Sabtu, 4 Februari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Kerjasama penduduk amat perlu

Posted:

Kerjasama penduduk amat perlu

Kerjasama penduduk amat perlu

Oleh NAZARUDIN SHAHARInazarudin.shahari@utusangroup.com.my


Mohamad Hasan (duduk) melihat keadaan Sungai Temiang yang semakin sempit dan menjadi punca banjir kilat di Seremban, semalam.


SEREMBAN 3 Feb. - Masalah banjir kilat di Temiang dan Sikamat dekat sini mampu diatasi sekiranya pemimpin setempat dapat menyakinkan penduduk merobohkan binaan yang dibuat di tebing sungai.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, langkah itu penting bagi membolehkan jentera berat dibawa masuk untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sungai yang dapat menghalang banjir.

Beliau berkata, beberapa percubaan telah dibuat sebelum ini bagi membawa masuk jentera tersebut tetapi gagal berikutan binaan yang terlalu rapat di tebing sungai.

"Masalah bertambah teruk apabila ada dalang daripada parti pembangkang yang cuba menjadi hero sehingga penduduk enggan membenarkan jentera masuk untuk membuat penyelenggaraan," katanya kepada para pemberita selepas melawat Kampung Baru Sikamat dekat sini hari ini.

Sebanyak 18 rumah di kampung berkenaan dilanda banjir kilat selepas hujan lebat pada kira-kira pukul 5 petang semalam.

Dalam kejadian itu, rumah penduduk dinaiki air sehingga paras 0.9 meter sebelum air surut kira-kira 90 minit kemudian.

Banjir kilat turut melanda beberapa kawasan di pusat bandar itu.

Mohamad berkata, banjir kilat itu melanda akibat jumlah air hujan yang tinggi selain keadaan Sungai Temiang yang melalui kampung berkenaan yang agak sempit dan tidak mampu menampung jumlah air yang banyak.

Menurutnya, kerajaan sudah bersiap sedia melaksanakan kerja penyelenggaraan sungai di situ dengan segera sekiranya penduduk bekerjasama merobohkan binaan di tebing sungai.

"Saya juga meminta penduduk tidak membuang sampah ke dalam sungai kerana ia juga adalah punca banjir kilat," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Kampung Baru Sikamat, Wong Phui Kan berkata, beliau akan berunding dengan penduduk kampung itu supaya bersetuju dengan permintaan pihak berkuasa merobohkan binaan di tebing sungai.

"Masalah ini sudah lama berlaku dan saya harap kali ini penduduk akan bersetuju dengan permintaan supaya binaan tersebut dirobohkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Banjir kilat landa Seremban

Posted:

Banjir kilat landa Seremban

Banjir kilat landa Seremban


Sebahagian kenderaan yang terperangkap dalam kejadian banjir kilat di Jalan Tuanku Munawir, Seremban, kelmarin.


SEREMBAN 3 Feb. - Beratus-ratus pengguna jalan raya terkandas apabila sebahagian Jalan Sungai Ujong dan Jalan Tuanku Munawir di bandar ini dilanda banjir kilat semalam.

Hujan lebat selama kira-kira dua jam sejak pukul 3 petang itu turut mengakibatkan beberapa kawasan rendah di Sikamat dan Temiang turut dilanda banjir kilat.

Seorang pengguna jalan raya, Mohd. Azman Harun, 45, berkata, kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan air di Sungai Temiang naik sehingga melimpah ke jalan raya.

Katanya, air naik dengan cepat menyebabkan beberapa buah kenderaan terkandas dan berpuluh-puluh kenderaan lain terpaksa memberhentikan kenderaan mereka.

''Beberapa kenderaan termasuk kereta saya yang diletakkan di belakang bangunan Wisma UMNO turut rosak akibat ditenggelami air sedalam hampir setengah meter.

''Seingat saya inilah kejadian pertama berlaku di bandar ini dan saya berharap pihak berkuasa melakukan sesuatu untuk mengelakkan kejadian ini daripada berulang," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, keadaan kembali pulih apabila air surut sepenuhnya sejam selepas itu.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) negeri berkata, sebanyak lima buah rumah Kampung Baru Sikamat dekat sini turut dilanda banjir kilat.

Bagaimanapun, katanya, kesemua rumah terbabit hanya dinaiki air dan tiada kerosakan serius dialami penduduk.

Full content generated by Get Full RSS.

Produk pelancongan baru di Melaka

Posted:

Produk pelancongan baru di Melaka

Produk pelancongan baru di Melaka



JASIN 3 Feb. - Kerajaan negeri akan menjadikan Tasik Chinchin di daerah ini sebagai produk pelancongan terbaru di negeri ini yang berpotensi besar untuk dimajukan dengan pelbagai aktiviti pelancongan alam semula jadi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, menerusi peruntukan Kementerian Pelancongan berjumlah RM24.9 juta, Tasik Chinchin yang terletak di kawasan seluas 12 hektar akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan tarikan pelancong.

Menurutnya, antara kemudahan yang akan dibina di kawasan tersebut adalah calet, dewan serbaguna, restoran terapung, pelantar memancing, tapak perkhemahan, laluan pejalan kaki dan kawasan berbasikal sepanjang 4.5 kilometer.

"Selain itu, kemudahan lain seperti aktiviti lasak seperti sukan paintball, litar basikal BMX, flying fox, combat obstacle dan sebagainya akan turut dibina," katanya berucap pada majlis pecah tanah projek pembangunan kemudahan pelancongan di tasik itu semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Latif Tamby Chik; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hasan Rahman; ADUN Serkam, Datuk Ghazale Mohamad; ADUN Merlimau, Roslan Ahmad dan ADUN Rim, Mohd. Yazed Khamis.

Mengulas lanjut Mohd. Ali berkata, kerja-kerja pembinaan kemudahan pelancongan itu sedang dijalankan oleh syarikat Agibs Engineering & Consruction Sdn. Bhd. dan dijangka siap dalam tempoh setahun setengah.

Menurutnya, projek Tasik Chinchin akan dibangunkan sebagai produk pelancongan bertemakan aktiviti lasak yang dijangka mempopularkan daerah itu.

"Saya yakin projek ini dapat menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih baik di daerah ini dan juga dapat memberi peluang pekerjaan serta ruang berniaga kepada penduduk," katanya.

Jelasnya, pembangunan kemudahan pelancongan di kawasan berkenaan adalah berdasarkan kedatangan pelancong ke negeri ini yang semakin meningkat setiap tahun.

Tahun lalu katanya, seramai 12.1 juta pelancong direkodkan mengunjungi negeri ini dan untuk tahun ini kerajaan negeri menyasarkan lebih 12 juta pelancong berkunjung ke sini sempena sambutan 750 tahun penubuhan Melaka.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan