Sabtu, 18 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Sarang Burung Walit dijadikan sajian harian

Posted:

Sarang Burung Walit dijadikan sajian harian

Sarang Burung Walit dijadikan sajian harian

18/02/2012 7:25pm

BENTONG - Rakyat negara ini digalak menjadikan sarang Burung Walit sebagai sajian harian kerana ia mengandungi zat serta baik untuk kesihatan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, sehubungan itu, Kementerian Kesihatan akan mengadakan program kempen bagi menggalakkan masyarakat menggemari sajian Burung Walit, yang boleh dibuat sup seperti sup sirip Ikan Yu yang popular di negara ini.

Selain itu, galakan tersebut adalah bagi membantu menyelamatkan industri Burung Walit di negara ini.

"Sekarang ini harga sarang Burung Walit telah merosot daripada RM4,000 sekilogram jatuh sehingga RM1,000 lebih sahaja berikutan pengeluaran yang banyak oleh industri berkenaan," katanya selepas menghadiri majlis

sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Bersama Orang Asli Kampung Cinta Manis dekat sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, kabinet mengarahkan Kementerian Kesihatan serta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil langkah sewajarnya bagi menangani masalah tersebut.

Beliau juga berkata, sarang Burung Walit belum popular sebagai sajian makanan di negara ini berbanding di beberapa negara luar. - BERNAMA

Bakal haji meninggal di perkarangan masjid

Posted:

Bakal haji meninggal di perkarangan masjid

Bakal haji meninggal di perkarangan masjid

18/02/2012 6:15pm

KANGAR - Seorang bakal haji, Hamad Mahamud, 63, ditemui meninggal dunia di tempat letak kereta Masjid Alwi di sini hari ini.

Warga emas itu yang beralamat di Kampung Kenangan dekat sini, datang ke masjid berkenaan untuk mengikuti kursus Haji yang berlangsung di situ.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Supritendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku pada pukul 9 pagi selepas lelaki itu keluar dari kenderaan yang dipandunya.

Sebaik melangkah keluar dari kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta masjid itu, allahyarham rebah di tepi kenderaan dan disahkan meninggal dunia di situ.

Punca kematian dipercayai akibat serangan jantung kerana allahyarham mempunyai rekod sakit jantung sejak 10 tahun lepas.

Jenazahnya dituntut oleh keluarga allahyarham untuk dikebumikan. - BERNAMA

Wanita tempatan, lelaki Nigeria dalang dadah

Posted:

Wanita tempatan, lelaki Nigeria dalang dadah

Wanita tempatan, lelaki Nigeria dalang dadah

18/02/2012 6:08pm

SEPANG - Seorang wanita Melayu dan kekasihnya seorang lelaki Nigeria ditahan di ibu negara pada 14 Februari lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyeludup dadah yang dianggarkan seberat 75 kg dan bernilai RM18.7 juta ke dalam negara.

Mereka merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah yang kegiatan mereka berjaya dipatahkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Polis Diraja Malaysia Bukit Aman.

Dua keldai dadah yang merupakan lelaki Melayu turut ditahan.

Timbalan Pengarah JKDM Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Siti Baya Berahan berkata, wanita Melayu itu berumur 43 tahun sementara warga Nigeria berkenaan berumur 28 tahun, manakala kedua-dua keldai dadah tersebut berusia 25 dan 27 tahun.

Beliau juga berkata, wanita tempatan itu dipercayai merupakan pemilik sebuah agensi perjalanan di ibu negara sementara kekasihnya itu sedang mengikuti pengajian dalam bidang komputer di sebuah kolej swasta sejak dua tahun lalu.

Pasangan itu ditahan di sebuah rumah di Kepong manakala kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di lokasi berasingan ketika melakukan penyerahan bagasi.

Siti Baya berkata, hasil siasatan mendapati keldai dadah berumur 27 tahun itu pulang dari Phnom Penh, Kemboja pada 13 Februari lalu dengan membawa sebuah bagasi yang mengandungi Syabu seberat 3.3 kilogram bernilai RM825,000.

"Sindiket ini berjaya membawa masuk dadah jenis Syabu dianggarkan seberat 75 kilogram ke negara ini sejak empat bulan lalu dengan merekrut seramai 6 orang keldai dadah tempatan sebagai pekerja travel agensi, iaitu lima orang lelaki dan seorang wanita, kesemuanya berusia 20-an," katanya.

Beliau berkata, mereka direman selama 14 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman mati mandatori.

"Ini merupakan kali pertama mastermind sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah ditangkap sejak tahun lalu.

"Sepanjang tempoh itu, enam orang keldai dadah itu telah pergi ke luar negara sebanyak 25 kali. Ini bermakna seorang keldai dadah akan ke luar negara sebanyak empat atau lima kali dan setiap kali mereka pulang ke Malaysia, dipercayai mereka membawa tidak kurang 3 kilogram dadah yang disorok dalam bagasi," katanya.

Siti Baya berkata, sepanjang tempoh empat bulan tersebut keldai dadah pernah melawati beberapa negara dan bandar raya antaranya Phnom Penh, Johannesburg, Bangladesh, Siap Reap, Manila, Cape Town, Mozambique dan Singapura. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan