Khamis, 9 Februari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


RM15 juta untuk usahawan

Posted:

RM15 juta untuk usahawan

RM15 juta untuk usahawan

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanutara@utusan.com.my


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil mendengar penerangan mengenai Caravan UniMAP Techno Kitchen daripada Kamarudin Hussin (kiri) di Kangar, semalam.


KANGAR 8 Feb. - Technopreneur@Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Sdn. Bhd. dengan usahasama SME Bank menyediakan dana Tabung Usahawan Siswazah berjumlah RM15 juta untuk 150 usahawan karavan atau business on wheel pada tahun ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Hussin berkata, tabung usahawan merupakan skim yang terbaik di pasaran khusus untuk membantu graduan lulusan universiti berdikari dengan memilih menjadi usahawan.

"Dengan bantuan ini, Technopreneur@UniMAP Sdn. Bhd. akan menjadi pemangkin kepada pembangunan usahawan siswazah," katanya selepas majlis perasmian Bangunan Pusat Pengajian Inovasi dan Teknousahawan (PPIPT) dan pelancaran Business On Wheel UniMAP di Blok B, PPIPT, Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP berkenaan menyempurnakan majlis itu.

Turut mengiringi baginda ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah yang juga Pro-Canselor UniMAP.

Kamaruddin berkata, projek business on wheel di bawah Technopreneur@UniMAP akan menyediakan perkhidmatan secara menyeluruh.

"Usahawan yang berminat menyertainya tidak perlu gusar kerana terdapat pelbagai bantuan dalam bentuk latihan, sokongan perniagaan dan khidmat mentor dari syarikat yang telah berjaya dalam perniagaan," katanya.

Jelasnya, ia bermula dengan program pemilihan usahawan siswazah on wheels dengan menggunakan sistem biometrik bagi menentukan minat siswazah dalam industri perniagaan.

Kamarudin berkata, usahawan kemudiannya akan disalurkan ke dalam perniagaan terpilih termasuk pemilihan produk berjenama di bawah skim francaisor Perbadanan Nasional Bhd. (PNS).

Katanya, penuntut kejuruteraan UniMAP akan menyumbang kepakaran mereka dengan mereka bentuk perniagaan karavan mengikut produk yang dijual.

Beliau berkata, lokasi dan lesen perniagaan akan disediakan di kawasan waterfront terpilih.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar secara atas talian menerusi laman web http://technopreneur.unimap.edu.my atau menghubungi pejabat Tecnoprenuer@UniMAP Sdn. Bhd. di Blok B, Inkubator PPIPT, Pusat Perniagaan Pengkalan Jaya di sini.

Rombakan IMP3 sasar perolehan RM48b

Posted:

Rombakan IMP3 sasar perolehan RM48b

Rombakan IMP3 sasar perolehan RM48b

IPOH 8 Feb. - Keputusan kerajaan negeri mengkaji semula Pelan Induk Perindustrian Ketiga (IMP3) Perak dijangka membawa pulangan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencecah RM48.8 bilion menjelang 2020.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, langkah menyusun semula strategi di bawah Pelan Tindakan Pembangunan Industri Perak dilihat signifikan bagi menyatukan unjuran berbeza yang disasarkan dalam pelan terdahulu.

"Melalui pelan ini, kita menjangkakan pertumbuhan tahunan industri 4.5 peratus sehingga 2020 dan sasaran tersebut meningkat daripada KDNK 2008 iaitu RM28.3 bilion.

"Walaupun kita pernah mencatatkan pertumbuhan tertinggi sehingga 6.6 dan 7.1 peratus, namun kita merendahkan sasaran dengan mengambil kira ketidaktentuan ekonomi global," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu Zambry berkata, di bawah pelan bersepadu itu, kerajaan negeri akan mengeksploitasi kekuatan industri selain meneroka sektor baru yang mampu meningkatkan pelaburan menerusi pembangunan secara kluster.

Beliau memberitahu, antara sektor yang dikenal pasti termasuk pembangunan sumber tenaga alternatif, logam dan besi, kejuruteraan petroleum dan fabrikasi, bioteknologi, industri halal serta pembuatan.

Dalam perkembangan lain Zambry berkata, kerajaan negeri memandang serius soal pencerobohan serta pemburuan haram di kawasan Hutan Belum-Temenggor.

Justeru katanya, pendekatan lebih efektif perlu diambil oleh jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri dengan kerjasama Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan Jaringan Pemantauan Perniagaan Hidupan Liar (Traffic) bagi menangani isu itu.

"Kita telah menubuhkan Operasi Penguat Kuasa Bersepadu Belum-Temenggor pada Mac 2010 dengan kerjasama beberapa agensi seperti Pejabat Tanah Hulu Perak dan masalah kekerapan dalam membuat rondaan akan diatasi," katanya.

Konsep pemakanan inovatif

Posted:

Konsep pemakanan inovatif

Konsep pemakanan inovatif

ALOR SETAR 8 Feb. - Majoriti masyarakat di negara ini kurang mempunyai ilmu pengetahuan mengenai pemakanan yang sihat menyebabkan kebanyakan mereka mengambil makanan yang boleh memudaratkan badan.

Seorang pengamal perubatan dan juga pengasas Dr. Aishah Solution Sdn. Bhd. (DAS), Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin berkata, disebabkan itu beliau komited untuk memperkenalkan konsep pemakanan inovatif dan kreatif kepada masyarakat negara ini.

"Kalau kita lihat makanan yang dimakan selama ini memang tiada ciri-ciri makanan sihat dan tidak memberi khasiat kepada tubuh badan.

"Saya sudah lama menyampaikan ceramah kesihatan kepada masyarakat dan tahun ini saya akan lebih aktif memperkenalkan makanan inovatif dan kreatif yang mempunyai rasa sedap serta mampu menyihatkan tubuh badan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah bertajuk Trasformasi Diri Kekal Sihat dan Hidangan Inovatif dan Kreatif Untuk Seisi Keluarga di Wisma PKNK di sini hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan