Jumaat, 17 Februari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Dua lelaki parah ditembak

Posted:

Dua lelaki parah ditembak

Dua lelaki parah ditembak

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN dan TOREK SULONG
rodelio.taucan@utusan.com.my


Raihan Razali dibawa ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, semalam selepas ditembak di kaki kiri dalam kejadian tembakan dan bakar rumah.


KOTA BHARU 17 Feb. - Dua lelaki parah selepas ditembak di dalam sebuah rumah terpencil oleh dua lelaki yang dipercayai turut bertindak membakar rumah itu dan sebuah kereta Perodua Kelisa di Kampung Che Arus, Kok Lanas di sini awal pagi ini.

Kejadian pukul 5 pagi yang dikatakan berpunca daripada dendam itu mengakibatkan Raihan Razali, 25, dan Azrin Mohd. Zin, 23, masing-masing cedera di kaki kiri dan paha kanan selepas terkena tembakan yang dilepaskan suspek.

Ketika kejadian, seorang wanita, Nurul Farah Izwani Abdullah, 21, dan anaknya yang berumur enam bulan turut berada dalam rumah itu, namun tidak dicederakan dan diarahkan keluar oleh suspek.

Seorang lagi lelaki yang berada dalam rumah itu, Mohd. Fahmi Anuar sempat melarikan diri melalui tingkap rumah sebaik sahaja berlaku tembakan.

Kesemua mangsa yang cedera dan selamat dipercayai mempunyai hubungan sebagai rakan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis dimaklumkan oleh pihak bomba dan penyelamat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7 pagi ini selepas orang awam menghubungi pasukan penyelamat itu untuk memadam kebakaran.

Beliau berkata, polis sedang memburu kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian itu.

"Berdasarkan keterangan saksi, dua lelaki bertopeng memecah pintu bilik dan melepaskan tembakan.

"Saksi yang ketika itu bersama anak kecil diarah keluar dan melihat kedua-dua mangsa yang ditembak dalam keadaan kesakitan, malah ketika itu sebahagian rumah berkenaan sudah terbakar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh dan berada dalam keadaan stabil.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 dan 436 Kanun Keseksaan," katanya.

'Saya ditetak sebelum ditembak'

Posted:

'Saya ditetak sebelum ditembak'

'Saya ditetak sebelum ditembak'

PASIR PUTEH 17 Feb. - Salah seorang lelaki yang ditembak di sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas awal pagi ini mendakwa, dia sedang tidur dalam rumah itu sebelum terjaga apabila seorang lelaki menetak tangan kanannya.

Azrin Mohd. Zin, 23, berkata, sebaik sahaja ditetak, dia cuba melawan, namun salah seorang daripada suspek yang menyerangnya melepaskan tembakan mengenai paha kanannya menyebabkan dia tersungkur ke lantai.

Azrin ketika ditemui di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini berkata, ketika kejadian, sebahagian rumah terbakar dan dia percaya kebakaran itu sengaja dicetuskan oleh suspek yang masuk ke rumah.

"Sebaik sahaja menembak saya dan rakan saya, suspek melarikan diri dengan menaiki kereta. Selepas itu barulah kami berusaha keluar dari rumah kerana api sudah merebak sehingga ke ruang tamu," katanya yang berasal dari Slow Machang, Pasir Mas.

Dalam kejadian pada pukul 5 pagi ini, rakan sekampungnya, Raihan Razali, 25, yang berada di dalam rumah itu turut cedera di kaki kiri akibat ditembak oleh suspek yang tidak dikenali.

Sementara itu, ibu Raihan, Rosidah Zakaria, 43, ketika ditemui di HTA berkata, dia tidak tahu di mana anaknya berada malam tadi dan cuma menyangka anak keduanya itu bermalam di rumah datuknya di Slow Machang.

Menurutnya, berita mengenai Raihan ditembak hanya diketahui selepas dia dihubungi seorang rakannya kira-kira pukul 8 pagi ini.

"Raihan baru dua tahun menamatkan pengajian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuantan, Pahang. Dia memang berkawan dengan Azrin yang makcik dimaklumkan sebagai penjaga rumah berkenaan," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan