Rabu, 15 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


PGM gagalkan cubaan seludup 29,850l diesel

Posted:

PGM gagalkan cubaan seludup 29,850l diesel

PGM gagalkan cubaan seludup 29,850l diesel

15/02/2012 7:31pm

JOHOR BAHRU — Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Dua menggagalkan cubaan menyeludup lebih 29,000 liter minyak diesel selepas menahan sebuah kapal tangki dan dua lori tangki di kawasan Sungai Santi, Kampung Lepau, Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal hari ini.

Komander PGM Wilayah Dua, ACP Zainul Abidin Hasan berkata, penahanan dilakukan oleh seorang pegawai dan lapan anggota PGM yang melakukan rondaan "Ops Pensura" di kawasan berkenaan kira-kira pukul 3 pagi.

"Ketika ditahan, salah satu daripada lori tersebut sedang menjalankan aktiviti pemunggahan minyak diesel ke kapal tersebut manakala satu lagi sedang menunggu giliran untuk aktiviti sama.

"Pemeriksaan mempercayai sejumlah 29,850 liter minyak diesel sudah dimuatkan ke dalam kapal tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, di sini.

Zainul Abidin berkata, pihaknya menahan empat lelaki warga Indonesia termasuk kapten kapal serta dua pemandu lori warga India berumur antara 32 hingga 42 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Pengerang sebelum diserahkan kepada kastam, katanya. — BERNAMA

Buang bayi: Pelajar kolej swasta ditahan

Posted:

Buang bayi: Pelajar kolej swasta ditahan

Buang bayi: Pelajar kolej swasta ditahan

15/02/2012 7:29pm

KOTA BHARU — Polis menahan seorang pelajar perempuan bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok, di sini semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pelajar berusia 21 tahun itu, ditahan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Teras, Sering, dekat sini, kira-kira 11.30 pagi ini.

Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata, berdasarkan laporan bedah siasat dari Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, bayi itu dipercayai mati kerana lemas akibat dimasukkan ke dalam baldi dalam keadaan kepalanya ke bawah.

Katanya, bayi itu mati selepas dilahirkan berdasarkan terdapat susu dalam badannya.

Suspek, anak pertama dari tujuh beradik, mula belajar di kolej itu pada Jun 2010 dan dijangka menamatkan pengajian dalam bidang makmal perubatan pada Mei tahun depan. — BERNAMA

Dana khas TDM untuk graduan perubatan

Posted:

Dana khas TDM untuk graduan perubatan

Dana khas TDM untuk graduan perubatan

15/02/2012 7:27pm

KUALA TERENGGANU — Terengganu Development Management Berhad (TDM), syarikat perladangan yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Terengganu, diarah menyediakan dana khas bagi graduan perubatan negeri itu melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD).

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu bertujuan menampung kekurangan doktor pakar yang kritikal dalam semua bidang perubatan di negeri itu.

"Kita sasarkan akan membiayai kos pendidikan untuk 150 pelajar berbanding 40 orang sebelum ini. Setelah tamat pendidikan, kita harap mereka ini dapat berkhidmat sebagai doktor pakar di pusat perubatan milik kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis Penyampaian Tabung Dana Khas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Kos perbelanjaan bagi seorang pelajar perubatan di Ireland adalah yang tertinggi setakat ini iaitu sebanyak RM1.5 juta diikuti Russia (RM400,000), Mesir (RM350,000) dan Indonesia (RM300,000). — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan