Isnin, 13 Februari 2012

Utusan Online - Kota

Utusan Online - Kota


Buang sampah sesuka hati

Posted:

Buang sampah sesuka hati

Buang sampah sesuka hati

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


WALAUPUN rumah sampah disediakan oleh DBKL tetapi masih ada penduduk yang mengambil jalan mudah dengan meninggalkan sampah mereka di siar kaki dan bawah tangga.
- UTUSAN/Amin Farij Hasan


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Dari jauh flat Sri Pahang kelihatan tiada cacat celanya tetapi sebaik sahaja memasuki ke kawasan perumahan itu, hati menjadi sayu dan pelbagai perkara akan bermain di fikiran.

Antara yang menjadi persoalan ialah mengapakah ada segelintir penduduk di situ sanggup mengotori kawasan rumah mereka sendiri dan apa perasaan mereka sewaktu membuang sampah-sampah itu.

Ada juga penduduk tanpa rasa bersalah membuang sampah dari tingkat atas yang bukan sahaja akan mengotorkan kawasan itu tetapi juga boleh membahayakan keselamatan orang yang berada di bawah.

Sikap tidak bertanggungjawab serta kurang kesedaran sivik di kalangan penduduk menyaksikan Sri Pahang tercemar dengan masalah sampah yang dilonggokkan di merata-rata tempat.

Tinjauan Utusan Malaysia ke perumahan awam tersebut mendapati, terdapat banyak longgokan sampah yang ditinggalkan di tepi tangga dan lif, selain sampah yang bertaburan di sekitar blok yang dipercayai dibuang dari tingkat atas.

Seorang penduduk, Abdul Kadir Hamid, 69, berkata, masalah sampah tersebut sudah lama berlaku dan keadaan semakin teruk apabila tiada tong sampah disediakan di setiap tingkat flat itu sejak empat tahun lalu.

Katanya, penduduk yang tidak bertanggungjawab akan mengambil jalan mudah dengan meletakkan sampah mereka di tepi lif dan bangunan serta di bawah tangga walaupun rumah sampah disediakan tidak jauh dari situ.

"Masalah di sini adalah sikap segelintir penduduk yang tidak tahu menjaga kebersihan. Saya yang kurang upaya dan memakai kaki palsu pun boleh membuang sampah di rumah sampah, mengapa mereka yang sihat tubuh badan tidak boleh buat begitu.

"Saya berharap agar penduduk dapat menjaga kebersihan kawasan ini kerana ia merupakan tempat tinggal kita. Jika kawasan rumah bersih maka kita akan lebih sihat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Baili Alwi, 65, berkata, sikap penduduk itu menunjukkan mereka tidak tahu cara hidup bermasyarakat dan menghormati penduduk yang lain.

"Tahap kebersihan di sini masih terlalu rendah walaupun tahap pendidikan masyarakat semakin tinggi.

"Sikap suka membuang sampah di merata-rata tempat ini adalah lambang peribadi mereka.

"Sudah banyak usaha yang dilakukan bagi mengubah sikap ini, namun perangai mereka masih tidak berubah," ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pekerja pembersihan yang dikenali sebagai Yati berkata, sampah yang ditinggalkan di tepi lif dan bawah tangga akan bertambah semasa cuti umum kerana tiada pekerja yang mengutipnya.

"Kadang-kadang ada juga penduduk yang meninggalkan sampah yang sudah berulat di tangga. Bila keadaan ini berlaku, orang akan salahkan kami kononnya tidak buat kerja," jelasnya.

Nilai dengan bijak bantuan kerajaan

Posted:

Nilai dengan bijak bantuan kerajaan

Nilai dengan bijak bantuan kerajaan


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (dua dari kanan) menyampaikan baucar BR1M kepada warga emas dan orang kurang upaya pada majlis penyerahan bantuan tersebut di Dataran Seri Angkasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR 13 Feb. - Rakyat diminta menilai dengan bijak dan rasional setiap bantuan yang disediakan kerajaan yang direncanakan demi kesejahteraan semua pihak tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, pemberian tersebut membuktikan kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib rakyat terutama golongan miskin dan berpendapatan rendah.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai berkata, pemberian itu juga menunjukkan kekukuhan ekonomi negara yang dijana oleh kepimpinan kerajaan yang cekap.

"Keupayaan memberi bantuan kebajikan ini juga hanya mampu dilakukan oleh kerajaan yang terbaik," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada kira-kira 1,200 penerima di kawasan Lembah Pantai di sini baru-baru ini.

Raja Nong Chik berkata, setakat ini, seramai 8,612 penerima bagi kawasan Lembah Pantai telah menerima BR1M secara berperingkat sejak pertengahan Januari lalu.

"Bagi mereka yang belum menerima surat, mereka boleh mengemukakan rayuan dan diminta bersabar. Insya-Allah, nama mereka tidak akan tercicir jika benar-benar memenuhi syarat kelayakan," katanya.

Permohonan PTPTN batal saman peminjam ditolak

Posted:

Permohonan PTPTN batal saman peminjam ditolak

Permohonan PTPTN batal saman peminjam ditolak

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menolak permohonan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membatalkan saman oleh seorang peminjam tabung itu berhubung dakwaan fitnah dan penangkapan secara salah kerana kononnya gagal menyelesaikan pinjaman pengajiannya.

Hakim Unaizah Mohd. memutuskan bahawa perbicaraan perlu dijalankan setelah berpendapat plaintif, Mandeep Singh, 28, yang kini bekerja sebagai pegawai bank mempunyai kuasa tindakan ke atas PTPTN yang dinamakan sebagai defendan.

Sehubungan itu, beliau menetapkan 5 Mac ini sebutan kes tersebut bagi urusan penyerahan dokumen sebelum perbicaraan penuh diadakan pada 9 dan 12 April ini.

Peguam Abdul Malik Hakim yang mewakili Mandeep menyatakan, pihaknya akan memanggil dua saksi sementara peguam, Farhan Abdullah yang mewakili PTPTN pula memaklumkan, pihaknya bersedia dengan tiga saksi.

Pada 20 September tahun lalu, Mandeep memfailkan saman terhadap PTPTN di Kaunter Pendaftaran Sivil Mahkamah Sesyen kerana mendakwa agensi itu gagal mengeluarkan namanya daripada senarai hitam di Jabatan Imigresen sedangkan dia telah membayar hutang pinjamannya itu.

Dia mendakwa telah ditahan oleh pegawai Imigresen di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada 6 Julai tahun lalu ketika hendak berlepas ke Guangzhao, China untuk bercuti.

Katanya, dia dimaklumkan oleh para pegawai terbabit bahawa namanya masih disenarai hitam dalam pangkalan data Imigresen.

Insiden itu, menurutnya, satu penghinaan terhadapnya di khalayak ramai dan mencemarkan reputasinya.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Mandeep menuntut ganti rugi am, punitif, teladan dan RM19,000 bagi kemudaratan khas untuk tiket penerbangan dan tempahan hotel, faedah, kos, serta bayaran lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan