Isnin, 2 Mei 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


1Melayu jejas gagasan 1Malaysia: Rafidah Aziz

Posted: 02 May 2011 01:43 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Gerakan idea "1Melayu, 1Bumi" boleh jejas gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kata Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berharap orang Melayu tidak terikut-ikut dengan idea tersebut kerana ia boleh menggugat perpaduan yang semakin kukuh di negara ini.

Beliau berkata, 1Malaysia adalah satu gagasan yang cukup jelas dan tidak menjejaskan kepentingan mana-mana kaum di negara ini. "Ia bukan sekadar satu slogan, tapi realiti yang perlu dicapai bagi memastikan perpaduan dan kestabilan dalam negara dapat diwujudkan," katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras hari ini.

Rafidah diminta mengulas saranan bahawa UMNO perlu melancarkan gelombang perpaduan bangsa "1Melayu, 1Bumi".

Bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, 1Malaysia yang membawa gelaran "Melayu Malaysia", "Cina Malaysia" dan "India Malaysia" perlu diteruskan.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Cheras, Datuk Faridah Abu Hassan.
Dalam pada itu, Rafidah berkata, Wanita UMNO perlu mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dengan bertemu pengundi secara bersemuka di kawasan masing-masing agar maklumat mengenai pelan strategi kerajaan dapat disampaikan dengan tepat.

"Kita perlu kekalkan kerajaan sekarang supaya pembangunan ekonomi dan sosial negara dapat diteruskan, jumpa pengundi paling minimum tiga kali sebelum PRU supaya pengundi lebih jelas dan tidak mudah mendengar fitnah pembangkang," katanya.

Beliau berkata, walaupun strategi bertemu pengundi secara bersemuka agak ketinggalan, namun sejak dilaksanakan, ia membawa kejayaan kepada parti, oleh itu, strategi tersebut perlu diteruskan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Osama disemadikan di laut

Posted: 02 May 2011 01:38 AM PDT

Mutakhir

WASHINGTON: Pegawai Amerika Syarikat (AS), berkata mayat Osama bin Laden sudah disemadikan di laut selepas pemimpin Al-Qaeda itu terbunuh dalam serangan yang diketuai AS di Pakistan, awal pagi tadi.

Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.

Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar. Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.

Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. - AP


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan