Selasa, 3 Mei 2011

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Terminal Sejahtera diwujud

Posted:

Terminal Sejahtera diwujud

Terminal Sejahtera diwujud

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (tengah, baju merah) bersama penerima anugerah cemerlang SPM 2010 pada majlis penyampaian sijil penghargaan dan insentif di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan menubuhkan pusat ulang kaji pelajaran yang dikenali sebagai Terminal Sejahtera untuk kemudahan pelajar sekolah sekitar ibu kota.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pusat tersebut ditubuhkan bagi memberi kemudahan kepada pelajar mengulang kaji pelajaran dalam persekitaran yang lebih selesa.

Katanya, tempat yang akan diberi tumpuan untuk ditubuhkan pusat itu ialah di kawasan rumah pangsa yang persekitarannya pada kebiasaannya agak kurang selesa untuk belajar.

"Terminal Sejahtera ini diharapkan dapat menyediakan tempat mengulang kaji yang selasa kepada pelajar sekolah rendah dan menengah supaya mereka dapat belajar dengan lebih baik.

"Idea untuk menubuhkan pusat tersebut timbul apabila melihat pusat seumpamanya yang ada di Lembah Pantai di bawah kelolaan pihak swasta," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Anugerah Cemerlang bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia 2010 kawasan Parlimen Lembah Pantai di Kompleks Sukan Bangsar, di sini, malam tadi.

Raja Nong Chik berkata, peruntukan bagi pusat itu telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan, sementara pihaknya masih dalam proses mengenal pasti beberapa lokasi untuk membina terminal tersebut.

Ujarnya lagi, pihaknya menjangkakan pusat itu akan mula dapat dimanfaatkan oleh pelajar-pelajar pada penghujung tahun ini.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa UMNO Bahagian Lembah Pantai telah menyediakan peruntukan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi program pembangunan pendidikan.

"Sebanyak RM10,000 telah diperuntukkan bagi PIBG di 13 buah sekolah di Lembah Pantai untuk digunakan oleh pihak tersebut dalam memartabatkan pendidikan negara.

"Majlis pelancaran dan pemberian peruntukan itu akan diadakan 15 Mei ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kesal pengedar lepas tangan

Posted:

Kesal pengedar lepas tangan

Kesal pengedar lepas tangan

KUALA LUMPUR 3 Mei - Seorang pemilik salon hari ini kesal kerana pengedar produk kosmetik yang menyebabkan dua pelanggannya mengalami kerosakan kulit dan parut setelah menerima 30 suntikan untuk menguruskan badan enggan bertanggungjawab terhadap insiden terbabit.

Beliau yang enggan dikenali memberitahu, pihaknya mendapatkan produk berkenaan sejak kira-kira setahun lalu dan telah menggunakannya terhadap lebih 30 pelanggannya.

Katanya, namun dua daripada pelanggannya itu mengalami kesan kerosakan kulit dan parut yang kekal selepas menggunakan produk tersebut.

"Saya kesal kerana pihak pengedar melarikan diri apabila kami ingin mendapat penjelasan mengenai produk itu yang mengakibatkan permukaan kulit pelanggan rosak.

"Ekoran kejadian malang itu, saya kerugian sekitar RM40,000 hingga RM50,000 untuk membayar ganti rugi, kos perubatan dan kos guaman kepada pelanggan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA Cheras, di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Perkhidmatan MCA Bahagian Cheras, John Su Kuan berkata, pihaknya menerima tiga aduan berhubung perkara tersebut iaitu satu daripada pemilik salon dan dua daripada pelanggan.

"Pemilik salon berkenaan mendakwa memperoleh bekalan produk kecantikan yang diimport dari Jerman daripada seorang pengedar di Puchong.

"Bagaimanapun, apabila aduan diterima, pihak pengedar itu enggan bertanggungjawab terhadap kejadian menimpa pengguna," katanya.

Lebih malang ujarnya, produk tersebut telah mendapat kelulusan pihak Kementerian Kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mempersoalkan proses kelulusan yang dilakukan kementerian tersebut sebelum membenarkan produk seumpama itu berada di pasaran.

Sebelum ini, akhbar melaporkan tindakan seorang ahli perniagaan lelaki mencuba satu produk menguruskan badan melalui 30 suntikan kosmetik dalam tempoh sejam mengundang padah apabila dia terpaksa menanggung kesan parut kekal di tubuhnya kesan daripada rawatan itu.

Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dan enggan dikenali itu bukan sahaja terpaksa menanggung kesan parut di perut dan belakang badan, malah terdapat kesan lubang di bahagian yang disuntik itu membuatkan dia berasa tidak selesa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UMNO pindah ‘keluarga lumpuh’

Posted:

UMNO pindah 'keluarga lumpuh'

UMNO pindah 'keluarga lumpuh'

Oleh NUR NAZLINA NADZAR
pengarang@utusan.com.my


Nabil Najmi dan Zainal Abidin Md. Said ditolak masuk ke rumah baru mereka di tingkat bawah Blok 27 Perumahan Polis, Desa Tasik, Sungai Besi pada program gotong-royong memindahkan keluarga itu oleh UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, baru-baru ini. – UTUSAN/Mohd. Farizwan Hasbullah


KUALA LUMPUR 3 Mei – Keluarga Rosnah Abd. Walad, 45, kini berasa lebih tenang dalam mengharungi kehidupan apabila telah berpindah ke rumah baru di tingkat bawah yang lebih memudahkannya tinggal bersama suami dan anak yang terlantar akibat lumpuh.

Penantian selama tiga minggu untuk berpindah ke rumah baru terkabul setelah kediaman itu, di Blok 27 Perumahan Polis, Desa Tasik, Sungai Besi, dibaik pulih menerusi bantuan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak dengan kos RM12,000.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Azami Mohamad berkata, pihaknya bersama Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak telah bergotong-royong membaik pulih rumah itu serta memindahkan keluarga itu.

Katanya, gotong-royong itu turut dibantu oleh Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Desa Tasik Polis yang memindahkan barangan keluarga itu dari rumah lama mereka yang terletak di tingkat satu, Blok 1 perumahan tersebut.

"Sepanjang tiga minggu lalu, pihak kami telah melakukan kerja-kerja membaik pulih seperti mengecat semula, memperbaiki bumbung dan pelbagai lagi bagi memberi keselesaan kepada mereka.

"Diharapkan dengan perpindahan ini akan memudahkan keluarga itu yang kini tidak perlu turun dan naik tangga apabila ingin pergi mendapatkan rawatan di hospital," katanya.

Beliau berkata demikian selepas program gotong-royong memindahkan keluarga tersebut baru-baru ini.

Turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar dan Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Tasik, Mohd. Khir Abdullah.

Keluarga malang ini mendapat perhatian UMNO Bahagian Bandar Tun Razak kerana suami Rosnah, Zainal Abidin Md. Said lumpuh akibat diserang penyakit saraf sejak dua tahun lalu.

Lebih menyedihkan lagi, anak mereka, Nabil Najmi Zainal Abidin, 15, mengidap penyakit palsi serebrum.

Azami berkata, pihaknya telah pun meminta bantuan sebuah katil khas seperti di hospital kepada Zainal untuk memudahkan pergerakannya.

"Saya berharap pihak Baitulmal dapat mempertimbangkan bantuan itu untuk meringankan beban keluarga ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen