Rabu, 18 Mei 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Surau Komtar seperti stor usang

Posted:

Surau Komtar seperti stor usang

Surau Komtar seperti stor usang

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


Keadaan tidak terurus surau di Komtar dengan sejadah, telekung dan barangan lain berselerakan.


PULAU PINANG 17 Mei - Sedih dan memalukan. Demikian keadaan surau di tingkat dua Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang tidak ubah seperti sebuah stor usang.

Surau sepatutnya menjadi tempat ibadat selesa dan memberi ketenangan kepada jemaah tetapi sebaliknya berlaku disebabkan keadaannya yang begitu daif.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, siling surau berkenaan berlubang manakala tiada paip untuk membolehkan jemaah mengambil wuduk.

Seorang peniaga di Komtar, Hatimah Kamil, 50, berkata, dia kecewa dengan pihak pengurusan surau yang tidak memantau keadaan itu.

Menurutnya, surau tersebut yang mampu menampung sehingga 20 jemaah pada satu-satu masa seolah-olah tidak terurus dengan sejadah dan telekung berselerakan.

"Keadaan ini berlaku sejak tiga tahun lalu dan tentunya amat mengaibkan kepada orang Islam," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, seorang pengunjung, Kamarudin Ismail, 42, dari Ipoh pula berharap kerajaan DAP Pulau Pinang mengambil berat terhadap masalah tersebut.

Ini kerana, jelasnya, Komtar merupakan lambang kemegahan rakyat negeri ini selain menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang.

"Keadaan surau ini nampak tidak terurus dengan barang-barang lusuh di merata-rata tempat.

"Bau hapak sejadah menusuk hidung terutamanya apabila sujud," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak-pihak berkaitan mengambil inisiatif untuk menceriakan semula surau berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Minda Sarjana taja Utusan Malaysia

Posted:

Minda Sarjana taja Utusan Malaysia

Minda Sarjana taja Utusan Malaysia

KEPALA BATAS 17 Mei - Pengedar produk wangian Teacher's Perfume, syarikat Minda Sarjana Enterprise hari ini mengedarkan 1,000 naskhah percuma akhbar Utusan Malaysia di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang dan Kedah.

Sebanyak 500 naskhah akhbar itu diedarkan kepada pelanggan Restoran Din Ikan Bakar di sini manakala 300 naskhah lagi di sekitar Pasar Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Syarikat tersebut turut mengedarkan 200 lagi naskhah akhbar Utusan Malaysia di Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda juga dekat sini.

Pengurus Minda Sarjana, Jamaludin Hashim berkata, pengedaran naskhah percuma itu adalah bagi mempromosikan produk Teacher's Perfume keluaran syarikat bumiputera itu yang dilancarkan sejak Januari lalu.

"Tajaan ini juga adalah sempena sambutan Hari Guru sebagai komitmen syarikat kami dalam memberi pengiktirafan kepada warga pendidik yang menyumbang jasa dan bakti kepada pembangunan anak bangsa.

"Saya harap artikel mengenai Teacher's Perfume yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini mampu menarik lebih ramai pengguna untuk mencuba produk keluaran syarikat kami," katanya selepas mengedarkan akhbar itu di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan artikel mengenai produk wangian Teacher's Perfume yang mula mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna walaupun baru lima bulan berada di pasaran.

Diilhamkan dari produk haruman terkemuka seperti Dunhill, Hugo Boss, Lancome, Calvin Klein dan Valentino, Teacher's Perfume mempunyai kelebihan tersendiri kerana harumannya yang asli serta tahan lebih lama.

Bagi memantapkan operasinya, syarikatnya menggunakan konsep stokis, pengedar dan ejen bagi memasarkan Teacher's Perfume di seluruh negara termasuk mahu menembusi pasaran lebih luas di Sabah dan Sarawak.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut mengenai Teacher's Perfume boleh melayari laman web http://minyakwangicikgu.blogspot.com atau menghubungi Jamaludin di talian 012-5407782.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

TAHNIAH

Posted:

TAHNIAH

TAHNIAH


BAKRI Ali (kiri) sempat bergurau dengan Hashim Jasin (tengah) sambil diperhatikan oleh Jamil Saad selepas istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis di Istana Arau, semalam.


KERIANGAN jelas terpapar pada wajah mereka yang tersenarai menyertai Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-68 Raja Perlis di Istana Arau, semalam.

Antara yang terlibat dalam istiadat berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesihatan dan Pembangunan Luar Bandar, Bakri Ali yang menerima Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Sanglang, Hashim Jasin dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Jamil Saad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan