Jumaat, 17 Februari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Sokongan rakyat meningkat - TPM

Posted:

Sokongan rakyat meningkat - TPM

Sokongan rakyat meningkat - TPM

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 17 Feb. - Barisan Nasional (BN) yakin menawan semula Parlimen Batu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pilihan raya umum akan datang berikutan sokongan rakyat yang semakin meningkat terhadap kerajaan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melahirkan keyakinan itu berkata, senario 2008 yang menyaksikan rakyat menolak BN tidak berlaku lagi ekoran transformasi yang dilaksanakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, antara transformasi kerajaan yang berjaya memikat hati rakyat ialah penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia, Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dan terbaru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Pada 2008, ramai tidak sokong tetapi sekarang keadaan sudah baik. Kita sedar ada kelemahan dan kita perbaiki kelemahan tersebut," katanya pada majlis penyampaian BR1M di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, di Jinjang di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 3,500 golongan berpendapat rendah daripada pelbagai kaum menerima bantuan BR1M berjumlah RM500 seorang.

Dalam pada itu, Muhyiddin menyelar tindakan pembangkang yang sanggup membohongi rakyat kononnya BR1M adalah 'gula-gula' pilihan raya, sedangkan kerajaan ikhlas mahu membantu rakyat yang kurang bernasib baik.

Malah, beliau kecewa dengan sikap segelintir pemimpin Pas yang menuduh BR1M adalah duit rasuah sedangkan, wang tersebut merupakan wang rakyat yang dikembalikan semula oleh kerajaan kepada rakyat berpendapatan rendah.

"Ini bukan duit rasuah, ini duit kerajaan yang kita ambil daripada cukai rakyat dan kita bagi semula kepada rakyat. Pemberian BR1M ini bukan rasuah sebagaimana dituduh pembangkang, tetapi bukti kerajaan BN peka dengan masalah rakyat, kita mahu bantu rakyat," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Muhyiddin meluluskan peruntukan RM600,000 bagi tujuan pembinaan surau di kawasan PPR Beringin dan pada masa yang sama, setuju untuk meluluskan peruntukan bagi pembinaan sebuah dewan orang ramai.

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

Posted:

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

Itu dia punya pasal – Nik Aziz

KOTA BHARU 17 Feb. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

"Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan