Khamis, 5 Mei 2011

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pasang sistem amaran awal

Posted:

Pasang sistem amaran awal

Pasang sistem amaran awal

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my


Mohamad Hasan (kiri) meninjau kawasan tiga kanak-kanak dihanyutkan air deras berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, semalam.


KUALA PILAH 4 Mei - Fenomena kepala air yang berlaku di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini semalam adalah sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia berpunca daripada hujan lebat dan wujudnya takungan di bahagian tinggi sebelah hulu dekat Gunung Angsi.

''Air yang datang secara tiba-tiba dari kawasan gunung menyebabkan tiga kanak-kanak malang itu dihanyutkan air deras," katanya kepada pemberita selepas meninjau kawasan kejadian itu berikutan fenomena kepala air di Hutan Lipur Ulu Bendul di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang semalam, Nur Syaza Alisa Said Ahmad, 5; Nur Syaza Azira, 4, dan Nur Syaza Sakinah, 2, hanyut dibawa arus deras yang disebut fenomena kepala air ketika sedang mandi di kawasan perkelahan popular itu.

Bapa kanak-kanak itu, Said Ahmad Ibrahim, 28, dan seorang kenalan wanitanya, Alwani Abu Hassan, 18, berjaya diselamatkan oleh orang ramai yang berada di kawasan berkenaan.

Mohamad memberitahu, keperluan menempatkan amaran awal fenomena itu di kawasan sungai hendaklah disegerakan supaya ia dapat memberi ruang kepada pengunjung untuk menyelamatkan diri.

''Amaran seperti loceng mahupun siren perlu dipasang segera di kawasan sebegini, selain papan tanda amaran bagi mengelakkan orang awam mandi ketika hujan di mana-mana kawasan rekreasi," katanya.

Tambahnya, fenomena yang sama juga telah berlaku di kawasan rekreasi Lata Kijang, Jelebu tahun lalu dan berhampiran Gunung Berembun dekat Jalan Pantai, Seremban, semalam di mana turut menyaksikan kerosakan struktur tanah dan meragut satu nyawa.

''Bagi kerajaan negeri dan rakyat, kami menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada ahli keluarga kanak-kanak ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebahagian besar ADUN Melaka alami masalah obesiti

Posted:

Sebahagian besar ADUN Melaka alami masalah obesiti

Sebahagian besar ADUN Melaka alami masalah obesiti

MELAKA 4 Mei - Sebahagian besar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini dikesan mengalami masalah obesiti atau melebihi berat badan normal.

Kira-kira 20 pegawai dan kakitangan Jabatan Kesihatan hari ini menjalankan pemeriksaan ke atas ADUN terlibat seperti ADUN Sungai Udang, Datuk Yaakub Md Amin; ADUN Tanjung Bidara, Datuk Ab. Karim Ab. Sulaiman; ADUN Machap, Datuk Lai Mei Chong dan ADUN Rembia, Datuk Norpipah Abdol di bangunan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Turut hadir pada program pemeriksaan kesihatan itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

Seramai 20 kakitangan dan pegawai Jabatan Kesihatan negeri terlibat menjalankan pemeriksaan ke atas ADUN dan mendapati Indeks Jisim Tubuh (BMI) kebanyakan mereka mengalami obesiti.

Bagaimanapun, pemeriksaan lain seperti tahap glukosa dalam air kencing dan darah serta tekanan darah masing-masing berada pada paras normal.

Pemeriksaan kesihatan yang berlangsung selama empat jam berakhir pukul 12.30 tengah hari itu turut menekankan pada pemeriksaan ujian darah di kalangan ADUN bagi mengenal pasti sebarang penyakit serius.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pemulihan Projek, Pembangunan Pekan Kecil dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk Seet Har Cheow berkata, pihaknya menasihatkan ADUN terlibat agar mengawal pemakanan berdasarkan hasil ujian kesihatan yang mendapati kebanyakan mereka mengalami obesiti.

''Saya nasihatkan mereka dan diri saya sendiri kerana kami mengalami masalah obesiti. Selepas ini, kita semua perlu kawal gula, makanan berkarbohidrat dan makanan berlemak terutama ketika menghadiri pelbagai majlis.

''Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti kerja, mereka tidak harus mengabaikan waktu tidur dan banyak minum air kosong menggantikan air bergula.

''Begitu juga makanan bersantan yang banyak menyumbang ke arah pertambahan berat badan," katanya yang turut tidak menyangka disahkan mengalami masalah obesiti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Seremban Sentral akan dibina

Posted:

Seremban Sentral akan dibina

Seremban Sentral akan dibina

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 4 Mei - Sebuah hentian bersepadu yang bakal dikenali dengan Seremban Sentral akan dibina dekat sini dalam usaha menyediakan sistem pengangkutan awam berpusat secara efisien kepada penduduk bandar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kampung Baru dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Siow Chen Pin berkata, cadangan itu telah dipersetujui oleh kerajaan negeri yang dijangka dibina pada penghujung tahun ini.

''Berdasarkan cadangan, terminal bersepadu ini akan dibina berhampiran stesen komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban.

''Pewujudan hentian bersepadu ini bakal memudahkan orang ramai untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam secara komprehensif apabila operasi bas, teksi serta komuter diselaraskan secara berpusat di terminal itu kelak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Namun, jelas Chen Pin, buat masa ini, kerajaan negeri masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Pusat sebelum ia dapat dilaksanakan.

''Jika ia diluluskan, projek ini akan dibangunkan menerusi peruntukan di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)," ujarnya.

Katanya, pelaksanaan projek itu selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk meningkatkan tahap penyediaan kemudahan pengangkutan awam bagi penduduk di bandar ini.

''Kemudahan ini bakal memenuhi keperluan pengangkutan awam penduduk di negeri ini yang semakin bertambah khususnya di sekitar bandar ini," katanya.

Dalam pada itu, Chen Pin turut memberitahu, pihaknya juga sedang menjalankan usaha untuk menambah bilangan teksi di bandar ini serta meningkatkan kecekapan perkhidmatan tersebut melalui telefon.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan