Sabtu, 4 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Wanita ditemui dibunuh di dalam keretanya

Posted:

Wanita ditemui dibunuh di dalam keretanya

Wanita ditemui dibunuh di dalam keretanya

04/02/2012 7:55pm

KUALA LUMPUR – Seorang pembantu peribadi di sebuah syarikat teknologi maklumat ditemui mati berlumuran darah dengan kesan jerutan dan tikaman pada leher di dalam keretanya diletak di sebuah pusat perniagaan di Seri Kembangan, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, mangsa, 39, ditemui oleh suaminya setelah mangsa tidak pulang ke rumah selepas waktu bekerja.

"Kelewatan mangsa pulang ke rumahnya di Bandar Kinrara, Puchong menyebabkan suaminya risau dan terus menghubungi majikan serta mencarinya sebelum mangsa ditemui kira-kira pukul 10.30 malam kira-kira 200 meter dari tempat kerjanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abd Razak berkata, ketika ditemui kereta mangsa jenis Honda City itu tidak berkunci serta bertutup rapat dan mayat mangsa berada di tempat duduk hadapan bahagian penumpang.

Beliau berkata, pemeriksaan di tempat kejadian, polis menjumpai sebilah pisau sepanjang enam inci dan seutas wayar sepanjang 30 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Katanya, polis kini sedang menyiasat motif pembunuhan dan mengikut siasatan awal pihaknya tidak menolak ia dilakukan lebih daripada seorang suspek namun tiada sebarang tanda berlakunya pergelutan. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Lelaki maut dilanggar tren komuter KTM

Posted:

Lelaki maut dilanggar tren komuter KTM

Lelaki maut dilanggar tren komuter KTM

04/02/2012 5:45pm

SEREMBAN – Seorang lelaki maut selepas dilanggar sebuah tren komuter dalam kejadian berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Senawang, di sini hari ini.

Dalam kejadian 9 pagi itu, Redzuan Yusof, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata, mangsa dipercayai berjalan di atas landasan itu sebelum dirempuh sebuah tren komuter dari arah belakang.

"Pemandu komuter terbabit cuba membunyikan hon beberapa kali bagi memberikan amaran kepada mangsa, tetapi tidak diendahkan oleh lelaki tersebut.

"Akibatnya lelaki itu dirempuh oleh tren berkenaan menyebabkan mangsa tercampak sejauh beberapa meter," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pemandu tren itu membuat laporan polis sejurus selepas kejadian.

Polis masih menyiasat punca kejadian dan bagaimana lelaki itu boleh menceroboh dan berjalan di landasan berkenaan, katanya. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Mesin pengimbas sistem gelombang di KLIA

Posted:

Mesin pengimbas sistem gelombang di KLIA

Mesin pengimbas sistem gelombang di KLIA

04/02/2012 5:43pm

BANGI – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menempatkan empat mesin pengimbas yang menggunakan sistem gelombang dan suhu badan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam usaha mencegah aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.

Pengarah Bahagian Perancangan Korporat Kastam, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, mesin pengimbas "ThruVision" bernilai RM4 juta dari United Kingdom itu akan ditempatkan di laluan penumpang di terminal utama KLIA.

Mesin pengimbas itu kini dalam proses diuji dan jika terbukti berkesan akan turut ditempatkan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) dan kemudiannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Kota Kinabalu dan Kuching, katanya pada sidang akhbar mengenai prestasi pungutan hasil JKDM di sini hari ini.

Katanya, pada tahun lepas, kes dadah telah menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak 92 kes dengan nilai rampasan RM183.78 juta berbanding 74 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM44.45 juta pada tahun sebelumnya.

Chik Omar berkata, JKDM akan melaksanakan penggunaan hanya satu laluan khas bagi pemeriksaan penumpang di KLIA yang dijangka bermula Mac ini dan menurutnya langkah itu telah mendapat kelulusan Ketua Setiausaha Negara. – BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan