Selasa, 21 Februari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Tembak di Sri Gombak: 3 suspek diburu polis

Posted:

Tembak di Sri Gombak: 3 suspek diburu polis

Tembak di Sri Gombak: 3 suspek diburu polis

21/02/2012 5:48pm

KUALA LUMPUR — Polis telah mengenalpasti identiti tiga lagi suspek dalam kes melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah sebuah kereta di Gardenia Court Apartment di Taman Sri Gombak di sini, Ahad lepas.

"Kami hanya menunggu masa yang sesuai untuk menangkap mereka," kata Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berkata, seorang daripada suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian itu.

Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, tiga lelaki — K.Ashok, 18, M.Tirusilan, 23, dan P.Kesevan, 29, — cedera parah. Mereka yang dirawat di sebuah hospital di sini, kini dilapor stabil.

Abdul Rahim berkata, kesemua suspek yang manaiki Mitsubishi Pajero itu dapat memasuki kawasan apartment berkenaan walaupun kawasan itu berpagar dan mempunyai kawalan keselamatan.

Beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-6126 2222 atau talian Hotline Rakan Cop Kuala Lumpur di 03-2115 9999 atau menghantar SMS ke 32728 bagi membantu siasatan. — BERNAMA

Sasar kumpul RM500,000 untuk pesakit barah

Posted:

Sasar kumpul RM500,000 untuk pesakit barah

Sasar kumpul RM500,000 untuk pesakit barah

21/02/2012 5:46pm

GEORGE TOWN — Hospital Mount Miriam di sini khusus bagi merawat pesakit kanser menyasarkan mengumpul dana RM500,000 tahun ini guna membantu mereka yang mengidap penyakit itu mendapatkan rawatan.

Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Tham Wei Wei berkata, kos rawatan kanser kini semakin meningkat kerana itu pihaknya akan cuba memberikan subsidi kepada pesakit yang memerlukan bantuan berubat.

"Sebagai hospital yang memberi perkhidmatan bukan untuk keuntungan, sukar bagi kami berusaha bersendirian tanpa bantuan orang ramai kerana itu akan menganjurkan Pestaria Kebajikan Makanan 2012 di perkarangan hospital ini pada 15 April depan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Wei Wei, pestaria yang diadakan dua tahun sekali itu diharap akan mendapat sambutan dan sokongan orang ramai terutama mereka dari kawasan utara Semenanjung sebagai usaha memungut wang mengisi dana bantuan tersebut.

Katanya, lebih 100 gerai yang menjual berbagai-bagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat akan disediakan di pestaria itu yang juga dipanggil Pestaria Kebajikan "Chin Ho Chiak".

Wei Wei berkata, di pestaria pertama pada tahun 2008 hospital itu berhasil memungut kira-kira RM300,000 untuk diisi ke dalam tabung bantuan dan pada 2010 berjaya mengumpul kira-kira RM400,000.

Beliau berkata, selain gerai makanan, beberapa pertunjukan pentas dan gerai permainan juga akan diadakan pada pestaria tersebut nanti.

Tham mengharapkan orang ramai akan menaja gerai-gerai di pestaria tersebut. — BERNAMA

AUCMS bakal ada TV internet perubatan

Posted:

AUCMS bakal ada TV internet perubatan

AUCMS bakal ada TV internet perubatan

21/02/2012 5:43pm

KEPALA BATAS — Alliance University College of Medical Science (AUCMS) bakal mempunyai internet televisyen sendiri yang akan memberi fokus kepada bidang perubatan, kata Presidennya, Prof. Datuk Dr. Zainuddin Wazir.

Beliau berkata, idea untuk mewujudkan internet televisyen itu dirancang selepas AUCMS bersetuju menjalin kerjasama dengan syarikat membekalkan perkhidmatan internet iaitu Extreme Broadband Sdn. Bhd. (EBB).

"Kita mahukan kaedah pembelajaran yang moden, oleh itu kita merancang untuk mengadakan internet televisyen yang memberi fokus kepada bidang perubatan dan berharap ia akan diperluaskan pada masa akan datang," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum persetujuan (MoA) dengan EBB di sini hari ini.

AUCMS diwakili Zainuddin manakala EBB diwakili Pengarah Urusannya Weng Yew Wong. Kerjasama itu mempunyai tempoh selama lima tahun dan melibatkan kos keseluruhan RM5 juta.

Zainuddin berkata, fasa pertama pemasangan perkhidmatan internet di kampus AUCMS itu dijangka dapat dilaksana pada suku kedua tahun ini. — BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan