Selasa, 14 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Sukan drift kian digemari remaja

Posted:

Sukan drift kian digemari remaja

Sukan drift kian digemari remaja

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRIutusanN9@utusan.com.my


Deretan kereta menunggu giliran untuk memulakan cabaran di Bukit Putus, Kuala Pilah. - UTUSAN/MD.SHAHJEHAN MAAMIN


KUALA PILAH 13 Feb. - Jalan lama Bukit Putus amat terkenal kerana laluannya yang mencabar dan penuh berliku.

Walaupun ia bukan lagi laluan utama menghubungkan daerah ini dan Seremban, namun jalan sejauh 12 kilometer itu tidak pernah lengang.

Di sebalik keheningan dan kesayupan bunyi unggas rimba, laluan itu kini mula menjadi medan ngauman enjin dan seretan tayar.

Ia sekali gus mengubah suasana laluan itu apabila sukan drift mula mendapat tempat di hati kalangan anak-anak muda.

Bagi mereka yang menggemari sukan drift, laluan itu memberikan cabaran terbaik buat mereka menguji pengalaman dan kepakaran.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail berkata, usaha mempromosi laluan itu giat dijalankan bagi penggemar sukan lasak.

''Oleh kerana sudah ada aktiviti yang dijalankan di laluan berkenaan, maka amat wajar ia dibangunkan dengan lebih tersusun sebagai satu lagi produk pelancongan di negara ini," katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, laluan itu tidak lagi digunakan oleh kenderaan berikutan adanya jalan baru ke Kuala Pilah yang lebih selesa dan cepat, maka ia kini sunyi dari sebarang aktiviti.

Malah, katanya, kerajaan negeri juga berhasrat untuk meningkatkan potensi laluan berkenaan memandangkan ia boleh menarik lebih ramai pelancong.

Mohammad Razi juga menjelaskan, dengan cabaran tersebut, laluan Bukit Putus juga layak menjadi lokasi terbaik bagi penganjuran sukan drift di negara ini.

''Jika laluan itu dapat 'dihidupkan' semula, sudah pasti ia dapat menarik lebih ramai pengunjung dan peminat sukan ekstrem untuk menyusuri laluan berkenaan.

''Apa yang dapat kita lihat, kebanyakan golongan muda akan menghabiskan masa melakukan sukan ini di jalan raya yang tidak sibuk atau di taman permainan atau di tempat-tempat riadah dan ia tidak begitu mencabar seperti di sini," ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri menyokong segala usaha bagi menghidupkan laluan berkenaan dengan sukan ekstrem.

Untuk itu, ujarnya, kerajaan negeri telah memberikan tanggungjawab kepada syarikat swasta, Starfresh Agro Park menjalankan program di laluan berkenaan.

Menurutnya, sebanyak dua program sukan drift telah diadakan di laluan berkenaan setakat ini.

''Laluan berkenaan ini memang unik dengan alam semula jadi serta flora dan faunanya yang masih terjaga, maka jalan lama di Bukit Putus ini akan terus dimajukan," katanya.

Sebelum ini pelbagai aktiviti lain dijalankan di kawasan tersebut antaranya meluncur jalan raya menggunakan papan selaju, basikal, motosikal, go-kart, kereta lumba atau kenderaan rekaan sendiri yang telah diubah suai serta tidak menggunakan enjin untuk bergerak di tempat-tempat menuruni bukit.

JPJ Melaka keluar 16,977 saman

Posted:

JPJ Melaka keluar 16,977 saman

JPJ Melaka keluar 16,977 saman

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIAutusanmelaka@utusan.com.my


MOHD. Ali Rustam bermesra dengan sebahagian ketua jabatan pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan negeri anjuran JPJ di Ayer Keroh, Melaka, semalam.


MELAKA 13 Feb. - Sebanyak 16,977 saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sepanjang tahun lalu berbanding hanya 11,757 saman pada 2010.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, peningkatan sebanyak 5,220 saman itu menunjukkan masih ramai pengguna gagal mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas.

"Keselamatan seharusnya menjadi keutamaan dalam setiap perjalanan. Sikap saling hormat menghormati, bertolak-ansur dan sabar semasa memandu atau menunggang mampu menyelamatkan bukan hanya nyawa kita sendiri tetapi nyawa orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan negeri anjuran JPJ di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah JPJ negeri, Mohd. Fadhil Hassan dan Speaker Dewan undangan Negeri, Datuk Othman Muhamad.

Dalam pada itu, Mohd. Ali memberitahu, sebanyak 9.5 juta kenderaan direkodkan melalui tiga plaza tol di negeri itu iaitu Ayer Keroh, Simpang Ampat dan Lipat Kijang sepanjang tahun lalu.

Jumlah tersebut meningkat sebanyak 300,000 kenderaan berbanding tahun 2010.

Sementara itu, Mohd. Fadhil berkata, sebanyak 29,896 kenderaan direkodkan mendaftar di negeri itu sepanjang tahun lalu.

Penjara Sungai Udang kurang 200 kakitangan

Posted:

Penjara Sungai Udang kurang 200 kakitangan

Penjara Sungai Udang kurang 200 kakitangan

MELAKA 13 Feb. - Kompleks Penjara Sungai Udang di sini kekurangan kira-kira 200 kakitangan untuk menguruskan 1,695 banduan yang ditempatkan di pusat tahanan itu sejak dua tahun lalu.

Timbalan Pengarahnya, Penguasa Kanan Penjara Ahmad Sa'idi Hamzah berkata, akibat kekurangan kakitangan, pihaknya kini berdepan pelbagai kesulitan untuk mengawasi penghuni di penjara itu yang terus meningkat dari semasa ke semasa.

Menurut beliau, penjara itu mempunyai seramai 200 kakitangan ketika mula dibuka pada 2010 dan bilangannya ditambah menjadi 300, tetapi masih tidak mencukupi.

"Kita memerlukan sekurang-kurangnya 500 kakitangan bagi mengawal jumlah banduan seramai 1,695 orang.

"Pusat tahanan ini boleh menampung hampir 3,000 banduan dalam satu-satu masa dan jika penghuni penjara ini semakin ramai, kekuatan kakitangan sedia ada tidak mencukupi," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jalinan Kasih sempena Tahun Baru Cina di kompleks tersebut di sini baru-baru ini.

Menurut Ahmad Sa'idi, pihaknya sudah memohon kepada ibu pejabat bagi menambah jumlah kakitangan namun masih belum mendapat keputusan mengenainya.

"Jika kakitangan dapat ditambah segera, ia akan melancarkan lagi urusan pentadbiran penjara," tambahnya.

Mengenai majlis tersebut yang pertama kali dianjurkan, beliau berkata, seramai 13 banduan berketurunan Cina diberi peluang bertemu keluarga masing-masing secara bersemuka dan menikmati juadah bersama.

Katanya, program itu memberi peluang kepada ahli keluarga untuk bertemu dengan banduan dan melihat keadaan di dalam penjara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan