Selasa, 17 Mei 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


Kutipan tol METRAMAC mansuh

Posted: 16 May 2011 05:37 PM PDT

Wilayah

100,000 pengguna dapat manfaat laluan percuma berkuat kuasa serta-merta

KUALA LUMPUR: Kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya, Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (METRAMAC) yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, dimansuhkan berkuat kuasa serta-merta malam tadi, tujuh tahun lebih awal daripada tarikh sebenar tempoh tamat konsesi lebuh raya itu pada 31 Mei 2018.

Penutupan plaza tol berkenaan memberi manfaat kepada lebih 100,000 pengguna lebuh raya itu sehari, terutama penduduk Bandar Permaisuri, Bandar Tun Razak dan kawasan sekitar yang perlu membayar tol 50 sen setiap kali melaluinya sejak Ogos 1995. Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, berkata berikutan pemansuhan kutipan tol berkenaan, dianggarkan RM180 juta tidak akan dikutip sepanjang tempoh baki konsesi terbabit, manakala kerajaan juga tidak perlu membayar sebarang pampasan atas persetujuan penutupan awal tol itu.

Katanya, langkah itu adalah manifestasi kesungguhan kerajaan mencari penyelesaian berhemah untuk pengguna dalam isu tol.

"Hasrat kerajaan ini sudah pun mula direalisasikan menerusi keputusan kerajaan menamatkan kutipan tol di beberapa lebih raya sejak 1993 lagi.

"Pengumuman ini juga adalah hadiah daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat, khususnya pengguna lebuh raya sempena Hari Wesak yang akan disambut esok (hari ini)," katanya berucap pada majlis pemansuhan kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC di sini, malam tadi.
METRAMAC sepanjang 6.5 kilometer dengan kos pembinaan RM125 juta yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught, mula dibuka kepada lalu lintas pada 1 Ogos 1995.

Perjanjian konsesi antara kerajaan dan Metramac Corporation Sdn Bhd yang ditandatangani pada 13 Februari 1992, berkuat kuasa untuk tempoh selama 23 tahun dan akan tamat pada 31 Mei 2018.

Kadar tol dikenakan di kedua-dua plaza tol berkenaan ialah RM0.50 bagi kelas satu dan lima, RM1 bagi kelas dua dan tiga, serta RM0.30 bagi kelas empat.

Pada 28 Januari lalu, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa kutipan tol di plaza tol arah Cheras dan Petaling Jaya METRAMAC akan ditamatkan lebih awal berbanding tarikh tamat tempoh konsesinya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RapidKL perlu sedia kaunter tambah nilai luar bas

Posted: 16 May 2011 05:36 PM PDT

Wilayah

KUALA LUMPUR: Penumpang bas RapidKL mengadu terpaksa beratur berjam-jam untuk menaiki bas setiap hari sejak bas berkenaan memperkenalkan sistem pembayaran tambang menggunakan kad prabayar sepenuhnya April lalu.

Sistem berkenaan sepatutnya melancarkan perjalanan bas tetapi kerana sikap penumpang yang gemar menambah nilai kad pada mesin di dalam bas menyebabkan bas lambat memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya.

Tinjauan Sentral di Stesen Bas Kampung Kerinchi di sini mendapati sebilangan besar penumpang yang menaiki bas menambah nilai kad masing-masing menggunakan mesin disediakan di dalam bas menyebabkan pemandu hanya dapat memulakan perjalanan selepas lebih setengah jam. Seorang penumpang yang hanya mahu dikenali sebagai Nora, 42, berkata pihak RapidKL sepatutnya menyediakan kaunter tambah nilai di luar bas dan bukannya meletakkan peti menambah nilai di dalam bas sehingga menyebabkan penumpang terpaksa berbaris lama untuk menaiki bas.

"Setiap pagi dan petang apabila hendak pergi atau pulang kerja, kami terpaksa beratur panjang kerana pada masa itu penumpang menambah nilai kad atau beli kad baru, menukar duit kecil dan sebagainya sehingga melewatkan perjalanan.

"Banyak sangat urusan hendak dilakukan penumpang pada masa itu sehingga menyebabkan saya kadangkala lewat ke pejabat gara-gara sikap mementingkan diri sesetengah penumpang ini.", katanya.

Seorang lagi penumpang, Suhaidi Khamis, 27, turut mengalami pengalaman sama menyebabkan kadangkala beliau bosan untuk menaiki bas setiap pagi untuk ke pejabat.
"Bayangkan pada masa itu semua orang berpusu-pusu hendak naik bas tetapi tersekat kerana ada penumpang hendak tambah nilai dan sebagainya. Akibatnya, kami terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum dapat menaiki bas.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen