Selasa, 21 Februari 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Pesara sokong Najib

Posted: 20 Feb 2012 02:36 PM PST

MukaDepan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertukar dokumen perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra selepas mesyuarat tertutup ketika lawatan rasmi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertukar dokumen perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Thailand, Yingluck Shinawatra selepas mesyuarat tertutup ketika lawatan rasmi di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.

Kelab bekas pemimpin CUEPACS, veteran UMNO tarik 500,000 ahli

PUTRAJAYA: Sekumpulan bekas pemimpin CUEPACS dan kesatuan gabungannya menubuhkan Kelab UMNO Pesara (Kumpulan Pelaksana) Kerajaan Malaysia (KUPEKMAS) untuk menyatukan orang Melayu dan menyokong usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melaksanakan dasar transformasinya.

Kelab itu yang bertindak sebagai badan bukan kerajaan (NGO) akan dilancarkan Perdana Menteri bulan depan, juga bertujuan menyatupadukan bekas kakitangan awam yang semakin berpecah akibat perbezaan politik. Setiausaha Kehormat KUPEKMAS, Datuk Abdul Rahman Manan, berkata kelab itu menyasarkan untuk mengumpul sekitar 500,000 pesara kerajaan di seluruh negara, sekali gus menggembleng tenaga mereka membantu UMNO dan Najib.

"Jumlah pesara kerajaan kini mencecah 500,000 dan setakat ini tiada badan khusus yang menjaga kebajikan mereka," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan tertutup dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, semalam.

Kelab itu dinaungi Dr Mahathir, akan bergerak seiring dengan kerajaan selaras gagasan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.' Turut hadir, Presiden CUEPACS yang juga Presiden KUPEKMAS, Datuk Omar Osman.

Beliau berkata, pada pertemuan itu, Dr Mahathir menyatakan kebimbangannya terhadap perpecahan politik dalam masyarakat Melayu dan berpesan supaya KUPEKMAS bekerjasama memberi sokongan kepada UMNO.
Abdul Rahman yang juga bekas Setiausaha Agung CUEPACS berkata, KUPEKMAS akan memberi suntikan semangat baru kepada Perdana Menteri untuk terus menerajui negara dan melakukan transformasi demi kesejahteraan rakyat.

Mesyuarat jawatankuasa penaja KUPEKMAS pada 25 Ogos tahun lalu melantik Omar sebagai Presiden; Timbalan Presiden, Md Akhir Manshoor; Naib Presiden I, Nordin Pilus; Naib Presiden II, Abdul Rawop Sulaiman; Naib Presiden III, Norlia Mohd Yusof; Penolong Setiausaha, Kamaruddin Harun dan Bendahari, Nasaruddin Othman.

Kelab itu juga mempunyai seorang ahli jawatankuasa bagi setiap negeri dan menerima bekas pesara awam bukan Melayu sebagai ahli bersekutunya.

KUPEKMAS yang diluluskan pendaftarannya pada 28 Oktober tahun lalu, ditubuhkan susulan perbincangan Omar dan Abdul Rahman bersama Perdana Menteri pada satu majlis berbuka puasa di sini pada 15 Ogos tahun lalu.

Kelab itu yang berpejabat di JKR Nombor 3148, Jalan Persekutuan Kuala Lumpur, membuka keahlian kepada bekas pegawai dan kakitangan awam kumpulan pelaksana, manakala ahli bersekutu, termasuk suami atau isteri ahli biasa serta pesara sektor swasta dan keluarga masing-masing.

Selain bergerak seiring dengan kerajaan, KUPEKMAS juga akan menumpukan kepada soal kebajikan pesara kumpulan pelaksana seperti bantuan bagi penyakit kritikal, bencana alam, kemalangan, selain menyediakan khidmat nasihat dan perundingan kepada ahli yang menghadapi masalah dengan agensi kerajaan atau pihak berkuasa lain berhubung soal persaraan, kebajikan dan kemudahan lain.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

samsaddin hassan

kami pesara GLC dari telekom,ktm,tnb dan pos malaysia masih lagi menunggu pencen minima

Pakyem

syabas Dato'Rahman dan rakan-rakan. ada yang prihatin warga emas "kumpulan pelaksana" pesara ni..nak harap "kumpulan atasan" pesara tak usah harap..dah besar lagi nak besarkan tembolok dia aje..terima kasih Dato"

IAHRA BIN MOHAMAD ISLAM

Assalamulaikom / Salam 1 Malaysia
Saya berminat menjadi ahli KUPEKMAS. Harap dapat membantu saya memberi panduan cara menjadi anggota KUPEKMAS. Saya pesara kerajaan persekutuan bersara pada 1/6/2011. Jawatan Pembantu Tadbir Gred N22. Tkasih.

mohamad bakhari

KUPEKMAS telah lulus pada28 oct lalu. tapi kami pesara2 tak pernah diberi tahu atau dimaklomkan perkara yg baik ini. jadi kami pohon semoga di war2kan dlm akhbar atau melalui laman web. TK.

khunshikang

ade2 je..teruskan.


Nasib 112,635 peneroka ditentukan esok

Posted: 20 Feb 2012 02:34 PM PST

MukaDepan

KUALA LUMPUR: Esok, 1,200 perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan menentukan masa depan nasib 112,635 warga peneroka dan hala tuju agensi itu sebagai sebuah organisasi perladangan terbesar dunia, dalam mesyuarat agung perwakilan khas KPF.

Mesyuarat itu yang diadakan di Dewan Perdana FELDA, Jalan Maktab di sini, akan memperlihatkan perwakilan mengundi bagi meluluskan usul cadangan pelupusan pegangan 51 peratus milik KPF dalam FELDA Holdings Bhd, termasuk 10 anak syarikatnya kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH).

Tujuan penjualan itu bagi membolehkan pemindahan aset perniagaan milik KPF kepada FGVH yang akan berfungsi sebagai entiti rasmi dalam organisasi perladangan itu menguruskan hal ehwal perniagaan. Sebagai timbal balas, KPF yang mana 80 peratus ahlinya adalah warga FELDA, akan diberi hak eksklusif sebagai pemegang saham terbesar iaitu 37 peratus dalam FGVH apabila ia disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia pada Mei nanti.

KPF kini memiliki 51 peratus pegangan dalam Felda Holdings, manakala baki 49 peratus lagi dimiliki FGVH, yang juga anak syarikat milik penuh FELDA.

Pemerhati pasaran berkata, penyenaraian FGVH adalah program transformasi untuk membawa perubahan strategik kepada perniagaan kumpulan FELDA ke tahap lebih tinggi bagi merealisasikan potensinya dalam mengkomersialkan hasil perladangan dalam aktiviti huluan dan hiliran di dalam dan luar negara.

Malah, katanya, penyenaraian FGVH bakal meletakkan sumber perladangan negara di peta dunia.
"Justeru, jika perwakilan membuat undian positif, maka sudah tentu masa depan peneroka akan terjamin berikutan hasil dividen dan saham yang dimiliki mereka dalam FGVH melalui KPF, dan jika mereka menolak, sudah pasti nasib peneroka tidak akan berubah," katanya.

Bagi FGVH pula, pemerhati pasaran itu berpendapat cadangan penyenaraian syarikat berkenaan tetap diteruskan kerana ia tidak memerlukan sebarang persetujuan daripada peneroka mahupun KPF berikutan ia dimiliki sepenuhnya oleh FELDA.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, meminta ahli KPF berfikiran secara terbuka dan mengambil kira kepentingan jangka panjang kerana mereka boleh dianggap sebagai menolak tuah jika membantah usul cadangan penjualan 51 peratus saham milik KPF kepada FGVH.

"Andai mereka menolak cadangan (pelupusan) itu, boleh dikatakan mereka menolak tuah kerana saham majoriti yang sepatutnya diperuntukkan kepada KPF, bakal ditawarkan kepada agensi lain seperti Tabung Haji atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau kerajaan negeri yang berminat.

"Ini adalah tawaran yang menjanjikan pulangan besar kepada mereka untuk jangka panjang. Saya harap dan yakin 1,200 perwakilan ke mesyuarat agung khas ini akan meluluskan usul berkenaan," katanya.

Ahmad Maslan berkata, perwakilan perlu memikirkan tiga faktor utama mengapa mereka perlu menerima usul itu, iaitu memastikan kelangsungan dividen tinggi, memastikan penguasaan penuh kepentingan peneroka dalam FGVH, selain ahli KPF dijamin tidak akan mengalami kerugian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan