Selasa, 17 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Suami Datin Orchid meninggal dunia

Posted: 17 May 2011 03:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas empat hari pemergian isteri tercinta Datin Orchid Abdullah, Datuk Mokhtar Omar pula menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang kira-kira 6.45 pagi tadi akibat penyakit jantung.

Allahyarham berusia 70 tahun.


Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Ansar, AU2 Keramat sebelum dikebumikan berdekatan pusara isterinya di Tanah Perkuburan Islam AU1 Keramat kira-kira 11.30 pagi.

Anak bongsunya Nur Shafinaz, 31, mendapat panggilan daripada Hospital Ampang pada kira-kira 6.30 pagi tadi yang memaklumkan bapanya sedang tenat.


"Saya terus ke sana dan bila sampai, saya dimaklumkan ayah sudah meninggal dunia. Doktor memberitahu jantung ayah sudah tidak kuat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perkuburan Islam Keramat AU1 di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga Singapura didakwa bekal alat kejuruteraan pada militan

Posted: 17 May 2011 03:01 AM PDT

JOHOR BAHARU: Ahli perniagaan Singapura, Abdul Majid Kunji Mohamad yang kini ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dipercayai membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kepada kumpulan militan di selatan Filipina.

Menurut sumber perisikan serantau, bekalan peralatan kejuruteraan itu adalah untuk kegunaan kilang membuat senjata yang dimiliki oleh kumpulan tersebut di kawasan yang dikuasainya di selatan republik terbabit.


"Beliau (Abdul Majid) dipercayai diminta untuk membekalkan peralatan kejuruteraan dwi-kegunaan kegunaan kilang senjata milik kumpulan itu, yang berkeupayaan membuat pelbagai jenis senjata termasuk "rocket propelled grenade" (RPG)," katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya bagi membolehkan kilang terbabit mengeluarkan senjata, ia memerlukan peralatan kejuruteraan yang moden dan berkualiti yang hanya boleh didapati di Malaysia dan Singapura.


Beliau berkata walaupun Abdul Majid yang kini menetap di Kuala Lumpur memiliki fahaman tentang Islam yang radikal, tetapi beliau dipercayai bukan merupakan anggota mana-mana kumpulan militan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan