Isnin, 6 Februari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi kaum

Posted: 06 Feb 2012 01:59 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia patut berbangga dengan sikap toleransi yang menjadi asas kepada perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini yang amat istimewa dan tidak akan mampu dinikmati di negara lain.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tanpa toleransi tentunya Malaysia tidak akan berdiri megah seperti sekarang ini.

"Justeru untuk memastikan apa yang kita nikmati pada masa ini dapat terus dinikmati pada masa akan datang, maka adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat Malaysia untuk terus saling hormat menghormati di atas platform toleransi," katanya dalam mesej sempena sambutan Thaipusam esok. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Kereta rempuh gerai dipercayai dicuri, kata polis

Posted: 06 Feb 2012 01:45 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Kereta yang merempuh gerai di Jalan Mawar, Taman Kinrara Seksyen 5, Puchong di sini yang mengakibatkan dua orang awam cedera semalam dipercayai kenderaan curi, kata polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei, ketika dihubungi hari ini berkata sebelum kejadian itu pemandu kereta jenis Proton Perdana V6 itu cuba memecut lari ketika diperiksa anggota Unit Peronda Polis (UPP).

"Dalam keadaan dikejar polis dan ketika tiba di kawasan perumahan berkenaan kenderaan terbabit terbabas merempuh gerai makanan itu dan mencederakan pemiliknya serta seorang pelanggan," katanya. - BERNAMA
Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan