Selasa, 14 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Felda Aset jaga hak peneroka

Posted: 13 Feb 2012 06:02 PM PST

MukaDepan

Syarikat pelaburan kawal 37 peratus saham milik KPF dalam FGVH di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan Felda Aset Holdings Company (Felda Aset), sebuah syarikat pegangan pelaburan bagi mengawal dan menguruskan kepentingan 37 peratus saham Koperasi Permodalan Felda (KPF) dalam Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia pada 10 Mei depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Ahmad Maslan, berkata Felda Aset akan memiliki Lembaga Pengarah yang terdiri daripada wakil JPM, Kementerian Kewangan, KPF dan FGVH untuk menjamin masa depan ekuiti pegangan koperasi yang mewakili 112,635 peneroka itu, selamat dan terpelihara. "Penubuhan Felda Aset bertujuan mengelakkan KPF daripada bertindak sewenang-wenangnya menjual kepentingan dalam FGVH kepada pihak yang tidak diingini pada masa depan," katanya selepas perjumpaan dan sesi penerangan komprehensif dengan 1,300 pemimpin dan wakil FELDA dari 317 tanah rancangan di sini, semalam.

Bagaimanapun, Ahmad berkata, Felda Aset hanya memiliki kuasa membuat undian saham, manakala KPF kekal memegang kuasa perniagaan dalam FGVH.

Beliau juga menjelaskan KPF yang menjadi pusat simpanan dan pelaburan peneroka, dilantik sebagai pemegang saham tunggal terbesar dalam FGVH sebanyak 37 peratus bertujuan memastikan hak peneroka serta generasi seterusnya terjamin dan terbela.

"Selain KPF sebagai pemegang saham tunggal terbesar, peneroka dan pelabur institusi seperti Permodalan Nasional Bhd, KWSP, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) serta Tabung Haji mempunyai kepentingan dalam FGVH.
"Kumpulan lain yang akan diberikan hak keistimewaan memegang kepentingan saham dalam FGVH, termasuk kakitangan FELDA, kerajaan negeri, rakyat Malaysia terpilih dan pelabur asing," katanya.

Ahmad berkata, apabila disenarai kelak, permodalan pasaran FGVH yang kini hanya kira-kira RM3 bilion, melonjak tujuh kali ganda kepada RM21 bilion dan muncul sebagai antara syarikat perladangan senaraian awam terbesar di dunia.

"Tarikh penyenaraian FGVH ditetapkan pada 10 Mei ini, manakala proses dokumentasi yang diperlukan bagi penyenaraiannya, termasuk pembahagian saham dan nilai tawaran awam permulaan (IPO) sudah 90 peratus lengkap," katanya.

Mengenai durian runtuh yang akan diberikan kepada peneroka sempena penyenaraian FGVH, Ahmad berkata, ia akan dibuat dua kali, iaitu sebelum dan selepas FGVH disenaraikan di Bursa Malaysia.

"Semuanya (jenis pemberian dan nilai durian runtuh) sudah ada... hanya tunggu Perdana Menteri mengumumkannya mungkin bulan ini," katanya.

Sebelum ini, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Mazlan Aliman mendakwa FELDA Holdings Berhad akan mengalami defisit RM1.5 bilion setahun jika rancangan penyenaraian diteruskan.

Mazlan dilaporkan berkata, FELDA pada tahun lalu secara purata memperoleh pendapatan RM2.4 bilion setahun dengan perbelanjaan RM2 bilion menyebabkannya memperoleh lebihan pendapatan dan keuntungan RM400 juta.

FGVH adalah cabang perniagaan FELDA yang terbabit dalam perniagaan pertanian dengan penumpuan dalam sektor perladangan sawit dan getah, selain menanam serta memproses tebu sebagai gula. Syarikat yang ditubuhkan pada 2009 itu turut menjalankan perniagaan global seperti minyak dan lemak, oleokimia, logistik dan perkhidmatan di sebanyak 13 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Afrika Selatan dan Asia Barat menerusi lebih 80 syarikat aktif.

Nik Aziz mahu Anwar tarik balik sokong Israel

Posted: 13 Feb 2012 11:15 AM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ), baru-baru ini.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas dipersetujui sebulat suara oleh Majlis Syura Ulama PAS yang juga selari dengan pendirian parti itu tidak mengiktiraf negara haram Israel.

Namun, Nik Aziz berkata, jika kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud berbeza, Majlis Syura Ulama menasihatkan Anwar mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman WSJ bagi membersihkan namanya.

Bukan saja penduduk Islam ditindas serta diusir, banyak gereja Kristian juga diroboh Zionis. - Nasharuddin Mat sia, bekas Timbalan Presiden PAS.

"Saya, selaku Mursyidul Am PAS dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di WSJ," katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, berkata kerajaan Hamas kecewa dan terkejut dengan kenyataan Anwar yang menyokong usaha melindungi keselamatan Israel ketika rejim itu terus melakukan keganasan terhadap penduduk Palestin.

Katanya, ia disuarakan sendiri Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh kepadanya ketika pertemuan di Istana Amir Kuwait, baru-baru ini. Nasharuddin mengadakan pertemuan itu sebagai pengerusi Pengurusan Yayasan al-Quds Malaysia.

Beliau berkata, beberapa pegawai kanan Hamas turut menyuarakan rasa dukacita terhadap kenyataan Anwar kerana ia jelas bercanggah dengan keputusan fatwa 66 mufti muktabar pada 1988 yang menegaskan sebarang tindakan mengiktiraf kewujudan Israel termasuk menyokong usaha menjaga keselamatannya, adalah perbuatan mengkhianati Islam.
"Selain mengucapkan penghargaan terhadap sokongan dan bantuan Malaysia, Haniyeh menyuarakan rasa terkejut dan bertanya kepada saya mengapa Anwar mengeluarkan kenyataan sedemikian. Beliau terkejut kerana secara zahirnya kenyataan itu seolah-olah menyokong Israel," katanya.

Ahli Parlimen Bachok yang baru pulang dari Kuwait kelmarin, berkata beliau mengetuai sayap pengurusan Yayasan Al-Quds yang diluluskan penubuhannya baru-baru ini dalam usaha meningkatkan sokongan dan bantuan kepada perjuangan penduduk Palestin.

Mengulas lanjut, Nasharuddin berkata, usaha memperjuangkan hak penduduk Palestin bukan saja bermakna memperjuangkan tanah suci ketiga umat Islam itu, malah mengembalikan hak kehidupan dan keamanan kepada penganut agama lain seperti Kristian di Baitulmaqdis.

"Bukan saja penduduk Islam Palestin yang ditindas serta diusir oleh Israel, sebaliknya banyak gereja Kristian dirobohkan rejim Zionis. Ramai penganut Kristian turut teraniaya," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

saff

hairan juga mengapa terlalu lama untuk PAS buat gesaan ini, harap rakyat malaysia yg sayangkan negara tidak terpalit dengan rakusan politik

hyuri

kite perjuangkan islam bkn bergdoh sesame islam..dkt dunie org x nmpak aper yg brlaku tp allah nmpak.bertaubat la sebelum terlmbat..

fadzil

kenape sanggup membahayakan kedudukan negara semata-mata....

mohamadbakhari

Syabas.ini baru lah seorang pemimpin yg boleh diikuti.tegas dan berwibawa.tapi TGNA jangan sekerat jalan je.jangan menghampakan kami n penyokong PAS.

awal

kebenaran akan tiba . islam akan kembali menguasai dunia

ex pkr

Syabas Tok Guru, Namun sekiranya Anwar tidak melakukan kedua-dua saranan Tok Guru, adakah PAS akan terus berada bersama dengan Anwar dalam PR? Sekiranya ia berlaku maka PAS akan bersubahat lah dalam hal ini, macamana tu!apa hukum nya?

abang wan

syabas! barular nama 'TOK GURU'....

asai

sanggup menghalalkan yang haram demi kepentingan peribadi.... ini kah pemimpin yang kita mahu?? fikir fikirkan la... jika ditakdirkan pemimpin permatang pauh ini menjadi PM malaysia..... jgn heran jika pasport kita dibenarkan masuk ke Israel..

roslan

Oh tok garuku.. Baru bangun tido ye..

DINO

Sokong pandangan abangaji BP, Umat Melayu Islam telah berkali -kali dilalaikan dan ditipu oleh musuh - musuh Islam masih lagi tak sedar. Kembalilah kita bersatu dibawah garis panduan AlQuraan dan assunnah yang diperjuangkan oleh UMNO.Hidup Islam Hidup UMNO.Rakyat sejahtera.

anz2411

ni la namanye org "GILA KUASA". sanggup buat apa saje asal dapat duduk takluk Putrajaya.

apun

macam ni barulah boleh pangkah Pas, teruskan perjuangan yang sebenar!

mikidinmidin

nasihat menasihati lah antara pemimpin dengan pemimpin supaya dapat jalan penyelesaian yang terbaik untuk kepentingan negara dan agama.

Ghaz

Gesaan dan pandangan yang bijak..terlajak perahu dan terlajak kata...nawaitu penting...

Aziz jaafar

Keluar dari PKR , Kekuatan PAS lagi kuat

ayuzz

slama ni blum de kesedaran.. skang dah terbukti ANWAR SALAH!!

Cinta Damai

sekalipun kenyataan sokongan kepada israel itu ditarik balik oleh anwar, ianya tidak akan dapat menutup sokongan padu anwar terhadap israel dan sekutunya....

umat Islam harus bersatu demi mempertahankan maruah agama, bukannya berbalah disebabkan perbezaan ideologi politik... bezakan pentas kalian dengan bijak, yang pasti parti politik BUKAN agama!

yushail

Alhamdulillah sekarang semakin ramai orang sedar tentang tingkah laku Dato Seri Anwar..bertaubatlah sebelum terlambat...

abangaji BP

Tahniahlah pada Tuan Guru....sebelum ni mati-matian Tok Guru mempertahankan 'geng baiknya" tu.Putar belit wartawan la katanya...Tapi itulah prinsip Anwar, dia tetap membela Israel....nak tarik balik macam mana? Dah hakikatnya macam tu...Jadi pada ahli-ahli Pas dan PKR yang lain tu...kalau tak sedar diri tak taulah.Anda 'rela' bersahabat dengan Yahudi daripada berbaik dengan UMNO yang beragama Islam yang mempertabat dan memperkasakan Islam.Insaf lah.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan