Sabtu, 4 Februari 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


‘Syabu madu’

Posted: 04 Feb 2012 05:40 AM PST

TAIPING: Dadah methampetamine dari Malaysia atau terkenal dengan jolokan 'syabu madu' di Indonesia menduduki carta nombor satu di negara itu apabila ia diakui sebagai dadah paling berkualiti tinggi di dunia.

Ini menyebabkan syabu diseludup dari Malaysia semakin mendapat tempat di hati penagih dadah republik itu, sekali gus meningkatkan permintaannya kebelakangan ini.


Perkara itu diakui Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim, yang mendakwa berlaku penyeludupan syabu dalam skala besar ke negara jiran itu atas faktor berkenaan.

Menurutnya, syabu diseludup dari Malaysia mempunyai kualiti lebih baik berikutan ia dihasilkan di Iran atau Pakistan sebelum Malaysia dijadikan transit sementara untuk pengedaran ke negara jiran itu.


"Ia dianggap syabu terbaik kerana keaslian, kualiti serta cara memasak dilakukan sindiket.


"Kebanyakan dadah itu diseludup pula ke Indonesia oleh warga republik itu yang diberikan imbuhan lumayan oleh sindiket," katanya selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, di sini.

Menurutnya, apa yang berlaku menjejaskan nama baik Malaysia yang dilabelkan punca kemasukan dadah ke negara jiran itu.


"Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa berusaha membanteras penyeludupan ini serta bekerjasama dengan polis Indonesia dari semasa ke semasa," katanya.

Akhbar Surabaya Post kelmarin melaporkan, penagih dadah republik itu sanggup mendapatkan syabu dari Malaysia walaupun harga dua kali ganda lebih daripada syabu tempatan.


Trend itu diakui Kepolisian Negara Republik Indonesia (POLRI) mendakwa syabu Malaysia diperoleh penyeludup dengan harga sekitar Rp1.7 juta (RM595) satu gram sebelum dijual Rp3 juta (RM1,785) kepada penagih.


Permintaan tinggi menyebabkan sindiket berlumba-lumba menyeludup syabu ke Indonesia dengan menjadikan pusat hiburan sebagai pasaran utama.


Khamis lalu, polis Indonesia merampas 55 kilogram syabu, 50,000 pil ecstasy dan 30,000 biji pil 'happy five' diseludup oleh tiga rakyat Malaysia dibantu lapan lelaki tempatan.


Tiga rakyat Malaysia itu dipercayai perancang utama penyeludupan dadah bernilai lebih RM4 juta mngikut harga pasaran gelap.


Kebimbangan itu turut diluahkan pucuk pimpinan tertinggi POLRI, Inspektor Jeneral Saud Usman Nasution yang mendapati syabu itu semakin kerap diseludup menggunakan perahu atau bot kecil bagi mengelak ia dikesan.



Full content generated by Get Full RSS.

Tak sempat sorok 40 peket heroin

Posted: 03 Feb 2012 10:23 AM PST

JEMPOL: Hajat seorang lelaki menikmati kemewahan dengan cara mengedar dadah tidak kesampaian apabila dicekup dalam satu operasi oleh sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol di Felda Pasoh, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan, dalam serbuan jam 3 petang itu, suspek berusia 30-an yang panik melihat kehadiran polis tidak sempat menyembunyikan 40 peket heroin yang diletak di sebuah bangsal di belakang rumahnya.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Mohd Sabri Muhamad berkata, suspek yang sebelum ini pernah ditahan dalam kes sama turut positif heroin.

Katanya, ketika anggota polis memperkenalkan diri, lelaki itu cuba melarikan diri, namun dapat diberkas.


"Pemeriksaan lanjut polis di sekitar tempat kejadian membawa kepada penemuan 40 peket plastik lut sinar disyaki mengandungi heroin seberat 65 gram (g).


"Siasatan mendapati, harga pasaran dadah yang dirampas itu bernilai RM8,000 dan harga runcitnya pula kira-kira RM200 setiap satu paket.

"Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) akta sama," katanya dalam sidang media di IPD di sini, semalam.


Difahamkan, suspek dikatakan baru keluar dari penjara dan tidak serik mengulangi tabiat buruknya itu.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan