Rabu, 4 Mei 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Elak diserang penyakit kronik

Posted:

Elak diserang penyakit kronik

Elak diserang penyakit kronik

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


AHMAD Said (empat dari kiri) melawat gerai pameran selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Penyakit Kronik dan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri di Setiu, semalam. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM


SETIU 3 Mei – Rakyat negeri ini diseru sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat termasuk bersenam bagi mengelak diserang penyakit kronik dan mengalami obesiti.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, masyarakat perlu mengubah sikap dengan tidak memandang ringan kegiatan kecergasan atas alasan kesibukan kerja atau urusan keluarga menyukarkan mereka berbuat demikian.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti sukan menerusi penganjuran pelbagai program riadah termasuk senamrobik seminggu sekali.

"Banyak aktiviti dan kemudahan sukan kita sediakan untuk rakyat melibatkan diri seperti gelanggang futsal," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Penyakit Kronik dan Hari Kesihatan Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar; Ahli Parlimen Setiu, Datuk Mohd. Jidin Shafee dan Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan.

Selain itu, Ahmad berkata, ibu bapa juga perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka sentiasa mengambil berat tentang penjagaan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

"Selain senaman yang cukup, amalan pemakanan yang seimbang juga perlu dititikberatkan," katanya sambil mengajak masyarakat agar mencontohi amalan masyarakat berketurunan Cina di negara ini dan rakyat Korea dalam menjaga kesihatan mereka.

Beliau juga kesal kerana masih ada di kalangan masyarakat yang berdepan dengan gejala penyakit kronik memilih untuk mendapatkan rawatan bomoh tradisional berbanding pakar perubatan.

Katanya, kebanyakan mereka mula terdesak untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di hospital selepas penyakit yang dihidapi berada pada tahap berbahaya atau sukar dirawat.

Menurut beliau dalam keadaan itu, ia menjejaskan kualiti kehidupan diri dan keluarga apabila tidak lagi mampu bekerja dan terpaksa pula menanggung kos rawatan yang tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

600 sertai pertandingan mewarna Utusan

Posted:

600 sertai pertandingan mewarna Utusan

600 sertai pertandingan mewarna Utusan

BESUT 3 Mei - Seramai 600 murid menyertai peraduan mewarna anjuran Utusan Malaysia yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Mahmud II di sini, baru-baru ini.

Ia bagi memeriahkan Karnival Sekolahku Hebat selama dua hari yang diisi dengan pelbagai kegiatan bermaklumat yang turut memupuk hubungan kerjasama antara sekolah berkenaan dengan masyarakat, pemimpin setempat, jabatan kerajaan dan swasta.

Eksekutif Pemasaran Zon Timur, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., Nazri Saad berkata, tiga kategori dipertandingkan iaitu prasekolah, tahun satu dan dua bagi kategori A, tahun tiga dan empat (kategori B) serta tahun lima dan enam (kategori C).

"Pemenang tempat pertama bagi setiap kategori menerima sebuah basikal, beg dan sijil manakala tempat kedua dan ketiga menerima hamper, beg dan sijil," katanya.

Bagi kategori A, tempat pertama dimenangi oleh Muhammad Ikhzal Afrizel Ismail, tempat kedua oleh Nor Syarifah Nor Halmizi manakala tempat ketiga, Mohamad Hamzi Asyraf Khir.

Che Muhammad Danial Che Arif muncul sebagai johan kategori B manakala tempat kedua dimenangi Anis Syarifah Rusdi dan ketiga, Nor Annisa Syakira Masrizan.

Nor Sofea Hanim Ahmad Ruzaizi memenangi tempat pertama bagi kategori C manakala Norhafizah Ahmad Zuradi dan Nur Syazwani Mohamad Sabri, masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof. Turut hadir, Guru Besar SK Tengku Mahmud II, Mohd. Abd. Wahab.

Selain mewarna, aktiviti lain ialah gerai jualan FAMA, pemeriksaan kesihatan percuma, demonstrasi Jabatan Pertahanan Awam, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan sukaneka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu akan wujudkan akademi badminton

Posted:

Terengganu akan wujudkan akademi badminton

Terengganu akan wujudkan akademi badminton

KUALA TERENGGANU 3 Mei - Terengganu bakal mempunyai sebuah akademi badminton selewat-lewatnya awal tahun depan dalam usaha kerajaan negeri melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya dalam proses mencari lokasi sesuai untuk membina akademi berkenaan selain mendapatkan khidmat jurulatih profesional.

"Sudah tiba masanya Terengganu melonjak pula dalam sukan ini dan saya yakin kita akan berjaya mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan bagi menggerakkan pembangunan sukan secara menyeluruh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Sukan Negeri Terengganu 2009/2010 di Wisma Darul Iman dekat sini semalam.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Zainal Abidin Hussin.

Pada majlis tersebut, dua jaguh lumba basikal negara, Mohd. Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustafa dianugerahkan sebagai Olahraga dan Olahragawati Negeri dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000, trofi, sijil penghargaan dan sehelai jaket sukan.

Ahmad berkata, usaha melahirkan bakat dalam sukan badminton diberi penekanan pada tahun ini memandangkan pencapaian atlet negeri dalam sukan itu agak terkebelakang berbanding sukan lain.

Ujarnya, ia ekoran sistem pengurusan atlet yang tidak efisien selain tidak mempunyai jurulatih profesional.

"Kita belum putuskan lagi sama ada mahu melantik jurulatih tempatan mahupun luar negara.

"Apa yang penting, dengan penubuhan akademi ini akan memudahkan pelatih memberi tumpuan memandangkan segala kemudahan sudah tersedia," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan