Isnin, 13 Februari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pejabat Apek disimbah cat hitam

Posted:

Pejabat Apek disimbah cat hitam

Pejabat Apek disimbah cat hitam

Oleh ADHAM SHADAN dan NAN HIDAYAT NAN AZMIE
berita@kosmo.com.my

SEIYED AHMAD menunjukkan laporan polis yang dibuat ekoran kejadian simbahan cat berwarna hitam di pejabat KFR di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Setelah berdepan tohmahan yang menjadi punca putusnya pertunangan seorang gadis, penjaga gawang nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat (gambar kecil), 23, atau Apek dilanda dugaan lagi apabila pejabatnya, Khairul Fahmi Resources (KFR) Sdn. Bhd., di Jalan Seri Cemerlang di sini disimbah cat hitam.

Perbuatan khianat yang dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab itu merupakan yang ketiga sejak 5 Februari lalu sehingga mendorong Apek dan pihak pengurusannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini kelmarin.

Tindakan itu terpaksa diambil kerana mereka bimbangkan keselamatan diri masing-masing setelah keadaan sama berulang dua hari berturut-turut.

Menurut pengurus syarikat itu, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff, dalam kejadian pertama 5 Februari lalu, pintu depan pejabat itu disimbah cat hitam dan diikuti kejadian kedua pada Sabtu lalu yang menjadikan papan tanda dan pagar tempat simbahan cat tersebut, manakala dalam kejadian ketiga kelmarin bahagian lantai dan dinding luar pejabat sehingga ke bumbung pula menjadi 'mangsa'.

"Ketika kejadian pertama berlaku, Apek dan kami cuba berfikiran positif dengan menjangkakan ia cuma perbuatan nakal budak-budak tetapi apabila berlaku kejadian kedua dan ketiga, kami mula mengesyaki sesuatu yang tidak baik," katanya ketika ditemui di pejabat KFR di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Guru lulus temu duga pasti dapat kenaikan

Posted:

Guru lulus temu duga pasti dapat kenaikan

Guru lulus temu duga pasti dapat kenaikan

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
luqman.ridhwan@kosmo.com.my


KERAJAAN amat memahami peranan guru dalam pendidikan negara masa kini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Seramai 15,000 orang guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dan telah ditemu duga untuk kenaikan gred DG41 sejak dua tahun lalu diminta bersabar dan menunggu surat tawaran kenaikan itu daripada Kementerian Pelajaran.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Dr. Zakaria Kasa berkata, masalah tersebut berlaku mungkin disebabkan wujudnya faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan kenaikan gred berkenaan.

"Memang dua tahun itu suatu tempoh yang boleh disifatkan sebagai lama dan tidak berpatutan, namun, ia terpaksa dihadapi oleh guru berkenaan.

"Mungkin kekurangan kekosongan tempat bagi gred berkenaan menjadi antara punca masalah ini timbul dan apa yang boleh mereka lakukan ialah menunggu sahaja surat tawaran itu tiba," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Polis perlu bangun strategi baharu

Posted:

Polis perlu bangun strategi baharu

Polis perlu bangun strategi baharu


NAJIB bersalaman dengan peserta Persidangan Antarabangsa Mengenai Prinsip Kepolisan: Kedaulatan Undang-Undang, Ketenteraman Awam dan Pembangunan Mampan di Petaling Jaya semalam.


PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu membangunkan strategi baharu dalam membanteras jenayah untuk meraih kepercayaan awam dan memperlengkapkan diri mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran zaman moden.

Beliau berkata, dalam melakukan transformasi, pasukan perlu mempunyai perubahan kerangka minda secara menyeluruh, keseimbangan etika yang padu, penguatkuasaan ketat serta kepimpinan yang utuh dan efektif di semua peringkat.

"Kita (PDRM) perlu membuat penyesuaian dengan perubahan keperluan orang ramai dan masyarakat. Kita memakai uniform kerana kita mahu melindungi warganegara kita dan ia bukan sekadar satu profesion.

"Ia juga bagi memenuhi cabaran dalam menguruskan operasi satu pasukan polis dalam zaman moden ini dan dalam kalangan masyarakat yang lebih berpendidikan yang mengharapkan standard tinggi, sedar akan hak mereka.

"Oleh yang demikian sebagai satu pasukan polis, kita perlu melakukan transformasi pada diri kita sendiri," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan