Rabu, 15 Februari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Jabatan kerajaan perlu turun padang selesai masalah rakyat

Posted:

Jabatan kerajaan perlu turun padang selesai masalah rakyat

Jabatan kerajaan perlu turun padang selesai masalah rakyat

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jabatan kerajaan lebih kerap turun padang menyelesaikan masalah rakyat.

Perdana Menteri berkata, kesungguhan Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta beberapa agensi lain menjayakan kempen MyDaftar membabitkan komuniti India wajar dicontohi jabatan kerajaan lain.

Di dalam kempen tersebut, kata Perdana Menteri, para petugas bukan setakat menguruskan permohonan bagi mendapatkan pengenalan diri di kaunter pejabat tetapi mereka turut menemui rakyat yang menghadapi masalah serupa di kediaman masing-masing.

Hasilnya, beliau berkata, masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri yang membelenggu segelintir penduduk India negara ini atas beberapa faktor berjaya diselesaikan dengan segera.

''Kempen MyDaftar ini telah berjaya mencipta sejarah. Kami tidak lagi menunggu rakyat yang menghadapi masalah datang ke Putrajaya sebaliknya kami yang datang ke rumah bertemu dengan rakyat dan seterusnya selesaikan masalah mereka.

''Pendekatan ini perlu dicontohi oleh semua agensi serta jabatan kerajaan lain kerana jelas terbukti hasil daripada tindakan proaktif seperti ini masalah ketiadaan dokumen diri mampu diatasi dengan segera,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Dokumen Pengenalan Diri Kempen MyDaftar bagi masyarakat India di Dewan Perdana Mestika, Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G. Palanivel; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Pada majlis tersebut, Najib turut menyampaikan dokumen pengenalan diri yang telah diluluskan kepada 100 penerima kaum India.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kempen MyDaftar untuk komuniti India itu telah diadakan pada 19 hingga 26 Februari tahun lalu di sembilan buah negeri melibatkan seramai 15,000 pemohon.

Daripada jumlah itu katanya, 9,529 permohonan telah dipanjangkan kepada pihak kerajaan untuk tindakan lanjut.

Pemutihan 6P dilanjut 10 April

Posted:

Pemutihan 6P dilanjut 10 April

Pemutihan 6P dilanjut 10 April

PUTRAJAYA 14 Feb. – Kerajaan hari ini memutuskan proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) akan tamat sepenuhnya pada 10 April depan dan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan lagi tarikh tersebut tidak akan dilayan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, keputusan dibuat selepas menimbang permohonan majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil yang merayu supaya tarikh itu dilanjutkan.

Sehubungan itu, katanya, proses pemutihan yang kini dilaksanakan secara pentadbiran sejak 11 Januari lalu dan sepatutnya berakhir hari ini akan diteruskan sehingga 10 April.

"Keputusan ini juga membolehkan majikan, persatuan serta kumpulan peniaga kecil menyediakan dokumen diperlukan dengan selengkapnya terutama pasport pekerja asing tanpa izin (PATI) yang diproses pejabat kedutaan negara masing-masing.

"Dengan lanjutan tarikh tersebut, majikan yang masih belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan PATI masing-masing digesa supaya segera berbuat demikian kerana operasi penguatkuasaan besar-besaran akan digerakkan di seluruh negara selepas 10 April," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Mahmood, sehingga semalam, sejumlah 379,020 PATI yang digaji oleh 33,053 majikan telah diputih dan diampunkan, termasuklah 94,856 yang telah pulang ke negara masing-masing.

Dalam pada itu, katanya, kementerian yakin tempoh yang diberikan adalah mencukupi dan menggesa majikan menguruskan permohonan pekerja mereka tanpa menunggu sehingga saat akhir.

SPRM diminta siasat dakwaan MCA

Posted:

SPRM diminta siasat dakwaan MCA

SPRM diminta siasat dakwaan MCA

Oleh JAMLIAH ABDULLAH dan MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin menyampaikan replika cek Program Bantuan Rumah kepada Ahmad Bashah Md. Hanipah (tengah) sambil diperhatikan oleh Mukhriz Mahathir (kiri) dan Ahmad Lebai Sudin (kanan) di Pokok Sena, Kedah, semalam.


POKOK SENA 14 Feb. - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat dakwaan MCA Kedah berhubung isu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dakwaan itu sangat serius dan jika benar berlaku, ia merupakan rasuah dan bercanggah dengan undang-undang.

"Pada tafsiran saya, itu rasuah dan bercanggah dengan undang- undang. Jika ada laporan polis dibuat, SPRM perlu membuat siasatan mendalam bagi memastikan adakah dakwaan itu betul.

"Jika NGO perlu memulangkan semula sehingga 30 peratus daripada jumlah bantuan, ini adalah rasuah. Walaupun pakatan pembangkang selalu berkata mereka menentang rasuah, namun mereka mengamalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis bersama rakyat di Padang Awam Desa Keda, Batu 13, Pokok Sena di sini bersempena lawatan rasmi sehari ke Kedah hari ini.

Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Penyelaras Parlimen Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin.

Muhyiddin mengulas tentang kenyataan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew yang mahu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberi penjelasan mengenai isu NGO perlu memulangkan semula antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang diterima daripada kerajaan negeri.

Itt Chew mendakwa lapan NGO di negeri ini telah memaklumkan kepada pihaknya mengenai pemulangan balik atau rebat antara 25 hingga 30 peratus daripada jumlah bantuan yang disalurkan.

Dakwa beliau, dalam dialog di Sungai Petani baru-baru ini, sebuah NGO mengaku bantuan sebenar sebanyak RM50,000 dipotong sebanyak RM15,000 dan hanya menerima RM35,000.

Muhyiddin yang terkejut dengan dakwaan itu berkata, jika dibuktikan dakwaan tersebut benar, tindakan yang sewajarnya harus diambil ke atas pihak terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan