Khamis, 2 Februari 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Rakyat digesa komited bekerja

Posted: 01 Feb 2012 02:13 PM PST

Nasional

TUANKU ABDUL HALIM mengurniakan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas jaguh  olahraga negara,   Marina Chin  pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan    di Istana Melawati, Putrajaya, semalam.

TUANKU ABDUL HALIM mengurniakan darjah kebesaran Seri Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk Seri kepada bekas jaguh olahraga negara, Marina Chin pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan di Istana Melawati, Putrajaya, semalam.

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menyeru rakyat supaya sentiasa menyokong usaha kerajaan memperkukuhkan ekonomi negara berikutan senario ekonomi dunia masa ini yang diramalkan tidak menentu.

Baginda bertitah, rakyat tidak boleh alpa dan perlu sentiasa komited untuk terus bekerja dan berusaha dengan gigih.

Titah baginda, keadaan ini berikutan kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun serta tekanan inflasi akibat kenaikan harga komoditi, krisis hutang negara Eropah dan perdagangan dunia yang lebih perlahan. "Beta melihat suasana global ini tentunya memberi impak langsung ke atas ekonomi Malaysia.

"Jadi, seluruh rakyat Malaysia, termasuk warga Wilayah Persekutuan perlu sentiasa komited untuk terus bekerja dengan penuh iltizam dan sentiasa menyokong usaha kerajaan mengukuhkan ekonomi negara," titah baginda sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan kepada 279 penerima di Istana Melawati sini, semalam.

Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin ketika berucap di istiadat itu berkata, kementeriannya serta agensi di bawahnya sedang giat melaksanakan projek mega dan berimpak tinggi menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang.
Beliau berkata, ia antara usaha kerajaan menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi dan Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur wilayah yang maju dan berdaya saing.

Sehubungan itu, katanya, beberapa Projek Permulaan (EPP) sedang melalui fasa awal pelaksanaan, termasuk projek 'River of Life' (Sungai Nadi Kehidupan), pembinaan projek siar kaki, pembangunan mercu tanda ikonik di Kuala Lumpur dan projek Greener KL.

"Bagi meningkatkan tahap pengangkutan awam berkesan, projek MyRapid Transit laluan Sungai Buloh-Kajang juga sedang dilaksanakan," katanya.

Raja Nong Chik berkata, tahun ini kementerian akan memberi tumpuan kepada usaha membangunkan semula Kampung Baru selaras hasrat kerajaan serta pemilik dan pewaris tanah mahu kawasan penempatan Melayu yang strategik dan bersejarah itu dibangunkan dengan mengekalkan ciri sedia ada.

"Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2011 sudah mendapat perkenan Tuanku. Melalui akta ini Perbadanan Pembangunan Kampung Baru ditubuhkan bagi memaju menyelaras dan menyelia pembangunan di Kampung Baru," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementerian akan terus melaksanakan program menyediakan bantuan secara langsung kepada golongan miskin bandar dengan menyediakan bantuan sewa rumah, membina dan membaiki rumah serta mengadakan program pembangunan modal insan untuk meningkatkan kemahiran mereka supaya dapat menambah pendapatan.

Full content generated by Get Full RSS.

4,000 keluarga dapat pampasan

Posted: 01 Feb 2012 02:11 PM PST

Nasional

PENGERANG: Setiap keluarga daripada 10 perkampungan yang dipindahkan kerana terbabit dalam pembangunan Projek Petroleum dan Gas Pengerang di sini, akan menerima wang tunai bagi keluasan tanah masing-masing yang diambil, selain sebuah rumah dengan tanah seluas 0.8 hektar sebagai pampasan.

Fasa pertama pemindahan membabitkan 570 keluarga Kampung Sungai Kapal, Teluk Empang dan Langkah Baik bagi memberi laluan kepada projek mega bernilai RM60 bilion terbabit disasarkan bermula Oktober 2013

Penduduk tujuh kampung yang akan dipindahkan dalam fasa kedua membabitkan Sungai Buntu, Jawa, Lepau, Bukit Buluh, Batu Mas, Sebong dan Penyerang. Secara keseluruhannya, ia dijangka membabitkan kira-kira 4,000 daripada 1,268 keluarga. Semua penduduk kampung terjejas dirancang untuk dipindahkan ke penempatan baru yang akan dibangunkan atas tanah seluas 474.8 hektar di Teluk Ramunia dengan pilihan mengekalkan nama asal kampung masing-masing di lokasi baru itu.

Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman ketika mengumumkan pemindahan itu berkata, kerajaan negeri belum dapat menetapkan nilai pampasan yang akan dibayar kepada setiap keluarga penduduk terjejas kerana proses penilaian dibuat mengikut kewajaran tanah yang diambil.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan penduduk terjejas akan diberi layanan sewajarnya kerana kerajaan negeri mempunyai pengalaman menyelesaikan isu sama membabitkan pengambilan lebih 12,000 hektar tanah penduduk bagi melaksanakan projek Nusajaya yang dilakukan sebelum ini.

"Kita akan memulakan pemindahan membabitkan tiga kampung terlebih dulu sebelum langkah sama disusuli tujuh buah kampung lagi berpindah ke penempatan sama.
"Dalam tempoh 18 bulan bermula Mac ini, pembinaan rumah di penempatan baru itu dijangka siap untuk menerima pemindahan penduduk. Sebagai tanda terima kasih dan penghargaan, kerajaan bersetuju mengurniakan dua ekar tanah (0.8 hektar) kepada setiap keluarga penduduk terbabit.

"Bagaimanapun, tanah seluas dua ekar itu bukan di kawasan penempatan sama, sebaliknya kita akan usahakan pada satu kawasan lain untuk diberikan secara kelompok. Terserah pada penduduk untuk merancang pembangunan tanah itu kelak, sama ada dimajukan secara bersama sebagai kawasan pertanian kelompok atau diusahakan sendirian, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi taklimat kepada Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat Kawasan Pengerang dan Taklimat Projek Petroleum dan Gas Pengerang di sini, semalam.

Sejak Projek Petroleum dan Gas Pengerang itu diumumkan Datuk Seri Najib Razak, pada Julai 2009, perjumpaan yang berlangsung itu pertemuan rasmi antara Kerajaan Pusat diwakili Menteri Besar Johor bertemu penduduk dan mengumumkan beberapa inisiatif dan faedah projek mega terbabit.

Projek Terminal Petroleum Laut Dalam diusahakan Dialog E & C Sdn Bhd itu membabitkan pelaburan RM5 billon, manakala projek RAPID PETRONAS membabitkan pelaburan RM60 bilion dijangka menawarkan lebih 40,000 peluang pekerjaan.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

NORMAH AHMAD

bagus,kerajaan amat perihatin dengan penderitaan rakyat.

Pok Teh

Tahniah kerajaan Negeri Johor....lakukan apa saja demi kebaikan rakyat...pastikan jgn ada yang berkecil hati...t.k.


Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan