Selasa, 14 Februari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Parah tangan tersepit mesin

Posted: 14 Feb 2012 08:50 PM PST

Nasional

   ANGGOTA bomba  dan penyelamat mengeluarkan tangan  Jelani   yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api  Pontian, semalam.

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengeluarkan tangan Jelani yang tersepit pada mesin pencetak di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api Pontian, semalam.

Pekerja kilang tergelincir ketika masukkan kotak untuk diproses

PONTIAN: Pergelangan tangan kanan seorang pekerja kilang parah selepas termasuk ke dalam mesin pencetak kotak ketika mangsa sedang bekerja dekat Api-Api di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di kilang kotak dekat Parit Empat, Api-Api itu, bapa kepada tiga anak, Jelani Abdul Ghani, 53, sedang memasukkan kotak ke dalam mesin berkenaan, sebelum tangan kanannya tiba-tiba terperosok ke dalam mesin terbabit menyebabkan ia tersepit. Kejadian menimpa mangsa yang meraung kesakitan sejurus tangannya tersepit disedari rakan sekerjanya yang kemudian bergegas membantu mematikan suis.

Dalam keadaan cemas itu, mereka cuba mengeluarkan tangan kanan mangsa yang tersepit daripada mesin terbabit tetapi tidak berhasil, sebelum menghubungi bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Pontian.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba Pontian yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I A Hamid Awaludin, bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

Hamid berkata, ketika pasukannya sampai di kilang terbabit, mangsa hanya mampu mengerang kesakitan dengan tangan kanannya hingga ke bahagian pergelangan tersepit dalam dalam mesin pencetak kotak.
Katanya, bagi menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan itu, pihaknya terpaksa memotong sebahagian komponen mesin terbabit sambil dibantu pasukan perubatan yang memberi suntikan penahan kesakitan bagi meredakan keadaan mangsa.

"Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 10 minit sebelum mangsa dikejarkan untuk rawatan kecemasan dengan ambulans yang sedang menunggu ke Hospital Pontian, " katanya.

Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menjalani pembedahan lanjut.

Sementara itu, Jelani yang ditemui di Wad HSA, berkata kejadian itu berlaku kerana dia tergelincir ketika bekerja, menyebabkan tangannya terperosok ke dalam mesin.

"Tangan saya tersepit pada mesin selama kira-kira 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan dan terus dihantar ke Hospital Pontian sebelum dibawa ke HSA," katanya yang menjalani imbasan x petang semalam bagi menentukan kaedah rawatan lanjut yang perlu dijalaninya.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

majikan dan pekerja harus sedar kepentingan menjaga keselamatan dan kesihatan di tempat kerja

mr tenjo

insurans sgt penting utk join pekerjaan berisiko...

kamal ismail

hati2 yg utama ketika berhadapan dengan mesin berat,jika tidak maut yg pasti..saya tak kerja behagian mesin2,tkut.hanya jahit kasut d kpg berjaya alor setar,kedah.heheheh.

apitlid

Berhati hati semasa melakukan kerja


Kempen MyDaftar berkesan

Posted: 14 Feb 2012 01:08 PM PST

Nasional

NAJIB beramah mesra dengan K Ringanayagee (dua dari kiri) sambil diperhatikan L Vedaiyan (kiri) dan M Mariamah  pada majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri MyDaftar di Kuala Lumpur.

NAJIB beramah mesra dengan K Ringanayagee (dua dari kiri) sambil diperhatikan L Vedaiyan (kiri) dan M Mariamah pada majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri MyDaftar di Kuala Lumpur.

Bukti kerajaan tepati janji dengan daftar pengenalan diri rakyat

KUALA LUMPUR: Kempen MyDaftar di sembilan negeri yang berjaya meluluskan 5,593 permohonan pengenalan diri dan 4,023 permohonan kewarganegaraan dalam tempoh kurang setahun membuktikan kerajaan tidak menabur janji kosong kepada rakyat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kempen Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF), yang berjaya menarik minat 15,000 orang, sebahagian besarnya keturunan India adalah satu rekod yang belum pernah dicapai sebelum ini. Perdana Menteri berkata, baki kira-kira 3,900 permohonan yang sudah diproses tidak dapat diluluskan atas beberapa sebab, termasuk kekurangan maklumat.

"Saya menggesa KDN, SITF dan pihak yang terbabit untuk terus membantu menyelesaikan permohonan supaya kelulusan dapat diberikan kepada semua pemohon yang layak," katanya pada majlis penganugerahan dokumen pengenalan diri MyDaftar, di sini, semalam.

Beliau menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 100 pemohon dari Kuala Lumpur dan Selangor.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam, yang juga Pengerusi SITF.
Kempen yang dilaksanakan selama lapan hari bermula 19 Februari tahun lalu itu adalah antara inisiatif kerajaan bagi membantu menangani masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri masyarakat keturunan India, yang selama ini menyukarkan pemohon mengakses perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Ia dilaksanakan di Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. SITF melawat dan membuka kaunter di hampir semua lokasi yang mempunyai kepadatan penduduk India dengan memahami dan menyelesaikan masalah mereka. Permohonan yang diterima membabitkan masalah kewarganegaraan, daftar lewat kelahiran, pindaan butiran sijil kelahiran, anak angkat, pendaftaran perkahwinan dan kad pengenalan.

Perdana Menteri berkata, dengan dokumen pengenalan diri, mereka kini dapat mengakses perkhidmatan dan kemudahan kerajaan, termasuk dalam sektor pendidikan, kesihatan dan kebajikan.

"Pemohon yang berjaya juga layak mendaftar sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekali gus mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan negara. Keadaan ini cukup bermakna kerana ia berbeza dengan dunia tanpa status sebagai warga negara," katanya.

Najib juga berkata, kempen MyDaftar berjaya mencipta sejarah sebagai satu pendekatan berpaksikan konsep turun padang oleh agensi kerajaan menemui masyarakat India.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan