Selasa, 14 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Cuepacs yakin masalah SBPA selesai awal

Posted:

Cuepacs yakin masalah SBPA selesai awal

Cuepacs yakin masalah SBPA selesai awal

14/02/2012 8:43pm

PUTRAJAYA 14 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada Cuepacs.

"Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini hari ini.

Beliau berkata, selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.

Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.

Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini. - BERNAMA

AirAsia lancar jualan besar-besaran pertama

Posted:

AirAsia lancar jualan besar-besaran pertama

AirAsia lancar jualan besar-besaran pertama

14/02/2012 8:10pm

KUALA LUMPUR - Syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia kini sedang menganjurkan Jualan Besar-Besaran di kesemua laluan AirAsia dan

AirAsia X dengan bayaran tambang keseluruhan sehala serendah RM19.

Promosi itu diadakan dari 15 Februari hingga 19 Februari dan tempoh perjalanan ialah dari 11 September, 2012 hingga 31 Januari, 2013, demikian menurut AirAsia di dalam kenyataan hari ini.

Tambang meliputi kesemua bayaran sehala dari RM19 ke destinasi domestik seperti Alor Setar, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bahru manakala penerbangan ke destinasi di Sabah dan Sarawak termasuk Kuching, Bintulu, Sibu dan Miri sahaja bernilai RM29 sehala.

Syarikat penerbangan itu memaklumkan, penumpang juga boleh terbang ke destinasi popular seperti Bali, Phuket, Singapura dan Bandaraya Ho Chi Minh pada harga dari RM49 dan ke tempat lain seperti Hanoi, Da Nang dan Siem Reap dari RM89.

Sebagai tambahan, tambang ke destinasi termasuk Guangzhou, Hong Kong, Macau, Guilin, Shenzhen dan Colombo ditetapkan dari RM139 sehala.

Sementara itu, AirAsia X menawarkan tambang serendah RM169 sehala ke Jepun (Osaka dan Tokyo) dan China (Hangzhou, Tianjin dan Chengdu) dan RM199 sehala ke Seoul, Taipei dan beberapa destinasi di Australia.

Bagi melengkapi tempahan penerbangan, AirAsiaGo akan turut menawarkan pakej hotel dari serendah RM89. - BERNAMA

Jangkitan AGE di Perak meningkat

Posted:

Jangkitan AGE di Perak meningkat

Jangkitan AGE di Perak meningkat

14/02/2012 6:45pm

IPOH - Jangkitan akut gastroenteritis (AGE) yang dikesan di Perak sejak minggu lepas meningkat kepada 251 kes hari ini berbanding 131 kes semalam itu, meningkat sebanyak 120 kes.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, 180 kes dikesan di Hilir Perak hari ini manakala 71 kes di Batang Padang.

Bilangan kes baru yang dimasukkan ke wad hari ini adalah dua orang di Hilir Perak dengan jumlah enam kes, manakala empat kes di Batang Padang dengan jumlah sembilan kes, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jumlah pesakit yang di rawat di hospital ialah 15 orang.

Beliau berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Hilir Perak setakat ini adalah 1,990 kes manakala Batang Padang mencatatkan 1,078 kes.

Jumaat lalu, dua bayi masing-masing berusia dua bulan dan 10 bulan meninggal dunia di daerah Hilir Perak dipercayai akibat dijangkiti sejenis virus dikenali "Rotavirus" yang menyebabkan kes AGE. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan