Selasa, 17 Mei 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Dicekup cuba campak heroin

Posted: 16 May 2011 11:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan seorang penunggang motosikal cuba mencampakkan sesuatu daripada poketnya apabila menyedari sekatan polis gagal selepas perbuatan itu disedari anggota polis, semalam.

Berikutan itu, polis menemui satu peket heroin yang cuba dibuang penunggang motosikal berkenaan ketika operasi di lorong motosikal, Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Petaling Jaya, di sini.


Difahamkan, suspek berusia 34 tahun dan bekerja sebagai chef di sebuah restoran terkenal di Bangsar, di sini menyimpan sepeket heroin seberat tiga gram dalam kocek kirinya selepas pemeriksaan seluruh badan dilakukan terhadapnya.

Operasi dikenali sebagai Ops Motosikal dan Advokasi itu bermula jam 9.30 pagi hingga jam 12 tengah hari khusus menyasarkan penunggang motosikal.


Ketua Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, seramai 12 anggota dari Unit Kuat Kuasa Khas dan Unit Latihan terbabit dalam operasi itu yang bertujuan memastikan penunggang motosikal mematuhi undang-undang sedia ada.


"Kami menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai pelbagai kes termasuk samun, ragut, dadah dan kebanyakan membabitkan penjenayah menunggang motosikal.

"Berdasarkan operasi itu, kami mengesan kesalahan lain seperti menunggang tanpa lesen dan cukai jalan tamat tempoh," katanya.


Katanya, 257 saman atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan ke atas 165 penunggang motosikal yang diperiksa sepanjang operasi.

"Lelaki yang ditahan kerana itu diserahkan ke Balai Polis Travers untuk tindakan lanjut dan kes itu akan disiasat mengikut seksyen Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nyaris mangsa ayat ‘power’

Posted: 16 May 2011 11:02 AM PDT

KAJANG: Ketampanan dan ayat 'power' dijadikan modal seorang buruh binaan warga asing untuk menawan hati seorang wanita sebelum mencabulnya, semalam.

Sumber polis berkata, mangsa berusia 47 tahun dipercayai sedang menunggu seseorang di hadapan sebuah pasar raya di Semenyih, di sini sebelum dihampiri sebuah kereta dipandu seorang lelaki warga Bangladesh, kira-kira jam 10 pagi.


Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu memandu kereta berkenaan tanpa lesen.

"Sebaik menghampiri mangsa, lelaki berkenaan turun untuk berbual-bual dengan harapan memikat mangsa.


"Apabila mangsa memberi respons yang baik, lelaki terbabit mengajak mangsa bersiar-siar di sekitar Semenyih," katanya.


Katanya, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa bersetuju bersiar-siar sebelum dia dibawa ke sebuah rumah kedai di kawasan Perindustrian Ria, Semenyih. "Selepas kira-kira sejam bersiar-siar, lelaki itu mengajak mangsa masuk ke dalam rumah kedai berkenaan. "Mangsa hanya mengikut tanpa mengesyaki lelaki itu berniat serong ke atasnya," katanya.

Difahamkan, selepas yakin keadaan sekeliling selamat daripada sebarang gangguan, lelaki berkenaan bertindak agresif dengan memegang payudara mangsa selain cuba merogolnya.


"Bimbang dirinya diperlakukan lebih kejam, mangsa yang ketakutan melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang awam.

"Ketika itu, beberapa anggota polis kebetulan melakukan rondaan di kawasan berkenaan," katanya.


Sumber berkata, mangsa kemudian pergi ke arah anggota polis berkenaan dan menceritakan apa yang berlaku.


"Bertindak atas maklumat, anggota polis pergi ke rumah kedai berkenaan dan menahan suspek kira-kira jam 12 tengah hari.


"Suspek yang berada di dalam rumah kedai berkenaan terkedu sejurus anggota polis tiba dan tidak sempat melarikan diri," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan tangkapan itu dan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut.


"Siasatan mendapati suspek berusia 37 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen