Isnin, 2 Mei 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rumah Osama temboknya 6m, tiada telefon dan Internet

Posted: 01 May 2011 11:30 PM PDT

Anggota polis dan tentera Pakistan memeriksa kenderaan di sekatan jalan di Abbottabad di wilayah Khyber Pakhtunkhwa hari ini susulan operasi AS yang meragut nyawa Osama. — Foto Reuters

ISLAMABAD, 2 Mei — Kawasan rumah besar atau agam di Islamabad, Pakistan iaitu lokasi di mana Osama bin Laden terbunuh mengejutkan pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS).

Laporan BBC menyebut pegawai-pegawai AS terkejut dengan struktur rumah dan begitu kompleks, yang terletak di ibu negara Pakistan.

Rumah yang terletak di Islamabad itu mempunyai tembok setinggi empat hingga enam meter — lapan kali lebih besar berbanding rumah-rumah lain di kawasan Abbottabad.

Nilai rumah itu dianggarkan mencecah "beberapa juta ringgit", tetapi tiada hubungan atau kemudahan telefon dan Internet.

Pegawai-pegawai AS berkata unit risikan mengesan "utusan yang sangat dipercayai" Obama sejak beberapa tahun lalu.

Identitinya hanya dikesan empat tahun lalu manakala kawasan operasi dua tahun lalu dan pada Ogos 2010, rumahnya di Abbottabad dikesan, sekali gus membawa kepada operasi semalam.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anak lelaki Osama antara empat turut terbunuh

Posted: 01 May 2011 11:05 PM PDT

WASHINGTON, 2 Mei — Amerika Syarikat (AS) percaya bahawa seorang anak lelaki Osama bin Laden, antara empat yang turut terbunuh dalam operasi di Islamabad yang meragut nyawa pengasas dan ketua rangkaian Al-Qaeda itu.

Kesemua lima orang termasuk Osama maut dalam serangan di ibu negara Pakistan itu.

Tentera Pakistan kemudian mengepung kawasan rumah di mana Osama terbunuh, demikian menurut pegawai-pegawai pentadbiran Obama hari ini.

Laporan Reuters menyebut daripada empat yang turut terbunuh itu, seorang adalah wanita.

Daripada tiga lelaki dewasa, seorang merupakan anak Osama.

"Selain Osama bin Laden, tiga lelaki dewasa turut terbunuh dalam operasi ini," kata seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan.

Dua lelaki terbabit bertindak sebagai penghantar utusan dan yang ketiga pula merupakan anak lelaki Osama.

"Seorang wanita terbunuh apabila dia digunakan sebagai perisai oleh seorang lelaki penempur.

"Dua lagi wanita turut cedera," kata pegawai itu.

Operasi mengepung Osama ini berlarutan kira-kira 40 minit. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan