Isnin, 6 Februari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


28 pelajar ponteng sekolah di Kota Bharu diarah baca Al-Quran

Posted: 06 Feb 2012 01:18 AM PST

KOTA BHARU: Seramai 28 pelajar lelaki beberapa sekolah menengah sekitar daerah Kota Bharu, yang ditahan kerana ponteng sekolah hari ini, diarah membaca al-Quran.

Pengarah Jabatan Pelajaran (JPN) Kelantan, Hussin Awang berkata kesemua pelajar yang ditahan itu dibawa ke Masjid Mukim Telipot di sini, untuk diberi kaunseling dan diarah membaca al-Quran di bawah bimbingan imam masjid itu, Ahmad Yunus.

Pelajar terbabit yang berumur antara 15 dan 18 tahun, ditahan antaranya di pusat beli-belah, taman perumahan dan surau.

"Ada kalangan pelajar yang ditahan itu sedang merokok," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Hussin berkata pelajar terbabit kemudiannya dibebaskan selepas diambil kenyataan dan latar belakang mereka oleh guru disiplin atau kaunselor untuk tindakan lanjut.


Operasi bersepadu melibatkan lapan agensi kerajaan berkaitan, selama dua jam bermula 9.30 pagi itu, adalah lebih kepada usaha untuk mendidik pelajar agar tidak ponteng sekolah, katanya.

Katanya terserah kepada pihak sekolah untuk memanggil ibu bapa atau penjaga pelajar terbabit untuk dimaklumkan mengenai kesalahan yang dilakukan anak mereka itu.

Beliau berkata operasi bersepadu itu akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi membanteras penglibatan pelajar dengan kegiatan tidak sihat.

Operasi bersepadu itu melibatkan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Baharu, polis, Ikatan Relawan Rakyat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Majlis Perbandaran Kota Baharu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. -- BERNAMA



Full content generated by Get Full RSS.

Dua maut, dua lagi cedera kereta terbabas di Lebuhraya Pantai Timur

Posted: 06 Feb 2012 12:30 AM PST

KUANTAN: Dua lelaki maut manakala dua lagi cedera setelah kereta yang dinaiki mereka terbabas di Km117.7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dekat Temerloh, awal pagi tadi.

Mangsa yang terbunuh, pemandu kereta berkenaan, Ismadi Kechik, 25, bekerja sebagai pencuci kereta dan penumpang hadapan, Muhammad Nazir Abd. Khalit, 22, seorang peniaga.

Dua lagi rakan mangsa yang cedera ialah penumpang belakang kenderaan tersebut, Alif Ridzuan Mohamad Nazeri, 19, dan Ahmad Ridzuan Rokbi, 23 tahun.

Menurut Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri Pahang ASP Zainalabidin Othman, dalam kejadian 6.20 pagi itu, keempat-empat sahabat itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Temerloh.


"Tiba di lokasi kejadian, dipercayai kereta yang dipandu Ismadi tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang jalan sebelum terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas.


"Keempat-empat sahabat yang berasal dari Kampung Bangau Tanjung, Temerloh telah tercampak ke luar dari kereta," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata Ismadi dan Muhammad Nazir cedera parah dan mati di tempat kejadian.

"Dua lagi yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh," katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -- BERNAMA



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan