Isnin, 6 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Islam teladan ummah

Posted: 05 Feb 2012 02:48 PM PST

MukaDepan

  
  • Foto

    Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersama Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama sembilan penerima Anugerah Maulidur Rasul pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433H/2012M di Masjid Putra, Putrajaya, semalam.

  • Foto

    PENERIMA anugerah Perdana, Muhammad Hadi Darus (kiri) dan Mufti Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Hassan Ahmad berbual sambil melihat sijil anugerah yang disampaikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012 di Masjid Putrajaya, semalam.

Seri Paduka titah umat contohi Rasulullah capai tamadun gemilang

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru umat Islam mencontohi perjuangan Nabi Muhammad SAW yang berjaya mendidik, memimpin dan membawa masyarakat jahiliah berhijrah daripada kekufuran serta kejahilan kepada umat memiliki keimanan kental dan ketinggian ilmu.

Baginda bertitah, kegigihan Rasulullah selama 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah berjaya membina kekuatan iman, minda dan fizikal umat Islam pada zamannya dan zaman Khalifah ar-Rasyidin serta zaman sesudahnya sehingga mampu mencapai satu tamadun gemilang. Seri Paduka bertitah untuk mencapai kegemilangan itu, umat Islam perlu memperbetulkan tasawur Islam dalam kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

"Konsep hidup sebagai hamba dan khalifah Allah serta bekerja atau berniaga sebagai ibadat adalah perkara asas yang perlu dihayati supaya impak terhadap keunggulan agama Islam dapat dirasai secara global," titah baginda merasmikan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra di sini, semalam.

Tuanku Abdul Halim bertitah, tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini, 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah bertepatan dengan kehidupan umat Islam kini yang menghadapi pelbagai cabaran.

"Contohilah keunggulan peribadi Rasulullah laksana perintah Allah ke arah melahirkan masyarakat Islam hebat serta menjadi teladan kepada dunia," titah baginda.
Turut berangkat ke majlis itu, Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hamidun. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Tuanku Abdul Halim berkenan menyampaikan sijil penghargaan dan piala kepada sembilan penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 2012 termasuk Mufti Pulau Pinang yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Hassan Ahmad yang menerima Anugerah Perdana.

Lapan penerima lain ialah Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang juga Ahli Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah al-Quran peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Toh Puan Wan Asiah Ahmad; bekas Ketua Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Kelantan, Abdul Razak Mat Saat; Timbalan Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia, Dr Muhammad Fuad Yeoh; Duta Dakwah Saba Islamic Media Sdn Bhd, Shah Kirit Kakulal Govindji serta bekas johan qariah peringkat kebangsaan dan antarabangsa, Datuk Rogayah Sulong.

Tiga lagi penerima ialah bekas Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang, Abdul Majid Abdul Hamid; Ketua Masyarakat Orang Asli Kampung Bukit Kala, Gombak, Hussein Ngahyin dan pelajar kurang upaya Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Tiang, Kedah yang mendapat 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011, Muhammad Hadi Darus.

Terdahulu, 121 kontinjen disertai lebih 12,000 peserta termasuk penjawat awam, badan berkanun, pertubuhan swasta, pelajar dan badan bukan kerajaan (NGO) berarak 2.4 kilometer bermula dari pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya hingga ke Masjid Putra di sini sambil berselawat ke atas Rasulullah SAW.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

Yangretibase

Ampun Tuanku. Sebagai SPBYD Agong,Tuanku pun wajib mematuhi segala Titah Perintah Allah SWT.
Cuba-cubalah Tuanku muhasabah diri sehalus-halusnya.

aar

ilmu akhlak islami penting untuk diteladani kpd masyarakat. bukankah islam berkembang melalui tarikan contoh akhlak nabi SAW. Contoh akhlak nabi SAW dalam perbuatan dan percakapan(sunnah). seorang islam mesti mengetahui ilmu akhlak baik(mahmudah) dan akhlak buruk(mazmumah).

Pandangan yg tidak betul terhadap islam kerana orang islam tidak beramal dgn akhlak mahmudah. Dalam islam ilmu dan amal mesti seiring. Ilmu itu petunjuk bagi amal. Pemurah, penyayang, berikhlas dan berihsan kpd Tuhan Yg Satu dalam amal, beramanah, penyabar, bersyukur(berterima kasih),dll adalah antara ciri akhlak mahmudah.


Full content generated by Get Full RSS.

Khairul Fahmi pasang pengawal peribadi

Posted: 05 Feb 2012 02:37 PM PST

MukaDepan

Khairul Fahmi Che Mat

Khairul Fahmi Che Mat

KOTA BHARU: Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat mencipta sejarah bola sepak negara, apabila menjadi pemain tempatan pertama menggunakan khidmat pengawal peribadi bagi mengawasi keselamatannya.

Beliau lebih dikenali dengan gelaran Apek yang juga penjaga gawang utama 'The Red Warriors' dikatakan memerlukan perkhidmatan pengawal itu berikutan timbul-nya pelbagai isu negatif terhadapnya.

Bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 59, berkata keadaan menjadi lebih membimbangkan lagi dengan isu terkini yang mendakwa Khairul Fahmi menyebabkan pertunangan anak seorang usahawan terkenal di negeri ini putus. "Saya dan keluarga begitu terkejut serta sedih apabila membaca laporan sebuah akhbar tempatan kelmarin, yang melaporkan Khairul Fahmi dikatakan menjadi punca ikatan pertunangan anak usahawan itu putus.

"Sebenarnya, itu semua fitnah selain ada pihak mahu menjejaskan tumpuan anak saya ketika berhadapan dengan tugas getir bagi memastikan Malaysia layak ke Sukan Olimpik nanti," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Penyebaran isu putus tunang itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu, mendakwa Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan gelaran Apek, merampas tunang orang dan gadis terbabit yang dikenali sebagai Leuniey, 21, didakwa sanggup memutuskan pertunangan itu bagi menjalin hubungan dengan Apek.

Bagaimanapun, bekas tunang gadis berkenaan terkilan apabila ada individu tertentu mengaitkan Khairul Fahmi dengan kejadian putus tunang itu, malah beliau tidak pernah membuat pengakuan mahu memutuskan pertunangan yang hanya bertahan 28 hari.
Che Mat berkata, beliau dan keluarga kini tertekan apabila ada pihak yang mengatakan anaknya jahat disebabkan laporan berkenaan.

"Saya sedih mengenangkan nasib yang menimpa Apek, bagaikan tidak henti-henti. Sebelum ini dicalitkan dengan isu minum arak, sehingga ada yang menganggap anak saya kaki minum.

"Saya dan isteri, Bidah Ibrahim, 55, sentiasa berdoa semoga Tuhan kuatkan semangat kami sekeluarga dalam menghadapi dugaan seperti ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR), Syed Ahmad Mohd Yusof, berkata usaha menyediakan khidmat pengawal keselamatan buat Apek perlu memandangkan beliau kini menjadi idola bukan saja di Malaysia, malah di rantau ini.

"Dengan adanya pengawal peribadi, ia bukan bermakna peminat Apek tidak boleh mendekatinya. Mereka hanya akan memantau keselamatan Apek dari kedudukan strategik dan akan mengikutinya setiap kali penjaga gol kebangsaan itu turun beraksi," katanya.

Beliau berkata, bagi mengelak peminat Apek keliru dengan pelbagai kontroversi, mereka boleh melayari sesawang kelabpeminatkhairulfahmimalaysia.org atau mendapat maklumat tepat daripada Che Mat sendiri.

"Kita tidak mahu negara kehilangan seorang penjaga gol berkaliber sekiranya anak jati Kelantan ini tiba-tiba membuat keputusan menggantung jersi disebabkan tidak tahan dengan kontroversi negatif," katanya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

boleh

biar la pex apo ore nk kato pn...trus kn kjaya semo pex...blk jago gol klate la plk...dn nyo biso gk ore deki blako la...

Anahope

all the best(^_^)!! never give up to be the best among the best. tak ramai org mahu kita bangun tetapi ramai org ketawa tika kita jatuh..so, just be yourself. believe in what you believe.

AqieL rafiqin

Jaga perangai yer apek,,,demo da famous ,macam2 bkeh...jgn lupa diri da ler....kawe sokong demo sokmo...

ultras

lex r pex..dugaan belaka ooo..name pun sport celeberiti..jnji mu perform.beres r,,,

Haa

Sabar jelah apek... jaga kelakuan tu je lah...

Cg Razis

sebagai aset negara..sdh sewajarnya KFCM mengupah pengawal peribadi utk menjaga keselamatannya di luat padang terutama berhadapan dgn peminat pelbagai variasi..

Cg Razis

sebagai aset negara..sdh sewajarnya KFCM mengupah pengawal peribadi utk menjaga keselamatannya di luat padang terutama berhadapan dgn peminat pelbagai variasi..

attitood womam

bia je pek.. tggalkn smua tu,kawin dgn i.. kikiki~ i will always be by ur side, i PROMISE baby.. auw~ leviu!

farhan

Tok guru nik aziz royak doh kan suruh demo kawin cepat2. habis citer.

matsabu

huyoo .. susah jugak femes ni ea .. huk3

zura angah

sbr je lah.manusia ni,kalau nak rosak kan periuk nasi org,mcm2 blh buat..

Shamsudin ali

Saya sokong tindakan apek menggunakan khidmat pengawal peribadi demi keselamatan beliau dan saya doakan semuga karier beliau berpanjangan demi nama baik keluarga dan negara. Kalau dapat saya mahu lihat beliau dapat beraksi di salah sebuah kelab bolasepak di korea ataupun di jepun.

anom

damn..since when laa dye jdi idola d rantau ini nieh..so untrue man..

hulk

alahai... itulah sport celebriti

Yangretibase

Dunia ini hanya tempat main-main dan senda gurau sahaja, nampaknya. Muhasabah dirilah masing-masing.

huhuhahahihi

sebenarnya......inilah harga populariti yang harus dibayar..........

bdk kelate

apex brsbar je lah....apo hok dok blaku nie msti ado hikmah....
Trus smangat boh....caiyook!!!apex!!!

Kamal

Cara terbaik untuk mengatasi semua dugaan dan cabaran ini adalah MENJAGA tingkah laku...

shamsheila amin

hentikan kata2 yang boleh menghancurkan kehidupan org lain ..buatlah cerita yang boleh dibanggakan..buat apek jangan pedulikan apa org kata teruskan usaha demi diri sendiri dan negara..klu dengar ckp org tak kemana

Zaidi shaari

Saya setuju...

haizel

itu lah org x blh tgk org senang cikit, ada ja fitnah nak bt.

nike

nak jadi popular bukannya senang

Busu

Dasat juga..ini sudah jadi selebriti popular. Apapun beliau berhak menetukan kehidupan, apatah lagi berkaitan hal keselamatan. Apa guna duit banyak tapi susah hati. Keep it up bro Apek!

annacomel

itu namanya kehidupan..peluang yang jarang induvidu lain dapat menikmatinya.


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan