Rabu, 18 Mei 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


17 keluarga hilang tempat tinggal

Posted: 18 May 2011 03:57 AM PDT

MIRI: Enam puluh tujuh orang dari 17 keluarga hilang tempat tinggal apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di kawasan setinggan di Pujut Corner, di sini hari ini.


Kebakaran dikatakan bermula dari sebuah rumah di kawasan itu pada pukul 10.30 pagi sebelum merebak dengan cepat dan memusnahkan 15 rumah lain dalam tempoh setengah jam.

Keadaan cuaca panas dan kesukaran mendapatkan air menyukarkan usaha untuk memadamkan kebakaran itu, kata Pegawai Kanan II Bomba dan Penyelamat Abdul Latip Kassim.


Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri Antonio Kahti Galis berkata sebuah pusat penempatan sementara disediakan di bangunan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia di sini untuk menempatkan mangsa yang terlibat.


"Setakat ini belum dapat dipastikan lagi jumlah sebenar yang memerlukan penempatan sementara ini kerana saya dimaklumkan ada mangsa yang berpindah ke rumah sanak-saudara mereka," katanya di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk tidak dapat bekalan air

Posted: 18 May 2011 03:51 AM PDT

GURUN: Lebih 20 penghuni lima buah rumah di Kampung Sungai Rotan Dalam di sini terpaksa menggunakan air parit berikutan ketiadaan bekalan air bersih di kampung mereka.

Abdul Amor Bakar, 54, yang menetap di kampung itu hampir 46 tahun lalu berkata perkara itu berlaku kerana tidak terdapat paip besar di kampung berkenaan untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada mereka.


"Pakcik sekeluarga dari dulu lagi guna air parit untuk mandi, memasak mahupun membasuh kerana kampung ini memang tidak ada bekalan air bersih," katanya.

Abdul Amor berkata air parit itu tidak bersih dan keruh kerana disyaki bercampur dengan racun.


"Air parit ini keruh dan bercampur dengan racun sebab air baja dari kilang Petronas yang berdekatan mengalir terus ke parit ini termasuk juga dengan racun rumput.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan