Selasa, 17 Mei 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Dua guru mati lemas di pantai Kijal

Posted:

Dua guru mati lemas di pantai Kijal

Dua guru mati lemas di pantai Kijal

17/05/2011 6:53pm

KEMAMAN – Dua guru lelaki dari Sekolah Kebangsaan Kijal, di sini lemas ketika mandi di Pantai Kijal di sini dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Anuar Harun, 28, yang berasal dari Marang, Terengganu dan rakannya Md Iskandar Mat Arif, 26, dari Muar, Johor cuba diselamatkan orang awam yang berada di pantai itu namun kedua-duanya telah pun meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Abdullah Sani Salat berkata dua guru itu dipercayai ke pantai berkenaan untuk mandi bagaimanapun salah seorang daripada mereka lemas 15 minit kemudian.

"Rakannya cuba membantu untuk menyelamatkan mangsa tetapi arus deras telah menghanyutkan kedua-dua guru muda ini.

"Orang awam yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa dan berjaya menarik mangsa ke tepi pantai dan memberi bantuan kecemasan kepada kedua-duanya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdullah berkata bagaimanapun Anuar yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Md Iskandar yang mengajar subjek Agama Islam di sekolah itu gagal diselamatkan.

Mayat kedua-dua guru itu dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat.

Saksi kejadian, Mohd Azlizan Othman, 23, berkata beliau sedang berkelah di pantai itu bersama keluarga apabila diberitahu tentang kejadian lemas oleh seorang lelaki yang sedang mengutip sampah di pantai itu.

"Saya bergegas ke situ dan cuba membantu orang awam menyelamatkan mangsa untuk dibawa ke tepi pantai dan cuba memberikan pernafasan mulut ke mulut kepada salah seorang mangsa itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua guru itu telah meninggal dunia. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KYS anjur pameran kerjaya di Sembulan

Posted:

KYS anjur pameran kerjaya di Sembulan

KYS anjur pameran kerjaya di Sembulan

17/05/2011 5:00pm

KOTA KINABALU – Kolej Yayasan Sabah (KYS) dengan kerjasama JobsMalaysia Centre akan menganjurkan pameran kerjaya KYS di City Campus KYS, Sembulan pada Khamis ini.

Ketua Eksekutif KYS, Dr Dayang Aminah Ali berkata, pameran kerjaya itu bertujuan membolehkan golongan yang masih mencari pekerjaan untuk mendapatkan maklumat penting tentang peluang kerja yang ditawarkan oleh syarikat, agensi dan firma yang akan menyertai pameran tersebut.

Katanya aktiviti ini merupakan usaha Kolej Yayasan Sabah (KYS) yang julung kali diadakan dengan bantuan JobsMalaysia Centre di bawah Jabatan Tenaga Kerja, Sabah.

"Ia terbuka kepada semua pelajar IPTS/IPTA yang bakal menamatkan pengajian mereka di pusat-pusat pengajian tinggi termasuk daripada pusat-pusat latihan di Kota Kinabalu serta kepada orang awam yang berminat," katanya di sini hari ini.

Empat belas organisasi majikan dari Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah akan menyertai pameran kerjaya tersebut yang akan bermula dari 9 pagi hingga 4 petang. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

Posted:

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

Lelaki jatuh bangunan elak dicekup Jawi

17/05/2011 4:23pm

KUALA LUMPUR – Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak daripada dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI) yang melakukan operasi cegah maksiat di hotel berkenaan awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman yang dihubungi hari ini mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Beliau berkata, mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.

Zulkarnain berkata, pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan dan beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan