Ahad, 12 Februari 2012

Utusan Online - Mahkamah

Utusan Online - Mahkamah


3 warga Indonesia dipenjara 15 tahun, 8 sebatan

Posted:

3 warga Indonesia dipenjara 15 tahun, 8 sebatan

3 warga Indonesia dipenjara 15 tahun, 8 sebatan


PIHAK berkuasa mengiringi tiga lelaki warga Indonesia yang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 12 Feb. - Tiga lelaki warga Indonesia dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mereka mengaku bersalah melakukan samun bersenjata membabitkan kerugian sebanyak RM26,000 di sebuah rumah di Pasir Puteh, 18 Januari lalu.

Hakim Azman Mustapha memerintahkan kesemua tertuduh iaitu Rishairul Anwar, 28; Lukman, 26, dan Amrizal, 28, yang masing-masing berasal dari Selat Panjang, Nusa Tenggara dan Riau, Indonesia menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap iaitu pada hari yang sama rompakan tersebut dilakukan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka yang bekerja sebagai buruh di negeri ini didakwa melakukan rompakan berkumpulan menggunakan sebatang kayu dan sebilah pisau ke atas harta milik Nik Adeeb Sanusi Jusoh, 52 di rumah mangsa di Kampung Raja, Saring, Pasir Puteh pada pukul 3 pagi, 18 Januari lalu.

Dalam rompakan tersebut, tertuduh berjaya melarikan pelbagai jenis barang milik mangsa antaranya empat buah telefon bimbit jenama Nokia, sebuah komputer riba jenama Acer, seutas jam tangan, tiga bentuk cincin emas, empat utas rantai tangan emas, seutas rantai leher dan wang tunai RM3,800.

Dakwaan ke atas ketiga-tiganya dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu rompak berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, penghuni rumah itu iaitu sepasang suami isteri, Nik Adeeb Sanusi dan Nik Norleh Nik Man, 48, sedang tidur di bilik utama. Kedua-dua mangsa hanya menyedari kejadian tersebut apabila pintu bilik mereka dipecah masuk oleh tiga lelaki yang memakai topeng yang kemudiannya mengikat tangan mangsa menggunakan kawat besi.

Selepas melarikan kesemua barang mangsa, mangsa kemudiannya membuat laporan polis di balai berdekatan dan bertindak atas maklumat awam, pada pukul 8.15 pagi hari yang sama, polis berjaya menangkap tertuduh pertama dan kedua di Kampung Wakaf Bunut, Pasir Puteh dan merampas barang yang disamun dari rumah mangsa.

Kira-kira 45 minit selepas itu, polis berjaya menangkap tertuduh ketiga bersama sebahagian lagi barang-barang yang disamun.

Semasa rayuan, kesemua tertuduh yang tidak diwakili peguam dan teresak-esak memohon diberikan hukuman yang ringan kerana perlu menyara isteri, anak-anak serta ada yang perlu menyara ibu bapa yang sudah lanjut usia dan tidak boleh lagi bekerja.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin.

Rasuah: Bekas Pengarah JPAM kekal dipenjarakan

Posted:

Rasuah: Bekas Pengarah JPAM kekal dipenjarakan

Rasuah: Bekas Pengarah JPAM kekal dipenjarakan

ALOR SETAR 12 Feb. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM21,200 ke atas bekas Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kedah, Mohamad Abdullah bagi dua kesalahan rasuah, tujuh tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd. Zaki Abdul Wahab memutuskan demikian selepas menolak rayuan Mohamad, 52, untuk mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 29 Julai tahun lepas, Mohamad dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM11,200 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi tuduhan pertama dan penjara dua tahun dan denda RM10,000 atau empat bulan penjara bagi tuduhan kedua.

Mohd. Zaki dalam penghakimannya berkata, tiada alasan untuknya menerima rayuan itu kerana beliau mendapati hukuman yang diputuskan Hakim Mahkamah Sesyen itu sebelum ini tidak melampau (berat).

Sehubungan itu, katanya, sabitan dan hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan ke atas Mohamad kekal dan hukuman itu berjalan serentak.

Mohamad disabitkan dengan kesalahan memberi satu dokumen bertarikh 16 Februari 2005 kepada seorang pembantu tadbir JPAM negeri yang mengandungi butiran palsu memperakukan bahawa pembekal makanan, Mohd Roshid Hussain telah menyediakan 70 tempahan makanan untuk peserta Latihan Pertahanan Awam Unit Giat Mara Sungai Tiang berjumlah RM2,240 pada 17 hingga 20 Mac 2005, sedangkan tiada bekalan sedemikian.

Dia juga didapati bersalah melakukan perbuatan sama dengan memperakukan bahawa Mohd Roshid, 35, telah menyediakan 80 tempahan makanan untuk peserta Latihan Asas Intensif Unit Giat Mara Sungai Tiang berjumlah RM1,920 pada 19 hingga 21 Mei 2005.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan