Isnin, 6 Februari 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Rempuh gerai lari dari polis

Posted: 05 Feb 2012 10:52 AM PST

PUCHONG: Tindakan dua lelaki yang menaiki sebuah kereta melarikan diri daripada pemeriksaan polis mengundang padah apabila kenderaan itu merempuh sebuah gerai makan menyebabkan dua wanita di dalam premis berkenaan cedera.

Bagaimanapun, dalam kejadian di Seksyen 5, Taman Kinrara di sini, jam 7 malam tadi itu, seorang daripada suspek terbabit ditahan.


Dalam kejadian itu polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menahan sebuah Proton Perdana dinaiki dua lelaki berusia 30-an di Seksyen 5, Taman Kinrara, di sini.

Menurut sumber, dalam pemeriksaan berkenaan mereka memberikan kerjasama dengan menyerahkan kad pengenalan untuk diperiksa sebelum kad pengenalan itu dipulangkan.


"Ketika anggota polis ingin melakukan pemeriksaan terhadap penumpang pula, pemandu kereta terbabit memecut kenderaannya ke Bandar Puchong.


"Kereta itu melakukan pusingan U di Bukit Jalil sebelum berpatah balik ke Taman Kinrara," katanya ketika dihubungi di sini ,semalam.

Sumber itu berkata, ketika tiba di Jalan 5/8 di Taman Kinrara, kereta suspek yang dipandu laju gagal dikawal lalu merempuh sebuah gerai makan di tepi jalan.


"Seorang suspek berusia 30-an ditahan polis manakala rakannya melarikan diri. Akibat rempuhan itu, dua wanita yang masing-masing peniaga dan pelanggan mengalami kecederaan," katanya.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.


Sementara itu, saksi, Norizan Baharom, 39, berkata dia dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki di bahagian belakang rumahnya sambil mengacukan pisau dan merayu jangan menjerit kerana dia diburu polis.


Bagaimanapun, dia yang terkejut menjerit meminta tolong sebelum lelaki itu melarikan diri.


Katanya, sebaik saja penjenayah itu melarikan diri, dia menghubungi suaminya.


"Saya sangat takut dengan kejadian yang berlaku petang tadi (semalam). Saya risaukan keselamatan anak-anak apabila melihat lelaki terbabit memegang pisau," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

75 warga asing ditahan

Posted: 05 Feb 2012 10:48 AM PST

PETALING JAYA: Puluhan warga asing yang asyik berhibur di sebuah pusat hiburan di Bandar Sunway, di sini, pagi semalam bertempiaran lari akibat terkejut apabila Jabatan Imigresen Selangor menyerbu premis terbabit sebelum 75 daripadanya yang kebanyakan warga Afrika diberkas.

Dalam serbuan jam 3.30 pagi itu, ada antara warga asing terbabit cuba melarikan diri dan diberkas penguat kuasa hingga melanggar kerusi serta meja dalam premis berkenaan hingga menyebabkan gelas dan botol minuman pecah akibat terjatuh.


Pengarah Jabatan Imigresen Selangor, Amran Ahmad, berkata ketika serbuan terdapat beberapa warga Afrika yang cuba meloloskan diri, namun dihalang dan diberkas anggota Imigresen.

"Sedikit kekecohan berlaku dengan beberapa warga asing cuba lari serta merempuh kerusi dan meja. Ada juga yang jatuh tersungkur atas jalan dan dicekup.


"Daripada 75 yang diberkas, 25 dalah wanita dan pemeriksaan mendapati kebanyakan mereka tidak membawa dokumen pengenalan diri serta ada juga yang menggunakan pas lawatan sudah tamat tempoh," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Selangor di Shah Alam untuk siasatan lanjut dan proses dokumentasi.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 15 (4) dan Seksyen 6 (1) Akta Imigresen kerana tiada dokumen perjalanan sah serta tinggal lebih masa. "Operasi dan pemeriksaan ini dijalankan selepas Jabatan Imigresen menerima aduan penduduk setempat yang kurang senang dengan kebanjiran warga asing di kawasan terbabit," katanya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan