Khamis, 2 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Laluan maut

Posted: 01 Feb 2012 02:28 PM PST

MukaDepan

KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik memeriksa mayat warga asing yang dijumpai mati lemas di pantai Teluk Semayong Sedili setelah bot yang membawa mereka karam. - Foto Roslan Khamis

KETUA Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik memeriksa mayat warga asing yang dijumpai mati lemas di pantai Teluk Semayong Sedili setelah bot yang membawa mereka karam. - Foto Roslan Khamis

Lapan lemas, lima hilang bot pancung seludup warga asing karam di Sedili

SEDILI: Cubaan 25 warga Iraq dan Afghanistan yang membayar sehingga AS$8,000 (RM24,000) untuk diseludup ke negara ketiga melalui negara ini, berakhir tragedi apabila lapan lemas dan lima hilang selepas bot pancung mereka naiki karam di luar Pantai Telok Semayong dekat Sedili Besar, di sini awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku akibat bot terlebih muatan selain ombak besar pada ketika itu.

Mereka yang menggunakan sindiket dan tekong bot dari Indonesia melalui laluan tikus berkenaan dipercayai menaiki bot pancung itu untuk transit ke Batam, Indonesia sebelum di seludup ke Australia. Semua 12 mangsa yang terselamat dalam kejadian jam 6.30 pagi, di kedudukan kira-kira tujuh batu nautika (11 kilometer) di luar Pantai Telok Semayong itu, berenang ke pantai sambil berpaut pada kayu dan beg yang mereka bawa.

Laluan itu antara yang menjadi tumpuan sindiket pemerdagangan manusia membawa warga asing untuk diseludup ke negara ke tiga termasuk Australia yang sebelum itu akan singgah di Batam.

Sebelum ini, beberapa kejadian sama berlaku di kawasan perairan itu. Pada Jun tahun lalu, tujuh pendatang asing tanpa izin Indonesia lemas selepas bot pancung mereka naiki karam akibat dipukul ombak besar di 3.5 batu nautika, selatan Tanjung Ayam, perairan Pengerang yang juga untuk ke Batam.

Selain itu, pada Mei 2009, sembilan orang termasuk enam sekeluarga dari Pakistan lemas apabila bot pancung mereka karam dan sebulan selepas itu tujuh lemas apabila bot yang membawa pendatang tanpa izin Indonesia juga karam ketika dalam perjalanan ke Batam.
Sementara itu, dalam kejadian semalam, difahamkan perjalanan dari lokasi bot karam ke Batam hanya tinggal kira-kira 20 minit menggunakan bot pancung yang dilengkapi enjin berkuasa tinggi yang sering dipasang secara berkembar oleh tekong laut atau penyeludup.

Difahamkan, mangsa memasuki negara ini menerusi penerbangan dari Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sejak Sabtu lalu dan menggunakan khidmat tekong laut Indonesia menyusup ke Australia.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Che Mahazan Che Aik, berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira jam 8 pagi daripada orang awam yang menemui mayat terdampar di sekitar pantai berkenaan.

"Polis bergegas ke lokasi untuk gerakan mencari dan menyelamat serta menemui lapan mayat terdampar di pantai kira-kira jam 9 pagi. Mangsa terselamat yang berumur 20 hingga 30an ditemui di tepi jalan kira-kira 500 meter dari lokasi mayat rakan mereka, sebelum dibawa ke Balai Polis Tanjung Sedili untuk membantu siasatan.

"Ketika ditemui, mereka sedang mencari arah ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan bantuan. Bot karam dinaiki mereka turut terdampar di pantai selepas dihanyutkan ombak," katanya pada sidang media.

Beliau berkata, mangsa yang lemas dan hilang belum dikenali kewarganegaraan masing-masing dan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan 20 anggota dan pegawai terdiri daripada Pasukan Gerakan Marin serta pasukan balai polis berhampiran, dibantu bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan RELA.

Polis juga sedang memburu tekong bot berkenaan, dipercayai warga Indonesia yang menghilang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, semua warga asing terbabit menggunakan khidmat sindiket dengan bayaran tertentu untuk membawa mereka keluar dari negara ini.

Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang (ATIP) 2007 dan orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Full content generated by Get Full RSS.

Perang Facebook, pelajar perempuan dibelasah

Posted: 01 Feb 2012 02:23 PM PST

KANGAR: Akibat perang Facebook, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dibelasah, termasuk dipijak dan ditendang sekumpulan kira-kira 15 pelajar perempuan dari sekolah sama berhampiran sebuah sekolah menengah di sini, petang kelmarin.

Mangsa dipercayai diserang berikutan beberapa komennya di dalam laman sosial Facebook, baru-baru ini, yang dikatakan mengeluh kerana asyik dibuli sejak lebih sebulan berpindah ke sekolah itu, awal tahun ini.

Anak sulung daripada dua beradik itu cedera di tangan dan badan, selain lebam dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, berikutan muntah dan mengadu sakit dada.

Dalam kejadian itu, mangsa yang baru berpindah dari Sungai Petani, Kedah, dikatakan dikerumuni kira-kira 15 pelajar perempuan ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebaik selesai menjalani latihan sukan di sekolah kira-kira jam 6.30 petang.

Mangsa yang menaiki basikal seorang diri dikatakan dikepung dan basikalnya ditendang tiga hingga empat daripada 15 pelajar berkenaan, sebelum terjatuh di kawasan taman perumahan di belakang sekolahnya di Jalan Raja Syed Alwi di sini.

Apabila terjatuh, seorang pelajar lain memijak dan memukul mangsa sebelum disertai pelajar lain yang turut sama memukul dan menendang kepala mangsa selain menarik rambutnya.

Ibu mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Latifah, 30-an, berkata dia sedih dan kesal kerana tiada seorang pun pelajar yang menyaksikan kejadian berani membantu anaknya yang ketika itu menjerit meminta tolong.
Anak saya dibelasah teruk berdekatan sekolah, namun, tiada seorang pun berani membantunya. Malah, dua pelajar lelaki dari sekolah sama yang menyaksikan kejadian itu hanya ketawa melihat anak saya dibelasah.

Dia (mangsa) yang lemah tidak berdaya selepas dibelasah. Dalam kesakitan, dia berjalan sendiri untuk pulang ke rumah selepas ditinggalkan kumpulan pelajar terbabit, katanya yang kemudian membuat laporan di Balai Polis Kangar.

Mangsa yang dibenarkan pulang selepas diberi rawatan pesakit luar, bagaimanapun dihantar ke HTF semalam dan dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut selepas mengadu sakit dada serta muntah di rumah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

Kita sedang menyiasat jumlah pelajar yang terbabit dalam kejadian itu dan sudah kenal pasti empat pelajar perempuan berusia 15 tahun daripada sekolah sama yang disyaki terbabit, katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan, selain Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

bakal pendidik

pelajar sekarang mmg xmakan saman...sebenarnya xboleh nk salah kn pihak sekolah...cuba anda inbas kembali kes yg berlaku tahun lepas dimana seorang guru diserang oleh ibu bapa pelajar hanya kerana guru tersebut memarahinya. adakah itu silap guru???guru tersebut hanya memarahinya dalam kelas,bukannya dihadapan masyarakat..pelajar sebegini perlu diletakkan dibawah pengawasan sekolah henry gurney...disana,mereka mungkin tidak berani berkelakuan gengster cz sekolah tu dikawal oleh pihak jabatan penjara..maka sistem disana lebih tegas...biar mereka rasa mcm mana rasanya bila kne buli dgn pegawai kat sana...jika mereka melawan,hukuman yg berat bakal dikenakan kepada mereka...

ida, sabah

pengetua skolh wjr ambk tndkn drastik isu ni,, pljr patut dbela,, mereka yg trlibt wajib mydri kslhn 2, n akur dgn tndkn yg bkl mreka trima,, bak kata pepath ' tiap perbuatan jahat pasti ada balasannya,,..

Sonny

I don't understand how people around them could let this happen. I really wish I were there.

suparjo

2 isu utama; 1) adakah kita semua di Malaysia ni benar2 manfaatkan FB atau sekadar hiburan? duduk selang 2 baris pon nak komunikasi guna FB..sindir menyindir dlm FB konon luahkan perasaan/ hak peribadi?

2) gejala BULI memang TIDAK BOLEH TOLAK ANSUR!! tapi punca UTAMA ialah gaya hidup KELUARGA & MASYARAKAT..contoh; minat sangat layan filem ala2 gangster & siapa kuat/bnyk pengaruh dialah HEBAT??

hujungnyaaa..siapa dulu KAKI BULI zaman remajanya..berapa % yg benar2 berjaya dlm hidup?? mmg rezeki itu ketentuan Allah..tapi apa punya pakej mau jadi org berjaya??

heart

budak2 pompuan ni kalau kene gertak satu2 pun taw takot jgk. harap2 kene tindakan sptutnye.

OKB

tiada akhlak tiada takwa...
itu je puncanya...

Hisham

Jika tidak bayar hutang bank, dikenakan "blacklist". Sepatutnya samseng sekolah macam ni, Di "Blacklist" dari mendapat perkerjaan masa habis sekolah nanti. baru diaorang akan ingat.

july

JANGAN lakukan perkara seperti ini kepada orang lain JIKA diri sendiri tak mau diperlakukan sebigini juga

ismanina

saya sebagai seorang ayah,amat kesal atas kejadian tersebut yg menimpa adik,namun kita tetap bersyukor apa yg berlaku ada khidmatnya dr Illahi,uncle ingin cdgkn,setiap keluhan n rintian biarlah kita berkongsi dengan keluarga,ustaq/ustazah,sahabat yg boleh dipercayai n satu cara lagi kita mohon pertunjukkan pada Illahi dengan perbanyakan berdoa serta berzikir.uncle percaya satu hari nanti adek akan dpt yg terbaik,maafkan kwn2 adk itu kerna mrk kurang pendidikan islam,kurang brdisplin diri n hatinya tdk disirami dgn nilai kerohanian takwa berpandukan quran n hadis.doa uncle adk lbh matang untuk menempuhi hari2 berikut n suksus dalam pelajaran

Kajol1010

Astagfirullahalazim..mengucap banyak2,naauzubillahminzaliq dilindungi allah hendaknya..sedih dan kecewanya hati ibu dan ayah yang melahirkan anak2 yang melakukan perbuatan keji sebegitu..apapun bukan salah ibu mengandung..harap jgn ada lagi perkara sebegini berlaku..semoga anak yang menjadi mangsa ini cepat sembuh dan pulih sepenuhnya..Amin

giegie

baru umur belasan tahun sudah nak jadi samseng? ibubapa tak hantar anak mereka ke sekolah utk jadi samseng. ini mesti pengaruh kawan2 utk membalas dendam. apa2pun, pihak polis mesti menangkap mereka semua 15 org tu dn panggil parents mereka. cuci telinga mereka dan pastikan perkara sepert ini tidak berlaku lagi.

SHAMSUDIN

Undang-undang terlalu memanjakan apa yg digekar pelajar.Akibatnya mereka tidak takut pada hukuman dan sewenang-wenangnya bertindak di luar batasan.

ayahnya

jgan ganas sangat. kalau kecik kecik dah jadi gini. besar nanti tak tau lah negara kita. insaflah. Allah akan membalas perbuatan kamu

xy

Kes macam ni selalu berulang-ulang. Pihak berwajib perlulah ambil serius dan fikir tindakan menyeluruh. Jangan seperti marahkan nyamuk bakar kelambu. buang masa dan duit je.

dickson

Budak skrg ni, teruk abis...tunjuk samseng plak tu...lum abis blaja da nak buang tebiat..hukum je mrk tu masuk skula henry gurney tu...bodoh tul, tak fikir kn maruah mak bpk masing2

abangaji BP

Hukum pelajar terlibat....TETAPI...ibubapa yang terlibat jangan campur tangan.SEBAB, pelajar-pelajar ini jadi manja kerana ada ibubapa yang membela....ditambah lagi dengan campurtangan pihak-pihak luar terutama 'pembangkang'yang kerjanya cuma cari salah orang aja.

Danish

hurm.. manusia2.. memang adab yg semakin menjauh.. nilai kesopanan sudah terbang melayang.. yg ada cuma sifat dalaman yg selama ini tersembunyi dalam lipatan sejarah masyarakat melayu yg sinonim dengan sikap lemah lembut dan bersopan... sedarla wahai anak bangsa..

abikhsan

Ini adalah isu moral dan akhlak. Tidak ada kena mengena dengan FB, Twitter, Blog, etc.

Betapa teruknya akhlak pelajar kita sekarang dan adakah mereka layak untuk memimpin keluarga dan negara....

Parents sibuk cari duit, politician sibuk berpolitik..... dunia oh dunia...

asmah ahmad

dah mcm cerita GIRL FIGHT lak agaknya bdk2 skrg dah hilang harga diri gamaknya

panda

samseng taik kucinggg..cuba anak sa kena belasah mcm tu,15pempuan mcm taraaaa ku libass

anyone

gelap la masa depan korang budak2 whei

noor haslinda amira binti kasim

konon hebat la nk jd samseng sekolah, belajar pn xhbs lg, malang mak ayah dia org semua.

skyGun

dah mula balik kes seperti ini.pihak berkuasa kena ambil tindakan keras.hantar je yg terlibat ke sekolah yg boleh mendisiplin kan mereka ni.budak2 begini kalau tak di pantau akan rosak akhlak. bl dah besar tu yang jadi sampah masyarakat.inilah anak melayu zaman sekarang.kalau lelaki dah tentu ada yg terbunuh.apa nak jadi agaknya.

Ainul Mardhiah

~~ganas sungguh pelajar2 pompuan skrg ni kn..mngalahkan lelaki..yg lelaki seronok tgk jew 2 mmg ntah pape..bole tgk jew..ish3...ape nk jdi gn dunia skrg..

Mohd Hilmi

Ble dalam klompok yang ramai brani la..tp kalau sorang2..hampeh...hukum seberat-beratnye kepada yang membuli ni..

Botak

Tangkap mereka semue dan masuk ke Juvana je. Botak kan kepala mereka masing2..ambik gambar dan letak kat sekolah. Biar yg lain2 tengok. Gambar mak bapak budak2 setan ni pun ditayang gak! Biar satu Kangar tengok...melampau budak2 sekarang..melagak hebat bila ramai je..padahal LOSER kampung je semue!

Mohd Hilmi

Ble dalam klompok yang ramai brani la..tp kalau sorang2..hampeh...hukum seberat-beratnye kepada yang membuli ni..

Faizul

Masing2 yang memukul tu tak fikir kesan yang diorang akan terima, gelap masa depan.. mana tak kalau masuk sekolah Henry Gurney (Sekolah budak2 jahat) tempat tu bukan untuk menjadi manusia.. tapi jadi manusia yang makin teruk.. Sedih bila baca benda2 macam nie, lansung tak ikirkan Mak ayah, Maruah, Masa depan... Pada yang membuli tu Get ready pulak untuk dibuli dalam Sekolah jahat nanti..

Faizul

Masing2 yang memukul tu tak fikir kesan yang diorang akan terima, gelap masa depan.. mana tak kalau masuk sekolah Henry Gurney (Sekolah budak2 jahat) tempat tu bukan untuk menjadi manusia.. tapi jadi manusia yang makin teruk.. Sedih bila baca benda2 macam nie, lansung tak ikirkan Mak ayah, Maruah, Masa depan... Pada yang membuli tu Get ready pulak untuk dibuli dalam Sekolah jahat nanti..

Sabak

Dalam kes ini, jelas penyalahgunaan media komunikasi telah dilakukan dan mungkin mangsa telah menulis kata-kata kesat/provokasi atau fitnah sehingga menaikkan kemarahan 15 pelajar lain. Walau apapun alasannya, tindakan ala samseng itu tidak harus dibiarkan dan perlu disiasat serta diberi hukuman setimpal sebagai pengajaran. Nampaknya tatacara dan etika penggunaan Facebook/e-mail perlu diajar khususnya kepada para remaja kita.

nadzarul afiq

bodoh....member kene belasah siap gelak agi...ape punye manusia yg xde hati pert niey,,,seteruk aku pon yg insan yg lemah,aku xpernh abaikan member aku dalam kesusahan...renungkanlah...dunia akhir zaman,,,

Danz

Diharapkan pihak yang berkenaan supaya mengambil tindakan susulan,jangan hanya diam-diam dan tunggu jawapan je,apa pun yang telah terjadi,masalah macam ini harus diselesaikan dengan segera dan tidak bertangguh,selamatkan pelajar kita sebelum binasa untuk generasi yang seterusnya.
Untuk menambahkan keselamatan,apakata kalau wujudkan satu lagi kerja untuk pihak polis ,iaitu memantau dan memeriksa para pelajar walau dimana juga di negara malaysia ini,,

nurul irul mazlan

biasa... kanak2 @ org muda... bertindak mengikut perasaan n perbuatan.. kalau orgtua melakukan itu baru tak berakal... perlu bimbingan dr ibubapa n guru2... tapi la ni guru n ibubapa sama aje...;{

Eza

Angkara membawa masuk ke rumah kehidupan sosial yang melampaui batasan agama dan mencari ketenangan dengan FB - bukannya mencari Allah.
Langsung terserap akhlak bukan berlandaskan Islam dan akhirnya menzahirkan perangai yang tidak bermoral.

kejadian seperti ini sering berlaku dan akan terus terjadi...seandainya tidak dikawal dari sekarang!..ibu bapa serta guru dan masyarakat juga perlu awasi tingkah laku anak-anak kita sekarang.

NaNa TeMpe

tgkap msuk lokp jer bg dieorg pngjaran ckit....

bintang kejora

iza : i like you comment........its true....

adiy putra

mmg dasyhat sungguh remaja pmpuan ni ya,,berani yg teramat..huhu..kt tak leh biar gejala mcm ni berterusan..mmg ptt d beri hukuman yg setimpal terhadap mereka yg terlibat ini...bygkn lah klu dr sndr yg terkena mcm tu...apa perasaan nya?

ayie

remaja skrangx ni xpenah pkir msa depan pown.. taw nk mnyusahkan org jew..... mak bapak bg duit suh gi blajar bkan bergdoh.... aku arap bdak2 mcm ni di ambil tindakan setimpal ngan prbuatan nyer...

Razinah

Pelajar perempuan pun dah mula tak berdisiplin.Mereka yg terlibat patut di beri hukuman setimpal sebagai pengajaran kpd murid-murid yang lain. Guru, ibu-bapa masing-masing patutsiasat kenapa anak-anak berperangai sedemikian.

NadiaFizey

apalah nk jadi dengan budak2 ni..benda2 kecik boleh jadi sampai mcm gini..mana yang salah tu patot ambil tindakkan..kalau bagus masokkan je terus kat skolah jahat br tahu mcmane..buat malu je..mintak di jauhkan lah anak n seluruh ahli keluarga aq jd mcm ni..

feen

masalah remaja biasanye bermula awal dr rumah.Ttapi ada juga ibubapa yg dah didik ank2 cara terbaik cuma budak zmn skrg ni lebih suka ikut hati sendiri.Ckp mak ayah,guru atau org lain xnk dgr.pelajar mcm ni mmg patut dihukum n pihak sekolah tidak boleh pandang ringan hal ini utk mjaga nama baik sekolah.utk remaja kt luar sana hidup ini xde la seindah mana dan sehebat mana mcm kamu semua fikir.renungkan fikirkan sebelum buat sesuatu untuk masa depan masing2.

Kamal bin murad

Saya harap pihak polis,dan pihak sekolah dpt mengambil tindakan tegas terhadap pelajar yg terbabit,

feen

Ya Allah pe la nk jadi.Masalah utama bkn cikgu atau sekolah.pendidikan awal bermula dr rumah.remaja2 bermasalah biasanya berpunca dr rumah.TETAPI kdg2 ada juga ibubapa yg telah didik ank dgn baik TETAPI

Captain

air kalau x ditepuk x kan terpercik kemuka..apa nk jadi budak2 zaman skang

feen

Ya Allah pe la nk jadi.Masalah utama bkn cikgu atau sekolah.pendidikan awal bermula dr rumah.remaja2 bermasalah biasanya berpunca dr rumah.TETAPI kdg2 ada juga ibubapa yg telah didik ank dgn baik TETAPI

no name

skrg kaum wanita dah nak jadi gangstar pasal facebook pun nak org kalau berani one by onela pengecut nak tunjuk samseng konon padan muka ;harap pihak brkuasa amik tindakan

Aizul

kecewa dengan sikap remaja perempuan sekarang..beginilah kalau nak sama rata...perangai kadang-kadang mengalahkan lelaki..apa nak jadi budak-budak sekarang ni.

bonny

pelajar yg terlibat dlm kes ini harus dibri hukumn yg setipal dngn prbuatan mereka..tq

siti nurhidayah kamarudin

untuk semua yang terlibat!!!

Ahmad

Perlu diberi penekanan yang serius dalam sistem pembelajaran agar wujud keseimbangan perkembangan insaniah dan nilai-nilai nurani, tidak hanya mengejar pencapaian akademik semata-mata.

iza

kerana FB badan binasa..teruknya budak-budak zaman sekarang.tidak kira laki tidak kira perempuan semuanya berlagak macam orang dewasa, berlagak samseng..tunjuk hebat la konon..

Ummu Zaid

Sudah sampai masanya undang2 juvana dirombak dan diketatkan. Hukum mereka x kira muda atau tua dengan hukuman yang sama rata.

cicibie

macam2 la dunia sekarang angkara pesbuk neh....

roslan lan

inilah remaja kita masa kini, yang polisnya plak,sudah ada kes, baru sibuk nak siasat, tiada pengawalan langsung dlm kes-kes sebegini...apa nak jadi dgn remaja kita ni...

annacomel

kejadian yang menyedihkan..tahniah kepada pihak yang memberikan hukuman yang sewajaranya untuk memberikan pengajaran kepada orang lain supaya tidak melakukan perkara yang sama.

faeza aziz

gejala buli nie dah biase kite dengar..kire dah xheran klu ada pelajar yg kene buli sbb mungkin mereka yg membuli tersebut kurang mendapat didikan yg cukup...

ocu wann

kalau sekadar datang sekolah tengok muka pelajar perempuan lebih baik tak usah gi tapi kalau nak menjalankan hukuman jangan berlengah lagi.

Aminuddin Bin Sahdan

Kecanggihan komunikasi boleh membawa padah sekiranya tidak digunakan dengan betul. Budaya memukul dan bergaduh dengan pelajar lain mungkin satu budaya yang ditiru dari kes pergaduhan pelajar sebelum ini di negara ini.Betulkan jika salah

Udang Galah kemesah

memang dasar budak 2 anak Mlaysia sekarang ni baik jantan atau betina memang samseng dari sekolah lagi .ada lebih baik pihak sekolah pihak dan PDRM menghukum mereka yang terlibat

Udang Galah kemesah

memang dasar budak 2 anak Mlaysia sekarang ni baik jantan atau betina memang samseng dari sekolah lagi .ada lebih baik pihak sekolah pihak dan PDRM menghukum mereka yang terlibat

Kenapa Dikbunuh

Pada pandangan saya, sekolah ini yang mempunyai masalahnya. Mana guru konseling. Mana guru disiplin. Mana polis kedet? Untuk makluman semua, kuasa polis kedet sama dengan kuasa polis biasa.

wani

untuk mengatasi masalah gangster dikalangan pelajar-pelajar sekolah pelajar kumpulan 15 orang pelajar yang memukul mangsa buli tadi patut dibuang sekolah. Tindakan tatatertib oleh sekolah patut diambil. Kumpulan 15 orang pelajar terbabit tentu akan tidak berhenti berhenti setakat ni sahaja.

Kenapa Dikbunuh

Pada pandangan saya, sekolah ini yang mempunyai masalahnya. Mana guru konseling. Mana guru disiplin. Mana polis kedet? Untuk makluman semua, kuasa polis kedet sama dengan kuasa polis biasa.

Fifi

Teruk teruk!!! Budak pompuan skng pn dh pndai tunjuk gangster skng... Lenkali jgn la letak komen yg buat org lain bikin panas.... Ni mcm baik bukak henry gurney kt perlis gk la jwbnya...khas tuk bdk pompuan

Ray Simpangan

pelajar terbabit baik dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana ini akan menjadi ikutan & trend pelajar masa kini..

Abdul Malik Ahmad Tajuddin

Kalau tak tahah kena komen jangan signup di facebook.dan kalau sifat dah samseng jangan ada facebook.just be like the frog under the coconut shell bak kate Mat Salleh....

Chumai

Hukum seketat.ketatnya.pelajar2.yg melakukan jenayah.kalau blh.keluarkan kesemua.pelajar2.dari sekolah.

sandra Missi

amboi..perempuan spatutnya mempunyai naluri tersendiri ke atas kaum sejenis..zaman skrg..semua dah maju!dah upgrade!pelajar pn dah semakin menjadi2..hai kaum hawa..insaf2lah kamu..kamu di besarkn oleh seorg perempuan yg bgelar ibu..sggup berlagak samseng dn sikit pn x pnya perasaan..inilah mgkn x ada didikan agama dr ibubapa kot!anyway,...undang2 tetap menyebelahi anda hai kaum hawa yg TIDAK GUNA,INGAT..nAK JD PENDOKONG 1 M'SIA kenalah berubah dr skrg..kalu x..hidup anda seperti SAMPAH!!

fiefahnottihud2

wooiiisssHHH!!!! dasyat gilerrr!!!

FiZah AhMad

Betapa sedih mendengar kelakuan anak2 gadis sekarang..umpama samseng...kerajaan perlu mencari jalan bagaimana cara utk membendung budaya samseng dikalangan anak2 muda..bukan saja lelaki, perempuan juga semakin liar..bukan saja sekolah menengah malahan sekolah rendah juga sudah ada budaya samseng.Jangan Malaysia menjadi YANG PERTAMA didunia menjadi negara paling bayak samseng.Fikir2kanlah, renung2kan...

wan

hebat pengaruh FB ni .. tokey nak senaraikan FB berbillion ringgit .. kita asik gadoh ... bagus lah puak kita ni, membantu mempopularkan dan menaikkan saham FB

eija

pelajr sekarang lebih baik bagi hukuman yang berat,,,semua nak tunjuk kuat dan samseng..

Zey Di

penjara hingga setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya..
abis la kou......

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan