Ahad, 12 Februari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kerajaan tidak pinggir OKU - MB

Posted:

Kerajaan tidak pinggir OKU - MB

Kerajaan tidak pinggir OKU - MB

Oleh MANIRAH ROSEDI
utusanktn@gmail.com


Adnan Yaakob menyampaikan replika cek geran perniagaan kepada Nasron Jamion selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pemulihan OKU di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 12 Feb. - Kerajaan tidak meminggirkan orang kurang upaya (OKU) apabila terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada mereka bagi memastikan golongan itu menjalani kehidupan seperti biasa.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, mereka sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan menerima nasib serta kekurangan yang diterima sebagai takdir yang ditentukan oleh Allah.

"Paling penting, selain mengharapkan bantuan kerajaan, golongan itu turut membuktikan bahawa mereka boleh berdikari untuk mengubah taraf kehidupan masing-masing.

"Kalau ada yang tercicir menerima bantuan dan kita menerima maklumat ini, kita bantu dan ia tugas kerajaan untuk bantu mereka (OKU)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pemulihan OKU (PPOKU) Pahang di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini, semalam.

Turut berlangsung penyampaian Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU menerusi program Jabatan Tenaga Kerja (JTK) melibatkan 12 OKU dari seluruh Pahang dengan jumlah keseluruhan RM315,749. Hadir sama, Pengerusi PPOKU, Datuk Halim Ibrahim.

Sementara itu, Halim meminta kemudahan infrastruktur bagi golongan OKU dipertingkatkan untuk memberikan keselesaan kepada golongan tersebut.

Beliau yang juga Presiden Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (Makpem) berkata, antara kemudahan yang perlu dipertingkatkan ialah tandas yang boleh digunakan oleh OKU.

"Selain itu, jika ada yang ingin mengusahakan perniagaan, rujuk pada persatuan dan kita akan salurkan pada saluran tepat dan sesuai.

"Namun kita juga kesal dengan mereka yang menyalahgunakan status sebagai OKU dengan menggunakan status tersebut untuk kepentingan diri sendiri," katanya.

Pelbagai projek mega, kecil akan dilaksana

Posted:

Pelbagai projek mega, kecil akan dilaksana

Pelbagai projek mega, kecil akan dilaksana

RAUB 12 Feb. - Kontraktor dan usahawan Bumiputera digesa merebut peluang menerusi pelbagai projek kerajaan bernilai ratusan juta ringgit yang akan dilaksanakan tahun ini di daerah Raub.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin berkata, antara projek berkenaan ialah projek kecil di bawah seliaan pejabat tanah dan daerah bernilai kira-kira RM10 hingga RM15 juta dan projek Kementerian Pelancongan bernilai RM4.19 juta.

"Projek mega pula ialah RM300 juta bagi membina Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM), Institut Kemahiran Mara (IKM) RM148 juta dan Pusat Giat Mara RM5 juta," katanya.

Projek lain ialah melebarkan jajaran jalan dari Raub ke Cameron Highlands dan projek Jabatan Parit dan Saliran, katanya semasa berucap pada pada majlis perjumpaan usahawan dan kontraktor Melayu daerah Raub dengan ketua-ketua jabatan kerajaan di sini semalam.

Katanya peluang itu perlu dimanfaatkan usahawan dan kontraktor Bumiputera untuk mengelakkan mereka daripada gulung tikar.

Beliau berkata, punca utama sebahagian besar kontraktor dan usahawan Bumiputera gagal dalam perniagaan disebabkan tidak sabar, tidak amanah serta kurang daya ketahanan berbanding kontraktor Cina yang tekun mengusahakan projek.

"Kontraktor Bumiputera juga perlu rajin mencari sendiri projek serta berbincang sesama mereka mengenai projek dan bukannya dengki atau mengkhianati projek orang lain," nasihatnya.

Shahiruddin berharap lebih ramai kontraktor menjadi anggota Persatuan Kontraktor Pahang bagi memudahkan kerajaan membantu mereka sama ada dalam mendapatkan modal ataupun projek.

Katanya, daripada 1,000 anggota persatuan itu hanya kira-kira 400 anggota yang aktif. - BERNAMA

Bekalan gas masak di Lepar Utara pulih

Posted:

Bekalan gas masak di Lepar Utara pulih

Bekalan gas masak di Lepar Utara pulih

JERANTUT 12 Feb. - Bekalan gas memasak yang terputus di Gugusan Felda Lepar Utara dekat sini sejak Januari lalu kembali pulih apabila sebanyak 1,200 tong gas memasak Petronas dihantar ke kawasan berkenaan semalam.

Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Jerantut, Che Hanafi Mamat berkata, pihaknya telah meminta pembekal berkenaan menghantar gas memasak semalam selepas isu tersebut disiarkan media massa.

"Bekalan pertama sebanyak 210 tong telah dipunggah oleh pembekal Petronas dari depot Bandar Tun Razak, Jengka untuk ditempatkan di semua kedai runcit yang mempunyai lesen perniagaan gas di gugusan Felda di sini.

''Setiap kedai di sini menerima antara 20 hingga 30 tong gas yang boleh menampung dalam tempoh seminggu. Bekalan susulan akan dihantar oleh pembekal Petronas dari depot pembekal yang sama," katanya kepada pemberita selepas memantau bekalan gas memasak di Felda Lepar Utara Tiga, dekat sini semalam.

Menurutnya, operasi memunggah tong gas secara berperingkat akan dilaksanakan oleh pembekal sehingga keadaan kembali pulih dan penguatkuasa pejabat itu akan memantau ke semua premis yang berdaftar menjual gas.

Katanya, bekalan gas memasak yang terjejas berpunca daripada pembekal berkenaan yang tidak tidak menghantar mengikut jadual kepada premis di Gugusan Felda Lepar.

"Bagaimanapun, kita meminta kerjasama Petronas dan peruncitnya mengambil tong-tong gas yang kosong untuk memudahkan penduduk mendapatkan gas baru," katanya.

Beliau meminta penduduk yang mempunyai masalah tersebut termasuk keperluan lain supaya menghubungi talian 09-2601375 dan 09-2601374 pada waktu pejabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan