Jumaat, 13 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Polis seru rakyat bantu cegah jenayah

Posted: 13 May 2011 03:40 AM PDT

KOTA KINABALU: Di sebalik keberkesanan program "kepolisan berprofil tinggi" dalam mencegah jenayah, masyarakat didapati masih berasa takut dengan polis.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah SAC Noor Azam Jamaluddin berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan polis dan masyarakat saling memerlukan, khususnya dalam membendung jenayah.


"Kita nak masyarakat tidak takut dengan polis, kita nak mereka menghormati polis dan bila mereka mendidik anak-anak, jangan didik untuk takut pihak polis, tetapi bekerjasama dengan pihak polis," katanya ketika menghadiri aktiviti turun padang di Terminal Bas Plaza Wawasan, di sini hari ini.

Beliau berkata polis negeri itu khasnya, memerlukan komitmen yang lebih daripada rakyat terutama dalam menyalurkan maklumat bagi memudahkan mereka mengambil tindakan seterusnya.


"Mereka juga disaran menjadi ahli Rakan Cop, jadi tahu bagaimana nak disalurkan maklumat. Maklumat ini merupakan rahsia dan tidak didedahkan, kita akan ambil tindakan terhadap maklumat yang disalurkan itu," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dadah di rumah Benjy mungkin diletak orang lain

Posted: 13 May 2011 03:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa dadah yang dijumpai di kondominium Menara Duta 2 yang didiami pelakon terkenal Benjy mungkin diletakkan oleh orang lain.

Pembantu rumah Sunarni Isna, 51, yang bekerja dengan Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim berkata ramai rakan Benjy yang datang ke rumah itu dan beliau tidak tahu apa yang dilakukan kerana lebih banyak menghabiskan masa di bilik belakang. Sunarni yang telah bekerja selama setahun setengah dengan Benjy berkata pelakon itu selalunya tidak bermalam di rumah tersebut dan hanya pulang sekali seminggu untuk mengambil baju bersih. Katanya, jika berada di rumah, Benjy akan menghabiskan masa kira-kira sejam sahaja untuk menidurkan anaknya yang berusia lima tahun dan pelakon itu juga tidak tidur di bilik sebaliknya duduk di sofa ruang tamu sahaja. Menurut Sunarni pada hari kejadian, beliau bertembung dengan Benjy pada pukul 6.30 pagi dan Benjy keluar semula pukul 7 pagi bersama pembantu peribadinya Afifi Hamid.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen