Isnin, 13 Februari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Kadar jenayah di Kelantan turun

Posted:

Kadar jenayah di Kelantan turun

Kadar jenayah di Kelantan turun

Oleh YATIMIN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


Zainon Samad (tiga dari kanan) beramah mesra dengan Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Kok Lanas selepas menyampaikan watikah pelantikan di Kota Bharu, Kelantan, semalam.


KOTA BHARU 12 Feb. - Polis Kelantan berjaya mengurangkan kadar jenayah sebanyak 12.8 peratus sepanjang tahun lalu sekali gus meletakkan negeri ini di kedudukan pertama dalam menyelesaikan pelbagai kes jenayah di negara ini.

Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Supritendan Zainon Samad berkata, kejayaan tersebut dicapai hasil pelbagai program yang diatur pihaknya termasuk program Komuniti Polis serta kempen pencegahan jenayah di pelbagai peringkat.

Menurutnya, Kelantan berada pada kedudukan pertama dalam menyelesaikan kes jenayah curi motosikal, pecah rumah dan jenayah yang menggunakan kekerasan.

"Negeri ini berjaya menurunkan kadar jenayah yang melibatkan golongan pelajar iaitu 96 kes pada tahun lalu berbanding 157 kes pada tahun sebelumnya," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa komuniti itu dan majlis Maulidur Rasul di Kolej Komuniti Kok Lanas di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah program, Che Mohd. Ariff Che Mohd Nor.

Zainon turut menyarankan agar masyarakat memberi kerjasama kepada polis dengan menyalurkan maklumat mengenai pelbagai kes jenayah bagi membanteras gejala itu.

Tambahnya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting bagi membanteras gejala terbabit supaya golongan muda tidak mudah terjebak dalam situasi itu.

Terdahulu, Zainon turut menyampaikan watikah pelantikan jawatankuasa kepada 20 pelajar di kolej terbabit.

Lebih RM500,000 bantu mahasiswa Tanah Merah

Posted:

Lebih RM500,000 bantu mahasiswa Tanah Merah

Lebih RM500,000 bantu mahasiswa Tanah Merah

TANAH MERAH 12 Feb. - Golongan mahasiswa dari daerah ini amat bertuah apabila terus mendapat perhatian dan pembelaan daripada UMNO Bahagian Tanah Merah yang telah memperuntukan lebih RM500,000 bagi membantu mereka.

Terbaru, Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz telah menyampaikan sumbangan kepada 1,592 mahasiswa kelahiran Tanah Merah, dengan mendapat kerjasama Persatuan Mahasiswa Tanah Merah (Permata).

Menurut Ikmal Hisham, sumbangan tersebut merupakan penghargaan dan pembakar semangat kepada mahasiswa terbabit yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik.

"Setiap pelajar menerima sumbangan RM250 termasuk duit poket RM50, sebuah pemain cakera padat (CD) berjenama serta sebuah beg galas. Selain itu, Permata juga mengadakan pelbagai program yang dapat dimanfaatkan oleh mahasiswa antaranya bengkel sahsiah diri, penulisan resume dan banyak lagi.

"Sesungguhnya, UMNO Tanah Merah begitu cakna terhadap masa depan mahasiswa dari Tanah Merah dan akan sentiasa membantu mereka untuk terus mencipta kecemerlangan dalam bidang pendidikan yang menjadi agenda utama UMNO bahagian," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 di sini.

Hadir sama, Naib Ketua UMNO bahagian, Bakri Mustapha dan Pengarah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemahang, Rosli Kadir.

Dalam perkembangan lain, Ikmal Hisham yang juga Penaung Permata memaklumkan, ahli-ahli Permata yang ingin melangsungkan perkahwinan layak menerima bantuan sebanyak RM500.

"Bagaimanapun, saya tidaklah menggalakkan mereka mendirikan rumah tangga sewaktu masih menuntut di universiti. Mereka harus ingat pelajaran perlu diutamakan.

"Namun begitu, sekiranya ada yang berhajat, mereka boleh memohon wang bantuan tersebut. Bantuan ini hanya terbuka kepada ahli Permata yang mahu mendirikan rumah tangga sahaja," katanya.

Wanita ditahan jual DVD, VCD cetak rompak

Posted:

Wanita ditahan jual DVD, VCD cetak rompak

Wanita ditahan jual DVD, VCD cetak rompak

KOTA BHARU 12 Feb. - Seorang wanita berusia 30-an nyata tidak serik apabila sekali lagi ditahan oleh Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kelantan kerana menjual cakera padat digital (DVD) dan cakera padat video (VCD) cetak rompak dalam satu operasi malam kelmarin.

Dalam operasi sekitar daerah Tumpat dan Pasir Mas itu, pihak berkuasa merampas 1,616 keping DVD dan VCD cetak rompak yang tidak mempunyai sijil Perakuan B, termasuk yang memuatkan lagu dikir barat tempatan dianggarkan lebih RM8,000 mengikut harga pasaran.

Menurut Pembantu Penguat Kuasa Kanan Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kelantan, Abdullah Hadi Sulaiman, wanita terbabit ditahan ketika sedang asyik melayan pelanggan di premisnya di Tumpat.

Katanya, sebaik sahaja melihat kedatangan pegawai penguat kuasa, wanita terbabit cuba melarikan diri, tetapi berjaya ditahan.

Beliau berkata, wanita terbabit sebelum ini pernah ditahan dan dikenakan denda atas kesalahan sama, tetapi masih tidak serik.

"Atas aduan orang ramai, kami telah melakukan intipan dan siasatan. Untuk operasi ini kami fokus untuk membendung aktiviti cetak rompak yang melibatkan artis-artis dikir barat tempatan.

"Ini kerana, pasaran bagi artis-artis dikir barat amat terhad dan dengan cetak rompak, penerbit dan artis boleh kerugian besar," katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Mengulas lanjut, Abdullah Hadi berkata, operasi bermula pukul 4 petang hingga 12 tengah malam itu, turut disertai oleh ahli-ahli penyanyi dan penerbit lagu dikir barat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan