Isnin, 2 Mei 2011

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Jalan terbaik bagi Anwar

Posted:

Jalan terbaik bagi Anwar

Jalan terbaik bagi Anwar

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 1 Mei - Sumpah secara terbuka di hadapan umum merupakan jalan terbaik bagi Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan sebagai pelaku di dalam rakaman video seks membabitkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.

Tindakan itu wajar dilakukan kerana Ketua Pembangkang itu kini berada pada kedudukan pihak yang kena tuduh dan seharusnya Anwar berbuat sesuatu berdasarkan hukum syarak untuk membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Bagaimanapun Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, terpulang kepada Anwar untuk melakukan sumpah berkenaan atau sebaliknya kerana ia bukan satu bentuk paksaan.

''Anwar dalam isu ini sepatutnya bersumpah. Namun begitu terpulanglah kepada Anwar sama ada beliau mahu melakukannya atau tidak.

''Tambahan pula ini bukannya perintah mahkamah dan sesiapapun tidak berhak untuk memaksa Anwar bersumpah. Seperti yang saya katakan tadi perkara ini kita serahkan sepenuhnya kepada Anwar,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang itu.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat oleh salah seorang anggota trio tersebut iaitu bekas rakan karib Anwar, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas isu sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, Anwar wajar segera bersumpah dan ia perlu dilakukan secara terbuka di hadapan umum.

''Ini adalah cara terbaik untuk bersihkan diri daripada tuduhan tersebut. Paling baik dilakukan di mahkamah syariah dengan disaksikan hakim,'' ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata, pihak yang menuduh Anwar sebagai pelaku di dalam video seks itu perlu mengemukakan bukti di mahkamah syariah supaya satu bentuk pendakwaan boleh dilakukan.

''Rasulullah SAW perintahkan setiap pertikaian hendaklah diselesaikan. Oleh itu (dalam isu ini) bagi pihak yang mendakwa dikehendaki membawa bukti manakala pihak yang menafikan perlu bersumpah.

''Dalam perkara ini juga tidak ada sumpah laknat di pihak Shazryl Eskay. Shazryl Eskay silap mendapat nasihat.

''Dia sepatutnya perlu segera menyerahkan bukti kepada mahkamah syariah supaya pihak mahkamah boleh melakukan kajian dan membuat pendakwaan dengan segera.

''Pihak pendakwa wajib proaktif agar imej Islam terjaga. Isu ini perlu segera diselesaikan kerana ia telah mendatang kegelisahan di kalangan umat Islam,'' jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sumpah Anwar boleh hilangkan sangkaan buruk

Posted:

Sumpah Anwar boleh hilangkan sangkaan buruk

Sumpah Anwar boleh hilangkan sangkaan buruk

KUALA LUMPUR 1 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar bersumpah kerana langkah itu boleh menghilangkan sangkaan buruk serta perbalahan di kalangan rakyat selepas salah seorang anggota trio 'Datuk T', Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat, kelmarin.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak perlu risau untuk melakukan sumpah itu sekiranya Ketua Pembangkang tersebut tidak bersalah.

''Ya bukan satu paksaan atau satu kewajipan tetapi cara ini boleh menghilangkan sangkaan. Sumpah seperti ini boleh menghilangkan perbalahan.

''Sebagai contoh jika isteri minta suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah itu berdosa. Adakah Allah akan menghukum jika suaminya itu tidak melakukannya dan sememangnya dia tidak melakukannya?'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya langkah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi membersihkan dirinya setelah dituduh oleh trio 'Datuk T' sebagai pelaku di dalam rakaman video seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari negara China.

Tuduhan itu diperkuatkan lagi dengan sumpah laknat bekas rakan karib Anwar, Shazryl Eskay di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini Jumaat lalu bagi membuktikan pembabitan Anwar sebagai pelaku di dalam rakaman video seks berkenaan.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, sumpah yang perlu dilakukan oleh Anwar bagi menafikan penglibatannya di dalam video seks tersebut tidak semestinya di masjid mahupun di mahkamah.

''Untuk pengetahuan umum cukup jika beliau menyebut di dalam ceramah atau ucapannya 'Wallahi, Wa Billahi, Wa Tallahi, bahawa video ini satu pembohongan dan fitnah semata,'' katanya.

Dalam pada itu, beliau tidak bersetuju Shazryl Eskay melakukan sumpah seperti itu kerana ia hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

''Saya juga ingin tegaskan cara politik kita memang menjijikkan dan kotor. Isu mengaibkan peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Usah layan puak- puak ini,'' tambahnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hishammuddin tetap saman Anwar

Posted:

Hishammuddin tetap saman Anwar

Hishammuddin tetap saman Anwar


DARI kiri, Ketua Pemuda UMNO Sembrong, Ariffin Nan @ Adnan; Hishammuddin Tun Hussein; Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Fadhil Maskon menyanyikan lagu UMNO pada majlis penutup Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Sembrong di SM Seri Kota Paloh di Paloh, Kluang, semalam.


KLUANG 1 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau akan meneruskan hasrat memfailkan saman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengaitkannya dengan video seks yang pelakunya mirip Ketua Pembangkang itu.

Beliau berkata, dakwaan Anwar itu perlu dijawab di mahkamah agar masyarakat tahu kedudukan sebenar isu terbabit.

"Kita bawa ke mahkamah kerana kalau tidak, apa yang disebar melalui luar dan Internet orang akan percaya kerana kita tidak jawab," katanya kepada pemberita selepas penutupan mesyuarat perwakilan Puteri UMNO Sembrong, dekat sini hari ini.

Hishammuddin berkata, tindakan ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

"Itu strategi... dia (Anwar) tidak boleh jawab soalan wartawan, dia alih pandangan kepada orang lain. Kita tidak berdosa, kenapa hendak takut?," kata Naib Presiden UMNO itu.

Mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang, Hishammuddin berkata, perkara itu adalah realiti kerana pakatan itu hanya menguntungkan DAP.

"Lihat sahaja sewaktu pilihan raya negeri Sarawak di Beting Maro yang mana disebut akan menjadi tempat yang akan dimenangi Pas, mereka bertanding di lima kerusi semata-mata untuk membuktikan mereka berjaya bertapak di Sarawak tetapi akhirnya lihat apa yang berlaku... mereka kalah semua kerusi yang ditandingi.

"Kita hendak ingatkan kepada Pas bahawa apa yang dibuat ini tidak membawa manfaat dan saya harap mereka akan kaji dan buat pertimbangan yang terbaik," katanya.

Mengenai tindakan kerajaan Selangor mahu membelanjakan RM600,000 bagi memasang papan iklan dalam kempen memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata, ia perbuatan terdesak untuk mengalih perhatian orang ramai terhadap masalah yang dialami PKR.

Sambil meminta rakyat Selangor menilai tindakan kerajaan negeri itu membazirkan duit mereka, beliau berkata, perbuatan tersebut bukan cara sebenar untuk berpolitik.

"Kerajaan mempertahankan ISA kerana ia ada kaitan rapat dengan jenayah rentas sempadan dan rakyat sendiri boleh terima, kerana kita telah menerangkan suasana hari ini yang menjadikan negara kita sebagai sasaran dan transit dalam soal jenayah antarabangsa memerlukan kita mempertahankan akta ini," katanya. —BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan