membuat pendedahan baru mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun tegas Shazryl (gambar), pendedahan itu hanya akan dibuat selepas polis menyelesaikan siasatan dan mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

"Saya akan dedahkan lagi mengenai Anwar tapi akan tunggu siasatan polis selesai.

"Selain itu, saya juga tunggu polis mendedahkan siapa pelaku dalam rakaman video seks itu... kemudian baru saya akan buat tindakan.

"Pendedahan terbaru ini tiada kena-mengena dengan rakaman video seks, ini soal lain," katanya kepada wartawan selepas memberikan keterangan berhubung kekecohan yang berlaku ketika beliau melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As.

Shazryl, salah seorang "Datuk T" pada 21 Mac lalu telah menggemparkan negara apabila mempertontonkan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.

Dua lagi "Datuk T" adalah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Pada sidang media ringkas itu juga Shazryl juga menafikan dakwaan kononya rakaman video seks itu dibuat di Thailand ekoran klip yang disiarkan di laman Youtube mempunyai perkataan Thailand.

"Saya tidak tahu, video yang saya dapat hanya ada tarikh sahaja dan tiada perkataan-perkataan lain.

"Video itu diperoleh di Malaysia," katanya sambil menambah terpaksa memakai baju kalis peluru ketika melakukan sumpah laknat kerana bimbang akan diserang penyokong Pakatan Rakyat yang turut berada di Masjid Amru al-As.

Beliau juga berkata baju kalis peluru adalah miliknya sendiri dan bukan ditaja mana-mana pihak.

"Ia baju saya sendiri sebab sebelum ini saya adalah konsul besar Thailand dan jurucakap untuk negara ini dalam soal keamanaan, jadi anda tahu bagaimana keadaan di sana?

"Tan Sri Rahim dan Datuk Shuib saya tidak tahu daripada mana mereka dapat," katanya.

Mengenai keengganan Anwar melakukan sumpah laknat dan ujian poligraf, Shazryl bagaimanapun berkata "biar rakyat sahaja menilai siapa sebenar Anwar."

"Saya tidak buat qazaf sebab saya tidak tuduh Anwar berzina, saya tanya betulkah beliau?" katanya.

Selain itu, beliau juga meminta supaya penyokong Pakatan Rakyat yang mencetuskan kekecohan ketika upacara sumpah laknat itu meminta maaf kepada umat Islam.

"Ya... ya.. mereka perlu minta maaf kerana perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dalam masjid.

"Saya minta Allah melaknat saya, bukan saya minta melaknat orang itu... saya minta Allah laknat saya kenapa perlu halang?

"Kenapa perlu halang saya minta Allah laknat saya? Masjid bukan tempat buat kecoh," katanya.

Shazryl pada 27 April telah memberikan sampel DNA kepada pihak polis bagi membantu siasatan rakaman video seks itu.

Mengulas keterangan yang diberikan hari ini, Shazryl berkata menerima panggilan telefon pagi tadi meminta beliau hadir ke Balai Polis Kepong untuk membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku itu.

"Saya menerima panggilan telefon pagi tadi meminta saya hadir memberikan keterangan di Balai Polis Kepong berhubung kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As.

"Saya hadir pada pukul 11 pagi sehingga 1.30 petang tadi. Dalam keterangan itu mereka bertanyakan bagaimana keadaan yang berlaku dalam masjid itu dan saya telah memberikan kerjasaman," katanya.

Tambah Shazry, Rahim dan Shuib juga akan memberi keterangan hari ini.

Kekecohan yang berlaku di Masjid Amru al-As itu diketuai Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin bersama barisan kepimpinan sayap pemuda PKR itu selain mendapat sokongan penyokong Pakatan Rakyat.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Selain Shamsul, turut berada dalam masjid itu timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.

Shazryl bagaimanapun berjaya melafazkan sumpah laknat dengan dikawal ketat polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isu Lynas: IAEA tubuh panel pakar nasihat Malaysia

Posted: 03 May 2011 10:51 PM PDT

VIENNA, 4 Mei — Agensi nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan membentuk panel bebas bagi menasihat kerajaan Malaysia berhubung potensi risiko yang akan diterima kesan daripada projek loji pemprosesan nadir bumi oleh syarikat perlombongan Australia, Lynas Corporation, kata agensi itu.

Pendirian itu dibuat selepas Malaysia meminta Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Vienna untuk membantu mengesan kesan yang akan diterima penduduk setempat terutamanya membentuk panel bebas bagi mengkaji tahap kesihatan dan keselamatan sekiranya projek itu diteruskan.

Ekoran projek loji pemprosesan nadir bumi itu, ia mendapat bantahan keras daripada aktivis yang mengatakan Malaysia akan menjadi lokasi pembuangan sisa radioaktif selain akan menyebabkan tahap kesihatan terjejas.

"Melalui program kerjasama teknikal IAEA, agensi akan menyokong usaha misi pakar antabangsa untuk mengkaji projek Lynas agar ia mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa dan keperluan yang baik akan memberikan faedah terhadap aspek keselamatan projek Lynas," katanya dalam satu kenyataan.

"Misi itu dijadualkan bermula pada 29 Mei 2011," katanya.

Bulan lalu, Lynas berkata Malaysia hanya memerlukan kajian selama satu bulan berhubung kesan radioaktif dan tidak akan menangguhkan pembinaan loji pemprosesan itu.

Bernama sebelum ini melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata satu panel bebas akan ditubuhkan secepat yang mungkin bagi menjalankan kajian terhadap aspek kesihatan dan keselamatan loji itu bagi menolak kebimbangan bahawa ia menimbulkan ancaman radioaktif, yang berpotensi menyekat bekalan dari China.

Kajian itu dijangka siap dalam tempoh sebulan.

Lynas Malaysia berkata loji pemprosesan itu menerima bahan mentah dari firma Mount Weld di Barat Australia.

Pemprosesan nadir bumi digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pinta dan kenderaan hidbrid.

Pembeli termasuk dari China, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah bergantung kepada bahan mentah yang mana kini mereka bergantung sehingga 95 peratus bekalan dari China.

Cadangan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng dekat Kuantan akan mejadikan ia sebagai pengeluar terbesar selepas China.

Pegawai syarikat berkenaan berkata keuntungan yang akan diperoleh dari projek loji pemprosesan nadir bumi Malaysia akan mencecah sehingga 22,000 tan, dan ia akan memenuhi keperluan selain China menjelang 2013.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen